MENTAKAB, Pahang....kunjungan pertama kali saya ke sini.
Buat carian di facebook untuk kedai makan sedap, sekali sampai....kedainya tutup pulak! Tak jauh dari situ, nampak kedai sate...suami kata kawan dia pernah bagitau ada kedai sate sedap kat Mentakab. Tapi tak tau nama kedainya, maka kita try jelah kedai sate ni ya...kot sedap.
Dari jalan raya utama, kita akan nampak papan tanda ni. Kedai terletak dekat dengan traffic light. Senang sangat nak nampak.
Kedai tersusun dan bersih. Ada tanda larangan merokok dan disediakan tisu yang banyak. Ciri-ciri kedai makan yang saya suka! Stress tau kalau makan dengan asap rokok bagai, dengan 'tisu dah habis'.
Suka kedai gini, lengkap menu dan harga terpampang besar. Nombor telefon dan waktu operasi pun ada tau. Sangat memudahkan!
Nasi Lemak Bonda (nasi lemak biasa) berharga RM2 untuk saya.
Ok, sedap! Kena dengan selera saya selaku penggemar Nasi Lemak.
Sate Ayam dan Sate Daging pun kena dengan selera kami.
Tapi saya paling suka kuah satenya, pekat dan sedap!
Hidangan malam kami berdua, ada tambahan Nasi Lemak Ayam untuk suami.
Memang kenyang dan puas hati! 😋
Ahaa...dapat resit elok tau, walaupun nampak macam kedai makan kampung!
---------------------------------------------------------------------------------------
Kedai ni beroperasi kejap je tau, dari jam 8 - 11.30 malam. Patutlah masa saya sampai pukul 8 tu lengang je, baru bukak kedai rupanya. Tak lama kemudian, ramai yang datang. Pelbagai kaum - Melayu, Cina dan India datang makan dengan kawan/keluarga besar. Seronok pulak, rasa bersyukur kita berbilang kaum masih boleh makan di bawah satu bumbung tanpa masalah. Walaupun sekarang tengah hangat dengan isu perkauman di media sosial.
Untuk korang yang ada ke Mentakab di waktu malam, bolehlah try makan kat kedai ni. Kot sesuai dengan selera korang pulak kan. Secara keseluruhannya saya memang berpuashati makan kat sini, walaupun masa menghidang sate sedikit lambat. Tu biasalah bila kita pegi tempat ramai pengunjung kan.
SATAY TAMAN RIMBA
Taman Rimba, Mentakab,
Pahang.
Satay ayam tu...terliur pulak saya malam-malam begini!
ReplyDeleteDekat sangat dah ni dengan kampung saya, tapi tak pernah pergi pun ahahah, kena pergi nampaknya bila balik kampung nanti
ReplyDeleteharga secucuk sate pun murah, susah nak dapat harga macam tu sekarang ni :D
ReplyDeleteBila baca ni...terasa macam lama betul tak makan sate
ReplyDeleteMinggu lepas baru makan satay Samuri kat PKNS Bangi... so tak derlah terliur sangat tengok satay mentakab ni
ReplyDeleteTak pernah gi Mentakab ....
Kadang kadang kita tak akan sampai sesuatu tempat tu sehinggalah ada kenduri kawen ke, anak belajar kat situ ke kan ujie....