Wednesday, 18 October 2023

Pulau Pinang - Negeri Dengan Tarif Air Domestik Paling Rendah di Malaysia!

Semenjak 21 tahun terakhir, saya pernah menetap di Selangor, paling lama di Negeri Sembilan (NS) dan kini di Pulau Pinang (PP).

Cerita tentang bil air, semasa menetap di Selangor dulu saya pernah menikmati bil air percuma bagi penggunaan 20  yang pertama. Ketika itu Selangor berada di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Disebabkan penggunaan air kami tidak melebihi 20 m³ setiap bulan, maka tiada sebarang bayaran dikenakan. Jadi satu motivasi jugaklah supaya berjimat pakai air, bimbang melebihi 20 m³ nanti tak layak dapat air percuma pulak πŸ˜€


BIL AIR DUA BULAN CUMA RM5!
Sebelum berhijrah ke PP, saya tak tahu atau tak perasan pun fakta bahawa Pulau Pinang merupakan negeri dengan tarif air domestik paling rendah di Malaysia.

Bila dah menetap di sini, saya dan Encik Suami rasa hairan tengok bil air sikit sangat. Bil air diterima setiap dua bulan sekali dengan caj cuma RM5! Seingat saya, cuma ada beberapa kali saja bil lebih RM5 iaitu tambahan beberapa puluh sen.

Pulau Pinang - Negeri Dengan Tarif Air Domestik Paling Rendah di Malaysia!
Ini bil air terkini rumah PP. Penggunaan 21 m³ untuk dua bulan, kalau bahagi dua bulan cuma 10.5 m³ sebulan dengan kadar RM0.22 bagi 20 m³ pertama.

Jadinya 10.5 m³ x RM0.22 = RM2.31 sebulan. Disebabkan caj minimum bil air adalah sebanyak RM2.50 sebulan, maka kami perlu bayar RM5 untuk kiraan dua bulan tersebut.

Cukup murah dan rendah sungguh caj minimum RM2.50 sebulan, berbanding rumah NS (rumah kami yang kini jadi tempat persinggahan) caj minimum dikenakan sebanyak RM5 sebulan.


SURCAJ PENJIMATAN AIR
Untuk mengelakkan pembaziran air kerana air PP murah, maka Surcaj Penjimatan Air dikenakan dengan kadar RM0.48 bagi penggunaan air melebihi 35 m³ sebulan. Menurut saya, ini satu langkah yang bagus untuk mendidik pengguna menggunakan sumber air secara berhemah.

Tarif Air Negeri Pulau Pinang
Tarif air PP. Sila klik foto untuk paparan lebih jelas.


Manakala negeri kampung halaman saya dan Encik Suami pula, iaitu Johor merupakan negeri dengan tarif air paling tinggi di Malaysia dengan kadar RM0.80 bagi 20 m³ pertama. Cukup jauh berbeza!

Berapa tarif air domestik bagi bagi 20 m³ pertama di negeri tempat tinggal kalian?

Jadilah pengguna yang bijak, ambil tahu tarif air kita dan gunakan air secara berhemah supaya tak perlu bayar kadar lebih tinggi dan mengelakkan pembaziran sumber air.






.

36 comments:

  1. Astaghfirullah, selama ni ingatkan semua negeri sama tarif air dia, hahaha. Dulu² Johor pun ada, rumah yg bil bawah RM20 tak perlu bayar, pernah la jugak merasa nikmat air free.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun agaknya tak perasan pasal tarif air ni kalau cuma menetap di satu negeri 😁

      Delete
  2. apalah guna harga air rendah kalo terpaksa bercatu dan selalu putus sumber air yg amat bernilai kannn., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul 😁

      Tapi Alhamdulillah sejak 3 thn terakhir, tempat saya tinggal di Penang ni belum pernah alami masalah air kecuali sekali sebab pam tangki rosak.

      Mungkin sebab tangki apartment ni cukup besar, jadi kalau ada terputus bekalan kami masih boleh guna air macam biasa.

      Delete
  3. Replies
    1. Tapi kena tahanlah dengan cara pemanduan orang sini πŸ˜„

      Delete
  4. Memang murah sangat RM2.50 sebulan

    ReplyDelete
  5. Saya pun baru tau info ni..
    Terima kasih infonya

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah jimat banyak tu πŸ‘

    ReplyDelete
  7. Biasanya saya bayar PAM/air per bulan kisaran 30 -40 ribu rupiah,murah...sayang ni mati lagi airnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau selalu terputus bekalan air, memang susah sungguh.

