Friday 26 March 2021

Jejak Sejarah | Rumah Api Muka Head, Pulau Pinang (Bahagian 2)

Bersambung dari catatan DI SINI. Entri terakhir untuk trip ke Taman Negara Pulau Pinang pada 13 Mac lalu. 

1. Alhamdulillah akhirnya nampak papan tanda ‘WELCOME TO LIGHT HOUSE’! Fuh...rasa sangat lega dah sampai ke lokasi terakhir trip kali ni. Jam menunjukkan pukul 1.51 petang, maksudnya kami ambil masa sekitar 1 jam untuk naik ke sini. Untuk info, masa melawat Rumah Api Muka Head ni dari pukul 9 pagi - 3 petang sahaja dan masuk percuma. Ok, jom kita masuk!

2. Beginilah pemandangan bahagian hadapan bangunan yang menempatkan rumah api. Tempat ni nampak usang dan persekitarannya mungkin nampak sedikit menyeramkan. Sesuai dengan usia ia dibina, iaitu 138 tahun lampau (rumah api ini dibina pada tahun 1883).

3. Di tepi tangga batu, terdapat meja dan sebuah buku rekod pelawat. Saya asyik melihat sekeliling bangunan (sampai ke bahagian belakang), akhirnya lupa terus nak tulis kat buku rekod tu. Untuk naik ke menara rumah api pulak, kita perlu pergi ke bahagian tepi bangunan ni. Pintu depan tu tak bukak pun tau. Dan tak nampak sesiapa pun di sini selain kami berdua.

4. Kat sinilah terletaknya pintu untuk kita naik ke menara rumah api. Berbeza dengan Rumah Api Tanjung Tuan di mana pelawat tak boleh masuk, kat sini pelawat boleh naik ke menara rumah api. Tentunya ini satu pengalaman yang menarik!

5. Beginilah rupa bahagian dalam bangunan. Sebaik melangkah masuk pintu tadi, kita akan terus jumpa tangga. Sebelum naik tangga, saya jenguk belakang tangga nampak pintu ni. ‘For staff only’ tapi nampaknya bermangga. Jadinya tak pastilah masa kami datang ni ada staf jaga atau tidak.

6. Untuk ke atas, kita perlu naik tangga batu spiral ni. Nampaknya bahagian dalam ni dijaga baik. Cantik dan klasik dinding menara ini  yang dibina daripada batuan granit putih. 

7. Mengintai dari tingkap menara.

8. Selepas habis mendaki anak tangga batu berpusing tadi, kita kena panjat tangga kayu pulak untuk sampai kat atas ni. Masa panjat tangga kayu tu, saya rasa gayat sikit. Gambar tangga kayu tak ada.

9. Sampai je kat atas ni kita akan terus nampak pintu untuk ke bahagian luar menara dan tangga di sebelah kanan untuk naik ke pelantar atas tu. Tertera ‘No Entry’, kalau boleh naik pun memang tak berani la saya nak naik.

10. Bahagian dinding menara. 

11. Lagi gambar tangga naik ke pelantar. Tangga kayu kat bawah tu.

12. Kita dongak kepala, nampak pemandangan gini.

13. Pandangan dari sudut berbeza. Ok, jom kita ke bahagian luar pulak.

14. Pemandangan indah terbentang di depan mata. Masya Allah, terpukau seketika! Beginilah pemandangan dari menara Rumah Api Muka Head yang berada di kedudukan 242 meter dari aras laut. Kat bawah tu nampaklah pintu pagar kita masuk awal tadi. Bila pandang bawah, aduhai...saya rasa kecut perut pulak. Mungkin sebab saya rasa seram tengok cuma besi begini, rasa tak selamat.

15. Berhati-hati bila kita kat luar ni tau, ruangan kecik dengan penghadang besi. Suami saya ok je, berjalan memerhati sekitar dan akhirnya duduk berehat di situ. Saya rasa seram, cukuplah memerhati dari pintu je...haha!

Walaupun cuaca panas terik, tapi angin kat atas ni bertiup nyaman. Kami berehat seketika sambil mata melayan keindahan alam ciptaan Allah. Kami juga disajikan dengan ‘persembahan’ oleh burung-burung berbeza spesis yang melayang-layang di udara. Ada yang bersaiz besar (mungkin burung helang), sangat cantik melayang menampakkan bahagian bawah sayapnya berwarna hitam, putih dan merah oren. Kalaulah ada binokular...

Kami kemudiannya mulai beredar bila ada seorang pengunjung tiba di sini. Kita kasi peluang pengunjung lain pulak nak melayan keindahan dari menara rumah api ni.

