Sunday 11 April 2021

Rantan Istimewa

Khabar gembira pada 1 April lalu...

Alhamdulillah saya tersenarai dalam ‘Top 10 Ejen Buku JT’ untuk jualan bulan Mac 2021. Walaupun menjadi ‘Top Ejen’ bukanlah matlamat saya menjual buku, tapi bila ada insentif begini sedikit sebanyak menaikkan semangat menjual. Komisyen dapat, hadiah pun dapat! Hehe...

Hadiah untuk no. 6 - 10, dapat mangkuk tingkat istimewa bertulis nama begini. Hadiah ni saya terima beberapa hari yang lalu. Memang rasa sangat seronok! Cantik.

Hadiah ini menjadi lebih istimewa sebab diterima menjelang Ramadhan dan Syawal. Ia menggamit nostalgia pada suatu masa dulu, keluarga saya menggunakan mangkuk tingkat (kami orang Jawa panggil RANTAN) untuk beri juadah raya kepada nenek dan makcik-makcik. 

———————————————

mangkuk tingkat
Definisi : mangkuk drpd aluminium dll yg bertingkat-tingkat (utk bekas kuih, lauk-pauk, nasi, dll), rantang, mangkuk tepen, siya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Bila semak di laman PRPM (Pusat Rujukan Persuratan Melayu), rupanya perkataan tepen pun diterima sebagai bahasa Melayu. Rantang tu pulak, sesetengah orang Jawa panggil begitu. Siya tu saya baru tau yang orang belah utara panggil mangkuk siya. Tempat korang panggil apa? Kot ada yang berbeza.



13 comments:

  1. Alhamdulillah. PC panggil mangkuk tingkat..

    ReplyDelete
  2. wahhhh tahniah kak.... kalau mangkuk tingkat jawa kat kampung dana panggil `rantang` hehehehhe... cantik rantangnya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Dana :)
      Pada hal kita sama Jawa Pontian, pun beza panggil rantan / rantang ya..hehe

      Delete
  3. Cantik mangkuk tingkat tu. Saya baru tahu dipanggil rantan. Mungkin sebab bukan orang jawa jadi tak tahu. Sia tu pun saya baru tahu masa update mangkuk tingkat sebelum ni. Alhamdulillah..tahniah kak, untung sangat dapaat mangkuk tingkat siap ada nama lagi tu haa

    ReplyDelete
  4. tahniah..cantiknya! sesuai dgn tema Ramadan & Syawal..

    Tmpt kami panggil siya..

    ReplyDelete
  5. Tahniah... mangkuk tingkat tu menawan!

    ReplyDelete
  6. Cantiknya mangkuk tingkat tu. Orang Jawa panggil rantan ye. Pertama kali dengar 'rantan'.... alamak saya ni Jawa apa ye heheheee.

    ReplyDelete
  7. Cantik corak pada mangkuk tingkat tu. Menarik!

    ReplyDelete
  8. Pernah dengar istilah mangkuk sia.
    Oh panggil rantan pun maksud sama dengan mangkuk tingkat.

    ReplyDelete
  9. Allah berkenan sungguh mangkuk tingkat tu kak ujie..awat cantik sgt ni ^_^

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****