Monday, 7 April 2025

Corat-coret 1 & 2 Syawal 1446H

Corat-coret sekitar 1 & 2 Syawal yang lalu…

IMAM TERLUPA TAKBIR LIMA KALI | Pagi 1 Syawal, saya dan ahli keluarga yang lain menunaikan solat sunat hari raya di masjid terdekat - di pekan Seri Medan, Batu Pahat.

Pada rakaat kedua, imam terus saja membaca surah Al-Fatihah tanpa bertakbir sebanyak lima kali. Selesai membaca surah Al-Fatihah, agak lama juga imam berdiam diri - mungkin beliau baru sedar terlupa bertakbir. Selepas itu imam meneruskan solat seperti biasa.

Persoalannya, perlukah solat tersebut diulang semula?

Takbir sebanyak tujuh dan lima kali adalah sunat hai’at iaitu amalan sunat yang dituntut, jika ditinggalkan tidaklah membatalkan solat dan juga tidak perlu diganti dengan sujud sahwi.

Maka, solat tak perlu diulang semula.

KUBURAN | Rutin selepas solat hari raya, kami ke kubur pak mentua. Suasana di kuburan ini agak redup dan mendamaikan kerana dikelilingi ladang sawit.

LEPAT | 2 Syawal - sewaktu beraya ke rumah Mak Su (makcik Encik Suami), kami dihidangkan dengan lepat dan rendang daging. Lepat makanan tradisi yang semakin dilupakan, tak ramai yang rajin nak membuatnya.

Lepat atau dalam bahasa Jawa kami sebut ‘lepet’ merupakan sejenis makanan tradisi Jawa yang dibuat daripada beras pulut, dicampur kelapa parut dan garam. Tambah kacang merah jika nak buat lepat kacang merah. Semua bahan tadi digaul dan diletakkan dalam daun kelapa yang dibentukkan. Kemudian diikat dan direbus sama cara merebus ketupat, iaitu selama 3-4 jam.

JALAN RAYA SESAK | Setiap kali hari raya, laluan di sini mengalami kesesakan. Perjalanan jarak dekat boleh jadi sehingga hampir satu jam. Tambah pulak cuaca ketika ini panas terik, memang menguji kesabaran. Tapi kalau mahir dengan ‘jalan dalam’, bolehlah elak dari kesesakan di jalan utama ni.

BALIK KAMPUNG, TIDUR HOTEL | Kami berada di kampung Encik Suami selama dua malam. Malam seterusnya kami ke kampung saya di Pontian. Buat pertama kali, kami balik kampung tapi menginap di hotel. Di rumah mak ada keluarga adik, tiga orang kakak dan abang saya.

Kami menginap di Hotel Aloha - hotel bertaraf 3-bintang yang terletak berhampiran laut Pontian. Tiada pilihan lain, kecuali bilik jenis Deluxe tanpa tingkap dengan harga RM160 (kadar peak season). Harga termasuk sarapan pagi untuk dua orang. Terasa mahal tapi terpaksalah sebab hotel ni je yang banyak mendapat ulasan baik.

Hotel ni ada kemudahan lif, mudahlah kami nak ke bilik di tingkat atas. Biliknya dengan keluasan memuaskan - boleh letak beg dan boleh solat dengan selesa. Tahap kebersihan dan kekemasan bilik pula perlu dipertingkatkan.

Pilihan makanan sarapan pagi - nasi lemak, mi goreng, kue tiau goreng dan bubur nasi. Semasa bersarapan barulah saya nampak ramai orang yang menginap di hotel pada hari raya, malah ada yang siap berpakaian raya.







29 comments:

  1. Pernah alami jugak, bila imam lupa 7 takbir, masa kecik2 dulu..

    Selamat hari raya

    ReplyDelete
  2. Bulan lepas sebelum solat terawih kat surau taman Cie imam terlebih rakaat solat Isyak. Patut dah tahiyat akhir tapi imam bangun lagi tambah 1 rakaat. Terkejut jugak kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, akak pun terkejut bila imam terus je baca Fatihah. Tapi kita ikut jelah imam.

      Delete
  3. Cantiknya akar2 besar kat pusara tu... Untung dapat lokasi bawah pokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka tengok akar tu.

      Kubur dalam foto tu bukan kubur mentua, tapi iya Alhamdulillah kedudukan kubur mentua masih terlindung dengan pokok.

      Delete
  4. Masa awal kahwin dulu tiap kali raya mmg kami akan sewa chalet depan rumah. Kebetulan kampung husband depan laut. Sbb masa tu rumah terlalu sempit dan adik beradik lain belum beli rumah di Melaka. Bila sepupu dh upgrade rumahnya dan skrg ipar duai pun dh beli rumah singgah di Melaka dah xde masalah sewa chalet lagi. Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya, sewa chalet tepi pantai ya? Syok jugak tu Ammi, cuti-cuti raya.

