Thursday, 17 April 2025

Kembara ke Wilayah Yunnan dan Wilayah Jiangsu di China

Trip Kerja
Alhamdulillah saya baru saja kembali dari kembara ke dua buah wilayah di China - Yunnan dan Jiangsu. Ini bukanlah trip jalan-jalan santai tetapi saya ikut Encik Suami dan beberapa orang rakan atas urusan kerja. Trip yang melelahkan kerana banyak pergerakan dari suatu tempat ke suatu tempat.


6 Hari 5 Malam
Perjalanan selama 6 hari 5 malam bermula pada hari Khamis 10 April 2025 sehingga hari Selasa 15 April 2025. Tapi cuma tiga malam saja kami bermalam di hotel, lagi dua malam kami berada dalam pesawat penerbangan.


Lima Penerbangan, Tiga Syarikat Penerbangan
Suatu pengalaman baru buat saya apabila hampir setiap hari saya melakukan perjalanan dengan menaiki pesawat. Lima penerbangan dengan tiga syarikat penerbangan iaitu China Southern, China Eastern dan Scoot.

Laluan perjalanan saya :
Pulau Pinang -> (transit) Guangzhou -> Kunming -> Nanjing -> (transit) Singapura -> Pulau Pinang

Tren CRH
Dua hari berturutan saya menaiki tren CRH (China Railway High-speed) bagi perjalanan pergi dan balik laluan Kunming - Lincang. Perjalanan dengan jarak kira-kira 500 km mengambil masa selama 4 jam.


Transit Sehari di Singapura
Setelah berpuluh tahun saya tak menjejakkan kaki di Singapura (kali terakhir ketika zaman kanak-kanak), trip kali ini membawa saya melihat wajah terkini Singapura.

Kisahnya, rakan yang uruskan pembelian tiket telah tersilap masa penerbangan sewaktu membeli tiket. Sepatutnya kami semua hanya transit di Singapura selama beberapa jam, tetapi akhirnya jadi transit seharian. Kami tiba di Singapura awal pagi dan terbang pulang ke Pulau Pinang pada waktu malam.

Nanjing, Jiangsu, China
Seharian berjalan-jalan di Nanjing pada hari terakhir di China.

Alhamdulillah saya dan Encik Suami selamat sampai di rumah Perlis pada awal pagi semalam - pukul 1.15 pagi hari Rabu. Hari ini masuk hari kedua saya berada di rumah, rasa letih dan lesu badan masih belum hilang sepenuhnya.

InsyaAllah catatan permusafiran di dua wilayah negara China akan menyusul setelah catatan trip ke Jepun selesai. Mungkin tak begitu banyak nak diceritakan kerana ini trip kerja, tetapi banyak juga kutipan pengalaman baru yang perlu dicatat sebagai kenangan hidup.

Mohon maaf jika saya masih belum sempat berziarah ke blog kalian dan tak membalas komen-komen di entri terdahulu.







32 comments:

  1. Selamat kembali ke tanah air.
    Bawa-bawalah berehat dulu, kembalikan tenaga dan hilangkan letih lesu.
    Selamat beristirahat Ujie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, hari ketiga berehat barulah hilang lesu badan.

      Delete
  2. Oh, Ujie ke China rupanya. Selamat beristirehat. Mesti penat, travel jauh, baru sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh dan bertukar-tukar tempat, itu yang jadi penat badan.

      Delete
  3. Wa.. Seronoknya dapat pergi jalan-jalan pergi tengok negara orang..

    ReplyDelete
  4. Seronoknya jalan jalan walaupun lelah. Pengalaman tu yang mahal. Rezeki juga tu tersilap beli tiket. Boleh juga stay sehari di Singapore. Takpe kak, rehat dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..iya, sempatlah makan di Bedok dan tengok suasana Singapore.

      Delete
  5. China tuh selalu menarik utk didatangi. Saya 2x kesana blm bosan. Tapi tuhlah, baru Tianjin dan Beijing saja. Kota2 lainnya belum . Teringin nak kesana lagi, apalagi skr nih China memang maju sangat2 ❤️❤️❤️

    Ditunggu ceritanya kak.

    Singapura padahal dekat sangat yaa, tp kakak dah lama sangat tak kesana 😄. Pasti dah berubah banyak. Saya trakhir kesana 2013. Ntahlaah, kalo SG saya tak terlalu teringiiin visit. Beda dengan Malaysia yg tiap tahun saya pasti pergi. Lebih murah dan lebih banyak tempat yg bisa dilihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. China negara yang sangat luas, jadi menarik untuk kita explore.

      Akak tak ke Singapore sebab yang sama - tak rasa teringin ke sana 😄

      Delete
  6. Mesti rasa jemu dah naik kapal terbang. Lama betul bermusafir. Selamat kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum rasa jemu lagi NA 😄
      Sebab saya suka tengok pemandangan dari udara.

      Delete
  7. loncat sana sini.. seronok walau penat kan.. ok menanti cerita perjalanan nya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...betul. Seronok sebab dapat pengalaman baru.

      Delete
    2. Susah payah perit dlm mengembara tu yg buatkan travel kita jadi warna warni..

      Delete
  8. Seronok ni, tak sabar nak baca trip terbaru Ujie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga saya rajin macam Mulan, cepat je buat entri tiap trip.

      Delete
  9. Patutlah sepi, rupanya terbang lagi ke Tembok Besar hehe
    Seronok bila dapat bermusafir tapi pasca musafir tu yg penat kadang tu kan. Have a good rest nanti story² cuter trip kali ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik raya dari kampung, terus prepare trip ke China. Itu yang sibuk sikit terus menyepi blog.

      Iya, penat dan jadi malas bukak blog 😅

      Delete
  10. Replies
    1. Alhamdulillah lepas beberapa hari, ok dah 😀

      Delete
  11. waahhh kak ujie bermusafir ke China rupanya.. takpe rehat2 dulu bg hilang jetlag.. tak sabar nk tggu ceritanya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trip yang agak mengejut jugak sebenarnya, masa raya baru tau/confirm.
      Nak habiskan cerita ke Jepun pun merangkak nih, tak tau bila nak masuk cerita China 😅

      Delete
  12. kami setia menanti cerita kak ujie hehehe

    ReplyDelete
  13. Menanti catatan perjalanannya. Trip kerja pun ok sahaja pada saya tetap satu pengalaman berharga kerana berpergian ke tempat orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, banyak pengalaman baru sebab kita ke tempat yang tak pernah sampai.

      Delete
  14. skarang tgk rmi juga dh holiday ke Yunnan..kalo dlu bila ckp China biasa sgr beijing & shanghai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Lijiang tarikan pelancongan di wilayah Yunnan. Saya teringin jugak nak ke Lijiang.

      Delete
  15. Wah...jauh perjalanan ..pastinya penat namun seronok dapat menyelam sambil minum air...hehehe
    Selamat kembali ke bumi Pertlis🤭

    ReplyDelete
  16. yunnan tu byk muslim kan?
    best nyaaa trip di musim bunga ni...
    mesti view pun cantik2 belaka..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****