Cielo Cibo Cafe, sebuah lagi tempat makan di Ipoh yang sempat saya dan Encik Suami cuba makan pada bulan lepas. Kafe milik Muslim yang beroperasi di tengah bandar Ipoh ini menawarkan sajian makanan Asia dan makanan Barat.
Kami ke sini pada hari Sabtu, sekitar pukul 2.30 petang sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah PP. Masa kami sampai ni tak ada pelanggan lain. Lega jugaklah, sebab saya fikir kalau datang hari cuti akan ramai pelanggan dan tak dapat meja.
Kafe dengan dekorasi moden. Kemas dan sedap mata memandang.
Deretan beg tangan dipamerkan di bahagian hadapan kafe. Nampak macam beg tangan jenama terkenal. Mungkin untuk dijual. Tapi saya bukan peminat beg tangan, maka tidaklah saya pergi membelek dan bertanya lanjut tentang beg tersebut.
Kalau yang ini saya minat untuk membelek π. Pilihan roti dan manisan. Tak banyak jenis tapi nampak menarik. Kami beli roti kukus durian / RM12 dan cream puff / RM15 untuk di bawa pulang. Roti kukus tu perlu dikukus dalam 10 minit sebelum nak makan, saya kukus sendirilah sebab nak makan di rumah.
Sebahagian hidangan yang ditawarkan di sini. Besar mata saya tengok buku menu ni. Semuanya saya suka dan teringin nak mencuba, sampai susah nak buat pilihan nak memesan makanan apa π
Kami kemudiannya sepakat memesan satu makanan berat dan dua jenis lagi makanan sampingan. Jadinya bolehlah merasa tiga jenis makanan di sini.
Hidangan kami :
Mi Rebus Tulang / RM16
Tak rugi mencuba, memang sedap rasa mi rebus tulang ni.
Pengat Pisang / RM6
Ini pun sedap, secukup rasa.
Roti Wap Berlauk / RM12
Pertama kali saya mencuba makan roti wap berlauk. Rasa seperti kita makan pau yang dibelah tengah dan diletak dengan lauk. Ada 3 buku roti dengan 3 jenis lauk - sardin serta lagi dua tu rasanya macam daging masak hitam dan serunding rendang ayam. Sedap lauknya dan lembut rotinya.
Lemon Ais / RM4.50 dan Jus Tembikai / RM6
Jus tembikai ‘O’ (tanpa gula) tapi masih rasa sedap manis buah. Lemon ais yang simple tu pun rasa sedap tau.
Alhamdulillah kami rasa sangat berpuas hati makan di Cielo Cibo Cafe ni. Hidangan kami makan semuanya sedap memuaskan selera. Roti kukus bersama kuah durian yang kami beli bawa pulang tu pula lembut rotinya dan sedap kuah duriannya. Cuma cream puff je pastrinya rasa agak kering.
Sambil makan layan pulak lagu-lagu tahun 90-an sebagai halwa telinga, memang santai sungguhlah. Servis di sini pun pantas dan bagus. Pastinya kami akan ke sini lagi kalau berkesempatan ke Ipoh. Nak cuba makanan lain pulak π
*****************************************************
CIELO CIBO CAFE
58, Jalan Raja Musa Aziz,
Kampung Jawa, Ipoh,
Perak.
Facebook | Cielo Cibo Cafe
Instagram | Cielo Cibo Cafe Ipoh
Google Maps | Cielo Cibo Cafe
Waktu operasi :
Setiap hari (kecuali Khamis) | 8.30 pagi - 11 malam
Khamis | 8.30 pagi - 6.45 petang
Tutup | Isnin
.
cantikknya
ReplyDeletesedapp mata memandang
menu pun nampk sedapp
Kafe cantik, makanan pun nampak menyelerakan. Kalau ke Ipoh boleh la cari cafe ni.
ReplyDeletenampak sedap semuanya makanan yg dijual di sana.. Yummy....
ReplyDeleteCantik kafenya.. Roti wap dia menarik betul intinya..
ReplyDeleteWah! Pengat pisang pun ada!
ReplyDeleteNampak menarik cafenya. Cucur pun ada, lengkap, makanan berat dan ringan. Bolehlah saya cuba cari nanti. Mekasih, share, Ujie. :D
ReplyDeleteTeringin pulak roti wap berlauk, selalu makan inti Kaya camtu je ha... terliur jugak tengok jus tembikai o tuh! πFavourite ♥️
ReplyDeleteSayaaa sukaaa warna cat temboknya, green emerald. ❤️❤️❤️. Kesannya itu tenang dan bikin ruangan kliatan segar.
ReplyDeleteDulu ada teman yg buka kafe di Bali. Dan warna ruangan dia juga emerald seperti itu.
Ditambah dengan banyak tumbuhan bikin makin betah ruangannya.
Makananpun kliatan sedap ya kak. Saya masih penasaran Ama rasa roti WAP itu π
wah next time bole masuk list JJCM juga ni heheh
ReplyDeleteMenarik cafe ni...
ReplyDeleteMee rebus tulang tu buat kita kecur la :)
Menunya jarang jumpa pada cafe lain.
ReplyDeleteMenarik juga ada jual beg tangan.
Pengat pisang nampaknya lezat sekalk
ReplyDeleteTempatnya cantik,perpaduan hijau tosca? dan putih...sajian makanan juga cantik....bikin selera lihat mie tulangnya
ReplyDeleteKafe yang menarik dan selesa. Persembahan makanan dan minuman pun buat rasa orang nak datang. Roti wap berlauk tu rare tu. Tak pernah tengok lagi.
ReplyDeleteTengok roti wap tu teringat viral sikt masa hari tu..ada sorang beli... pasal inti tu dia cuma cross kat atas ja..dalam kosong...naya pak karimπ€£
ReplyDelete