———————————————————-

Kalau masa naik tadi kami ambil masa sekitar 1 jam, untuk perjalanan turun kami cuma ambil masa 30 minit. Bila laluan bertangga je semua memang susah nak perlahankan langkah, jadi terlaju turun. Kesannya, betis dan pergelangan kaki sakit selama beberapa hari lepas trip ni.

Masa kami sampai kembali di pantai, orang bot dah sedia menanti. Nampaknya tadi bot tak beredar lepas hantar kami. Kalau ikutkan, kami kena telefon untuk bot datang ambil. Sempat melepas lelah kejap, kami terus naik bot untuk kembali ke jeti Teluk Bahang. Seronok dapat merasa naik bot, walaupun cuma mengambil masa kurang dari 15 minit.

Alhamdulillah selesai trip kali ni dengan catatan masa keseluruhan sekitar 4 1/2 jam. Terus pergi ke kereta ambil beg keperluan. Mandi, tukar pakaian dan solat Zohor di bangunan Taman Negara Pulau Pinang.



22 comments:

  1. Aha seram kalau berdiri luar tempat kecil lepas itu tinggi.
    Oh kena bawa beg untuk mandi dan tukar baju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kalau masuk hutan, kat kereta saya sediakan beg keperluan mandi/tukar baju.
      Tapi mandi/tukar baju tu ikut keperluan semasa. Kalau pakaian kotor nak bawa solat, atau ada nak ke tempat lain...barulah tukar baju :)

      Delete
  2. Alhamdulillah..sampai di puncak..tk pernah lg naik rumah api..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...sampai jua dalam pada tak larat tu..hehe

      Delete
  3. Rumah api ini tidak berfungsi lagi ke? Kalau masih berfungsi, sudah pasti orang ramai tak dibenarkan masuk. Rumah api di Tanjong Tuan, Melaka masih berfungsi dan tidak dibenarkan orang masuk, kecuali ada lawatan khas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti masih berfungsi atau tidak, saya nak bertanya...tapi tak jumpa pulak staf kat situ. Rumah api Tg Tuan tu kalau pelawat biasa boleh masuk, mesti ramai yang datang sebab mudah sampai...hehe.

      Delete
  4. Tq for sharing Ujie. Saya dah berpuluh tahun tak jejak Penang. Moga satu hari nanti sampai ke sana juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You’re welcome Amie ^_^
      Insya Allah moga satu hari nanti Amie sampai ke sini. Saya pulak berharap satu hari nanti dapat ke tempat Amie di seberang laut sana tu :)

      Delete
  5. tgk gmbr pon Terasa nyamannye udara.. ohsemm

    ReplyDelete
  6. Lawa pemandangan. LM belum pernah masuk ke rumah api. Tq posting ni

    ReplyDelete
  7. tengok dari segi gambar kak ujie tangkap2 gambar ni mmg nmpak dah usang kan..dari luar lg nmpak seram skit hehee..dalaman dia nmpak okay2 je..satu pengalaman yg menarik ni kak ujie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangunan usang, tengah hutan, atas bukit, takde orang lain...memang terasa seram hehe.

      Delete
  8. next weekend nak pergi hehe .. selalu sampai monkey beach jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menikmati view indah dari menara ^_^

      Delete
  9. Wah.. Pengalaman menarik. Saya tak pernah lagi masuk dalam rumah api. Selalu tengok dari luar je. Thanks share.

    ReplyDelete
  10. Kalau Sha nie.. memnag gayatlah.. Tak terjenguk rasanya.. 😂😂

    ReplyDelete
  11. Rumah api yang usang tapi best juga masuk situ. Seram pulak kat atas tu sebab nampak tinggi juga. View dia memang superb. best berlamaan atas tu :)

    ReplyDelete
  12. Menariknyaaa..tak pernah lagi ke sini :) Tengok gambar, cantik betul :)

    ReplyDelete
  13. Pernah sampai sini dan masa tu ada staff. Pintu "staff only" tu merupakan tangga ke ruang bawah tanah Muka Head. Menurut penjaga dekat situ, bahagian bawah tu mungkin tersimpan "harta" namun dijaga oleh "sesuatu" yang menghuni tempat tu sekian lama. Dari tangga tu kita boleh turun beratus meter ke bawah dan akan berakhir di pintu keluar di bawah bukit tu yang menghadap laut. Kedudukan Pintu tu tak pasti di mana, namun diceritakan pintu tu dikunci sebab di bawah tu tak ada/kurang oksigen. Sebelum dipulihara, rumah api tu dijadikan tempat bertapa dan pemujaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Info menarik!

      Sama seperti rumah api di Tanjung Tuan, Melaka yang dikatakan terdapat laluan bawah tanah.

      Terima kasih berkongsi cerita.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****