      Delete
  5. Memang dah jarang jumpa lepat sekarang, agaknya susah nak masukkan pulut dalam daun kelapa yang kecik tu. Bertabahlah mengadap jalan sesak, lambat sampai walaupun dekat, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, kalau pulut dah masak tu senanglah. Ini beras pulut nak masuk dalam kelongsong, jenuh jugak nak bungkus bagi tak terkeluar 😄

      Delete
  6. owhhh org Jawa panggil Lepat = Lepet ye? kalau Ana pulak panggil Lepat sejenis kuih yg dibuat drpd tepung & inti manis & bungkus dgn daun pisang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. LEPET = lepat pulut macam dalam gambar.

      Kalau kuih lepat pisang dll tu, orang Jawa panggil LEMET.

      Delete
  7. Lepat tu sedap.. lama sungguh tak makan.. dulu masa kecik balik kg Pontian mmg itulah yg dihidangkan.. namun itu cerita lebih 20 thn dhulu.
    Imam terlupa takbir tak apalah hihii.. sunat jer kan.. 😅

    ReplyDelete
  8. At this moment balik Pontian pun mmg kena tidur hotel.. rumah pusaka atuk telah dijilat api sehabisnya..

    ReplyDelete
  9. Sedapnya nampak lepat/leper. Kami pun balik Taiping, malam tidur di hotel. Siang hari beraya sakan.

    Taqobbalallahu minna waminkum.
    Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin ya Ujie.

    ReplyDelete
  10. Baru tahu juga pasal lepet ini.
    Wow tengok kampung Puan Ujie masih penuh kehijauan pokok kelapa sawit.

    ReplyDelete
  11. saya pernah tengok orang buat lepet ni nampak macam rumit..anak2 muda skrg ni dah tak mau nak buat sendiri agaknya..
    selamat hari raya kak..maaf zahir batin salah silap terkasar bahasa

    ReplyDelete
  12. Wahhhhh....lepet pulut tu oernah menjadi kesukaan saya tapi sayangnya saya tak sempat belajar cara bungkus yang betul guna daun kelapa.Maka banyak kali juga saya praktikkan guna daun pisang walau tak dapat rasa 100% rasa lepet..
    Mungkin saya pernah melewati Kmpung Ujie beberapa ketika dulu🤭

    ReplyDelete
  13. Oh begitu rupanya lepat ye...
    Sy kenal lepat pisang, lepat ubi dsbnya. Yang guna pulut ni tak pernah jumpa, mmg hidangan tradisi dan istimewa utk raya agaknya PU ye...
    Sy pun balik kg kena sewa homestay sbb rumah pusaka dah bertukar tangan :(

    ReplyDelete
  14. mesti sedap kan lepat tu...

    ReplyDelete
  15. Baru tahu hukum baca takbir semasa solat sunat hari raya. Terima kasih, atas perkongsian, Ujie.
    Lepet tu, pertama kali saya tengok.
    Memang di kampung-kampung semua sesak, penuh kenderaan perantau pergi beraya. Hari tu, saya nampak orang turun kereta, jalan kaki, sebab lagi cepat sampai rasanya, mungkin sakit perut tak boleh tunggu. :D

    ReplyDelete
  16. Dulu sebelum ada kucing di rumah, saya tiap idul Fitri pasti stay di hotel jakarta kak, sampai asisten saya balik 🤣. Sebab tak nak payah pikir masak, mengurus rumah, basuh baju etc. JD memang uang bonus lebaran dari kantor, kami pakai utk stay di hotel 2-3 Minggu. Biasanya asisten balik 2-3 Minggu.

    Memang seru, bisalah mengobati rindu nak mudik 😄. Krn saya memang tak mudik dr dulu. Tiket gila2an kalo ke Medan 🤣

    ReplyDelete
  17. Saya pun dah berpuluh tahun tak jumpa lepet.
    Hendak buat sendiri memang tak reti.
    Hanya mengenang keenakannya sahaja, makan waktu dulu-dulu semasa raya kalau ada orang munjung.
    Selamat hari raya buat Ujie sekeluarga.
    Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  18. Kena mintak no hp akak ni, kot-kot boleh jumpa bila balik pontian. Lepet pulut tu kegemaran dana kak, dah lama tak makan. Masa PKP dulu dana pernah buat sendiri tapi aduhai rumit betul nak membalutnya tu heheheh. Solat tu mujur tak payah ganti kalau tidak naya jugak kan.

    ReplyDelete
  19. Apa-apapun jika solat berjemaah, perlu ikut imam.. Mungkin imam terlupa.. Ye la, solat raya hanya 2 tahun sekali.

    ReplyDelete
  20. Mulanya ingat kelupis yg lepat tu... bentuk mcm kelupis.. tp ternyata x sama... sbb keluput pulut semata-mata xde bernior

    ReplyDelete
  21. Selamat Hari Raya Aidilfitri kak Ujie. Maaf zahir & batin.

    Pernah mengalaminya masa solat sunat raya di Pilah. Di mana-mana mesti kes sebegini imam lupa baca takbir.

    Lepat tu saya baru tahu kewujudannya. Mungkin bukan dikalangan orang jawa, jadi tak tahu. Macam menarik je. Makanan tradisi ni kalau tak diteruskan, susah nak jumpa akan datang kan.

    Musim perayaan ni nak tak nak memang kena hadap jem. Luar biasa jem. Harga hotel pun mahal dari biasa.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****