Saturday 19 February 2022

Gua Kelam 1, Perlis

Sambung kisah di Perlis. Lebih tepat, di Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam, Perlis. Dari Gua Kelam 2, kita perlu melalui Gua Kelam 1 untuk kembali ke bahagian hadapan (kawasan parkir). 

Gua Kelam 1, Perlis
Untuk masuk ke Gua Kelam 1, tiada bayaran tambahan dikenakan. Kiranya dengan bayaran masuk sebanyak RM2 ke pusat eko pelancongan ini, pengunjung boleh main air sungai, berkelah dan masuk ke Gua Kelam 1.

Berbeza dengan Gua Kelam 2 yang lebih mencabar, masuk ke Gua Kelam 1 ni santai saja tanpa perlu berpakaian sukan atau bawa lampu suluh. Pengunjung akan berjalan di atas platform jambatan dengan jarak 370 meter. Tak begitu jauh, namun cukup memberi pengalaman menarik terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali merasai pengalaman masuk gua. Sambil berjalan di atas jambatan, kita dapat memerhatikan formasi batuan di dalam gua dan mendengar deruan aliran sungai yang mengalir di bawahnya.

Hanya gambar formasi batuan ini yang sempat saya rakam sambil berjalan. Pengunjung agak ramai dan jambatan agak sesak. Rasa leceh pulak nak berhenti.

Video berdurasi 5 saat je, sebagai sedikit gambaran keadaan di dalam Gua Kelam 1.

Kalau ada ke Perlis, singgahlah ke Gua Kelam 1 ni kerana ia gua yang mudah dikunjungi dan sesuai bagi semua peringkat umur. Kalau nak elakkan sesak, mungkin perlu datang awal pagi atau pada hari bekerja. Tempat ni dibuka pada setiap hari dari pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang.

Selepas keluar dari Gua Kelam 1, kami berehat seketika sebelum meneruskan acara lawatan ke Galeri 3D Gua Kelam dan Rumah Cermin pula.







12 comments:

  1. Mungkin saya boleh masuk dalam Gua Kelam 1 ni selain Gua Tempurung yang akan suggest tu. Tak ramai masuk yang 2 tu sebab gelap kot dan mahal sikit. Sini macam santai santai dan murah. Tu yang ramai sesak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, yang ni lebih sesuai kalau Fiza nak masuk berbanding Gua Tempurung (laluan lebih panjang dan ada tangga). Terlupa sebut Gua Kelam 1 sebab fikir jauh nun di utara 😁

      Delete
  2. Gua Kelam 1 sesuai untuk kebanyakan orang.
    Entah bila saya dapat pergi. Cantik formasi batuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, siap ada yang bawa baby dalam stroller 😅

      InsyaAllah satu hari nanti NA sampai sini.

      Delete
  3. saya baru tahu rupanya ada bayaran dikenakan

    ReplyDelete
  4. dana pernah masuk ke gua kelam ni lama dulu masa bujang... masa tu takde rasa takut ke apa sebab dengan kawan-kawan... tapi ada kwn yang pernah buat kerja luar kt situ pernah jumpa benda misteri dalam situ... bila dia cerita aduh scary sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda tu pilih kawan Dana untuk menampakkan diri.

      Delete
  5. Saya rasa mak ayah saya and adik pernah ke sini. Entahlah kenapa saya takde. Tapi kalau saya dah sampai memang masuk semua

    ReplyDelete
  6. cantik formasi batu..lembut kalernya...kalau dah sampai sini, jgn lepaskan peluang masuk gua ni..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****