      Delete
  8. bil air rumah saya pun sikit sebab selalu tak ada air..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk..huhu
      Pahang macam Selangor jugak ya, selalu takde air.

      Tarif air Pahang yang kedua rendah selepas Penang.

      Delete
  9. yang sy tahu johor memang serba serbi mahal termsk lah air...
    habis laa lps ni ramai2 pakat pindah penang pula🀭😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya sebab Johor berjiran dengan Singapore, serba serbi jadi mahal πŸ˜…

      Tapi bab makanan masih ada yang murah di kawasan kampung di Batu Pahat.

      Delete
  10. Giler murah bil air di Penang.
    Saya punya bil air di Perak, dalam RM30-RM40, untuk 2 bulan. Banyak guna air. Orang dalam rumah, ramai. Mandi berjam, tak masuk siram pokok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mandi berjam ya πŸ˜„
      Iya, kalau rumah bawah lagi banyak guna air - siram pokok, basuh lantai luar, basuh kereta.

      Delete
  11. Tarif air berbeza setiap negeri, jika syarikat yang mengendalikan air terawat dari sykt korporat memang agak tinggi caj bil air berbanding syarikat badan berkanun milik kerajaan negeri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah Johor air mahal...syarikat Ranhill yang uruskan.

      Tapi bagi saya, itu mungkin bukan alasan yang baik sebab air ni keperluan asas.

      Delete
  12. oo yeke.. baru mama tau. terbaik pulau pinang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi awas..kalau guna banyak, terus melambung bil sebab ada kadar Surcaj Penjimatan Air πŸ˜…

      Delete
  13. Kalau tarif air di selangor 0 - 20 sebanyak RM0.57 tapi minimum RM6.00.. Berbeza yer tarif air mengikut negeri masing-masing yer.. BTW done follow blog Sis yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok jugaklah tarif tu berbanding Johor.

      Terima kasih sudi follow.

      Delete
  14. Ikut prnggunaan. Kena berhemah guna. Alhamdulillah takdelah merungut mahal di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, kalau tau tarif kita akan lebih berjaga-jaga (berhemah).

      Delete
  15. Di Indonesia penyedia air bersih diurus oleh PDAM, ini pemerintah daerah. Nah di kebanyakan kota, banyak rumah yang tidak hanya bergantung dengan PDAM kak, tapi juga pasang pompa air sendiri di rumahnya, yg mana mesinnya akan mem- bor tanah sampai mencapai air tanah.

    Krn, PDAM sendiri suka mati, atau terkadang airnya kotor. Makanya banyak rumah termasuk rumah saya prefer pakai pompa sendiri, dan ini menggunakan listrik tiap pompa dihidupkan.

    Jadi charge air PDAM saya setiap bulan hanya bayar abodemen atau biaya langganan saja, tapi tak pakai airnya. Ini hanya dipakai kalo listrik mati lama, sedangkan air habis. Baru saya hidupkan PDAM.

    Saya pakai air pompa , jadi insyaallah selalu hidup, air bersih, dan hanya mengandalkan listrik. Makanya tagihan listrik di rumah saya yg lumayan besar πŸ˜„. Kalo air kecil sangat bisa dibilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh..gitu, Fanny guna air deep well. Ni sama seperti di negeri-negeri Pantai Timur Malaysia ramai yang guna deep well untuk atasi masalah bekalan air yang tak stabil/keruh.

      Delete
  16. Replies
    1. Merasalah jugak walaupun tak lama menetap di sini πŸ˜„

      Delete
  17. Ohhh ya ke baru tau tak sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..iya.
      Pengurusan air berbeza setiap negeri.

      Delete
  18. Wahhhhh murahnyaaaa! saya bil air di Perak lebih kurang 30-40 jugalah untuk 2 bulan (tak termasuk kalau byk siram pokok bunga jadi lebih lagi hehehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bil air tu sama macam komen Nur πŸ˜€

      Mungkin kena sediakan bekas tadahan air hujan untuk kegunaan siram pokok. Jimat sikit kan..

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****