Sunday, 1 October 2023

Kedai Kopi Dulu-Dulu, Ipoh

Kedai Kopi Dulu-Dulu, sebuah lagi kedai makan yang sempat saya dan Encik Suami cuba sewaktu ke Ipoh.

Kedai Kopi Dulu-Dulu beroperasi seawal pukul 7 pagi, memang sesuai masanya sebab kami perlu bersarapan awal pagi sebelum Encik Suami pergi kerja. Gitulah kalau menginap di hotel tak banyak bintang, kenalah cari sarapan di luar.

Kami tiba di sini sekitar pukul 7.30 pagi, masih belum ramai pelanggan. Ruang makannya agak luas dengan pilihan meja makan di bahagian luar dan bahagian dalam kedai. 

Kedai Kopi Dulu-Dulu Meru Ipoh Perak
Kami memilih untuk duduk di bahagian dalam kedai. Sesuai dengan konsep ‘dulu-dulu’, kedai ini dihiasi dengan barangan antik dan halwa telinga lagu dari zaman P. Ramlee. Para pekerja kedai ini juga mengenakan pakaian seperti zaman dahulu.

Walaupun bukan segala-galanya di sini seperti zaman dulu-dulu, tetapi apa yang ada ini pun sudah memadai. Menarik!

Makanan dan minuman boleh dipesan dengan menggunakan kod QR tersedia di meja atau boleh juga minta bantuan pelayan kedai. Bagusnya di sini, saya nampak sentiasa ada pelayan kedai yang bersedia untuk membantu pelanggan.

Hidangan sarapan pilihan kami :

Kedai Kopi Dulu-Dulu Meru Ipoh Perak
Nasi lemak kerang / RM7

Kedai Kopi Dulu-Dulu Meru Ipoh Perak
Lontong dengan tambahan bergedil / RM7

Kedai Kopi Dulu-Dulu Meru Ipoh Perak
Kopi cham / RM2.50 dan teh masala / RM3
Kopi cham adalah kopi dengan campuran rasa teh. Sedaplah menurut cita rasa saya. Tapi teh masala (tak kelihatan pada foto), saya cuma mampu menghirup sedikit sekadar merasa 😄

Kalian ada ke Ipoh dan tak tahu nak bersarapan di mana? Bolehlah cuba makan di Kedai Kopi Dulu-Dulu. Cuma ruang parkirnya terhad, kita perlu parkir di bahu jalan.


***********************************************

KEDAI KOPI DULU-DULU
No. 1, Kedai Waqaf Masjid Al-Muttaqin,
Jalan Bukit Meru,
Taman Meru, Ipoh,
Perak.

Facebook / Instagram | Kedai Kopi Dulu Dulu
Google Maps | Kedai Kopi Dulu Dulu

Waktu operasi :
Setiap hari | 7 - 11 pagi
Tutup | Sabtu






.

22 comments:

  1. Nampak talam dulu-dulu tersangkut sebelah basikal.
    Bolehlah singgah sini sebab hujung tahun nanti memang hendak ke Perak dan jalan-jalan sekitar situ. Terima kasih Ujie kongsi tempat makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kak. Wah seronoknya dah ada plan jalan-jalan.

      Delete
  2. Suka tengok cawan kopi tu, nostalgia sungguh. Harga makanan pun ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa akak nak tulis, cawan kopi tu kena tick pada pilihan nak ‘cawan dulu-dulu’ masa buat order. Kalau tak, dapat cawan biasa.

      Iya, harganya berpatutan.

      Delete
  3. Baru balik dari utara, macam lama lagi nak sampai semula ke Ipoh ni.. kita layan gambar Ujie dulu laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe…tapi macam kerap jugak kan Sk ke utara. Tak lama lagi sampai semula ke Ipoh la tu 😀

      Delete
  4. Bagus juga buka awal pagi. Senang hendak sarapan.
    Hehe bukan semua dulu-dulu kalau guna kod QR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah 😄
      Guna QR mudah bagi peniaga, tapi leceh sikitlah bagi saya.

      Delete
  5. Macam best... set cawan kopi tu lawa 🤩
    Sy smpn info dulu, sbb kami selalu transit di Meru ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH masa order air tu kena tick nak ‘cawan dulu-dulu’ barulah dapat set cawan lawa 😀

      Delete
  6. Harga dulu-dulu ke harga sekarang...?

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Ada campur jugak sikit pinggan biasa. Lebih wow kalau semuanya set dulu-dulu.

      Delete
  8. pekat kopi cham tu...nasilemak lauk kerang fav

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, kopi cham tu pekat tapi okeylah kena selera.

      Delete
  9. Kopi hitam nya cukup menarik,.nama kedainya dulu-dulu,tapi sistem pembayarannya sudah modern, ternyata tak hanya kopi "makanan berat juga ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..nama je kedai kopi, tapi ada jualan aneka makanan berat buat sarapan.

      Delete
  10. Sedapnya cham...
    Saya suka rasa cham..
    Makaman pun nampak sedap dan harha sangat berpatutan ( tak keterlaluan kalau cakap harganya murah) sebab gerai bawah pokok pun lagi tinggi harga.Ni dah la pinggan cawan klasik

    ReplyDelete
  11. Kaaaak, samalah kita, saya pun tak sanggub minum teh masala 🤣🤣🤣. Pas di Melaka saya ada pesan, itu pertama kali coba teh masala, ternyata tak sanggub menelan 😂😂. Susunya strong sangat, belum lagi ada aroma rempah . Kalo di makanan, saya suka rempah seperti itu, tapi kalo minuman tak nak 🤭

    Nasi lemaknya terlihat enaaak 😍😍.pakai kerang pula yaa

    ReplyDelete
  12. Bestnya makan kat sini. Menarik tarikan kedai kopi dulu-dulu ni. Nikmat dapat makan nasi lemak dan lontong tu. Fav!

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****