Corat-coret sekitar 1 & 2 Syawal yang lalu…
IMAM TERLUPA TAKBIR LIMA KALI | Pagi 1 Syawal, saya dan ahli keluarga yang lain menunaikan solat sunat hari raya di masjid terdekat - di pekan Seri Medan, Batu Pahat.
Pada rakaat kedua, imam terus saja membaca surah Al-Fatihah tanpa bertakbir sebanyak lima kali. Selesai membaca surah Al-Fatihah, agak lama juga imam berdiam diri - mungkin beliau baru sedar terlupa bertakbir. Selepas itu imam meneruskan solat seperti biasa.
Persoalannya, perlukah solat tersebut diulang semula?
Takbir sebanyak tujuh dan lima kali adalah sunat hai’at iaitu amalan sunat yang dituntut, jika ditinggalkan tidaklah membatalkan solat dan juga tidak perlu diganti dengan sujud sahwi.
Maka, solat tak perlu diulang semula.
KUBURAN | Rutin selepas solat hari raya, kami ke kubur pak mentua. Suasana di kuburan ini agak redup dan mendamaikan kerana dikelilingi ladang sawit.
LEPAT | 2 Syawal - sewaktu beraya ke rumah Mak Su (makcik Encik Suami), kami dihidangkan dengan lepat dan rendang daging. Lepat makanan tradisi yang semakin dilupakan, tak ramai yang rajin nak membuatnya.
Lepat atau dalam bahasa Jawa kami sebut ‘lepet’ merupakan sejenis makanan tradisi Jawa yang dibuat daripada beras pulut, dicampur kelapa parut dan garam. Tambah kacang merah jika nak buat lepat kacang merah. Semua bahan tadi digaul dan diletakkan dalam daun kelapa yang dibentukkan. Kemudian diikat dan direbus sama cara merebus ketupat, iaitu selama 3-4 jam.
JALAN RAYA SESAK | Setiap kali hari raya, laluan di sini mengalami kesesakan. Perjalanan jarak dekat boleh jadi sehingga hampir satu jam. Tambah pulak cuaca ketika ini panas terik, memang menguji kesabaran. Tapi kalau mahir dengan ‘jalan dalam’, bolehlah elak dari kesesakan di jalan utama ni.
BALIK KAMPUNG, TIDUR HOTEL | Kami berada di kampung Encik Suami selama dua malam. Malam seterusnya kami ke kampung saya di Pontian. Buat pertama kali, kami balik kampung tapi menginap di hotel. Di rumah mak ada keluarga adik, tiga orang kakak dan abang saya.
Kami menginap di Hotel Aloha - hotel bertaraf 3-bintang yang terletak berhampiran laut Pontian. Tiada pilihan lain, kecuali bilik jenis Deluxe tanpa tingkap dengan harga RM160 (kadar peak season). Harga termasuk sarapan pagi untuk dua orang. Terasa mahal tapi terpaksalah sebab hotel ni je yang banyak mendapat ulasan baik.
Hotel ni ada kemudahan lif, mudahlah kami nak ke bilik di tingkat atas. Biliknya dengan keluasan memuaskan - boleh letak beg dan boleh solat dengan selesa. Tahap kebersihan dan kekemasan bilik pula perlu dipertingkatkan.
Pilihan makanan sarapan pagi - nasi lemak, mi goreng, kue tiau goreng dan bubur nasi. Semasa bersarapan barulah saya nampak ramai orang yang menginap di hotel pada hari raya, malah ada yang siap berpakaian raya.
Pernah alami jugak, bila imam lupa 7 takbir, masa kecik2 dulu..
ReplyDeleteSelamat hari raya
Wah, masih ingat lagi ya 😄
DeleteBulan lepas sebelum solat terawih kat surau taman Cie imam terlebih rakaat solat Isyak. Patut dah tahiyat akhir tapi imam bangun lagi tambah 1 rakaat. Terkejut jugak kami.
ReplyDeleteItulah, akak pun terkejut bila imam terus je baca Fatihah. Tapi kita ikut jelah imam.
DeleteCantiknya akar2 besar kat pusara tu... Untung dapat lokasi bawah pokok.
ReplyDeleteSaya pun suka tengok akar tu.
DeleteKubur dalam foto tu bukan kubur mentua, tapi iya Alhamdulillah kedudukan kubur mentua masih terlindung dengan pokok.
Masa awal kahwin dulu tiap kali raya mmg kami akan sewa chalet depan rumah. Kebetulan kampung husband depan laut. Sbb masa tu rumah terlalu sempit dan adik beradik lain belum beli rumah di Melaka. Bila sepupu dh upgrade rumahnya dan skrg ipar duai pun dh beli rumah singgah di Melaka dah xde masalah sewa chalet lagi. Alhamdulillah
ReplyDeleteKiranya, sewa chalet tepi pantai ya? Syok jugak tu Ammi, cuti-cuti raya.
DeleteMemang dah jarang jumpa lepat sekarang, agaknya susah nak masukkan pulut dalam daun kelapa yang kecik tu. Bertabahlah mengadap jalan sesak, lambat sampai walaupun dekat, hihi.
ReplyDeleteIya, kalau pulut dah masak tu senanglah. Ini beras pulut nak masuk dalam kelongsong, jenuh jugak nak bungkus bagi tak terkeluar 😄
Deleteowhhh org Jawa panggil Lepat = Lepet ye? kalau Ana pulak panggil Lepat sejenis kuih yg dibuat drpd tepung & inti manis & bungkus dgn daun pisang hehe
ReplyDeleteLEPET = lepat pulut macam dalam gambar.
DeleteKalau kuih lepat pisang dll tu, orang Jawa panggil LEMET.
Lepat tu sedap.. lama sungguh tak makan.. dulu masa kecik balik kg Pontian mmg itulah yg dihidangkan.. namun itu cerita lebih 20 thn dhulu.
ReplyDeleteImam terlupa takbir tak apalah hihii.. sunat jer kan.. 😅
At this moment balik Pontian pun mmg kena tidur hotel.. rumah pusaka atuk telah dijilat api sehabisnya..
ReplyDeleteSedapnya nampak lepat/leper. Kami pun balik Taiping, malam tidur di hotel. Siang hari beraya sakan.
ReplyDeleteTaqobbalallahu minna waminkum.
Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin ya Ujie.
Baru tahu juga pasal lepet ini.
ReplyDeleteWow tengok kampung Puan Ujie masih penuh kehijauan pokok kelapa sawit.
saya pernah tengok orang buat lepet ni nampak macam rumit..anak2 muda skrg ni dah tak mau nak buat sendiri agaknya..
ReplyDeleteselamat hari raya kak..maaf zahir batin salah silap terkasar bahasa
Wahhhhh....lepet pulut tu oernah menjadi kesukaan saya tapi sayangnya saya tak sempat belajar cara bungkus yang betul guna daun kelapa.Maka banyak kali juga saya praktikkan guna daun pisang walau tak dapat rasa 100% rasa lepet..
ReplyDeleteMungkin saya pernah melewati Kmpung Ujie beberapa ketika dulu🤭
Oh begitu rupanya lepat ye...
ReplyDeleteSy kenal lepat pisang, lepat ubi dsbnya. Yang guna pulut ni tak pernah jumpa, mmg hidangan tradisi dan istimewa utk raya agaknya PU ye...
Sy pun balik kg kena sewa homestay sbb rumah pusaka dah bertukar tangan :(