Monday 2 December 2019

Mee Racun 3G, Batu Pahat, Johor


 Menu di kedai Mee Racun 3G.

 Mee Racun (biasa). Ada hirisan daging, tauhu goreng, telur dadar. Harga RM5.

Mee Racun Tulang. Harga RM14, dulu RM10. Memang dah lama tak ulang makan di sini, harga pun dah berubah.

Dari segi rasa, memang memenuhi selera saya. Sebab tu dah berkali juga saya datang makan sini bila berkesempatan. Dari segi keadaan kedai, bagi pendapat saya agak kurang memuaskan dan perlu penambahbaikan.

Beginilah bila balik kampung suami di Batu Pahat...kepala mula plan nak makan Mee Racun, Nasi Goreng Kambing, Kacang Pool, Nasi Ambeng...dan macam-macam lagi 😁.


19 comments:

  1. sedapnya kak, terliur nengoknya...
    tapi tulah kalau makanan sedap tapi kedai tak ok kita nk datang semula jadi malas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Dana...bila dah teringin sgt baru dtg 😄

      Delete
  2. Selalu dengar tapi cuba belum lagi.

    ReplyDelete
  3. g mane2 pn mesti try makanan sedapkan kak ujie.. name pn mee racun.. nape ek ade name racun tu kak ujie.hehe.. kalau 1st time degr cam terkejut mader jugaklah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..ya, nama menakutkan.
      Tak tau la nape bg nama tu, tak terfikir nk tanya 😄

      Delete
  4. Sedap, memang kena dengan nama dia. Mee racun, sebab dah makan asyik teracun nak makan lagi. hihi

    ReplyDelete
  5. kalau singgah sini biasanya order mee racun tulang.

    ReplyDelete
  6. alahai rindu nya kat batu pahat. walaupun dah 11 tahun tinggalkan uthm ^_^

    ReplyDelete
  7. nampak sedap macam mee rebus pun ada kan Ujie tapi kenapa nama dia racun huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm mee rebus, tapi ni rasa masam2.
      Nama glamer kot..hihi

      Delete
  8. Perghhh...jangan racun saya kak ujie

    ReplyDelete
  9. Telan air liur banyak kali dah ni Ujie hihi... Mee racun ni ruanya berkuah eh...Apa rasa kuah dia Ujie ? mcm mee bandungkah? Atau mcm mee rebus?

    ReplyDelete
  10. pernah rasa di Melaka ni.
    sgt pedas!!!
    meracuni fikiran aida hingga ke tahap yg mustahil nak teruskan.
    memang pedas ke?

    ReplyDelete
  11. terus rindu saat2 ketika duduk di parit raja dulu :(

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****