Wednesday, 14 November 2018

Utara

KANGAR, PERLIS
Dikala orang sibuk ber'shopping' SALE 11.11, saya bergerak menuju ke utara tanahair. Tak rancang awal pun, suami ada tugasan dan saya ikut sebagai peneman. Sambil tu bolehlah ziarah adik ipar yang menetap di Kangar.
Yong Tau Fu yang meriah dan sedap! 😋 Adik ipar dan suaminya bawa kami makan malam ke kedai yang ada pelbagai menu. Susah nak pilih sebab semua nampak sedap. Selain makan YTF di atas, saya order Laksa. Pekat kuahnya, dengan sebiji telur rebus yang sedikit cair di dalam. Memang makan sampai sendat perut...tanpa rasa bersalah! Ala...sesekali pergi tempat orang dan merasa makanan tempatan kan. 😄


CHANGLUN, KEDAH
Pemandangan dari tingkap bilik penginapan kami - T Hotel. Pandang keliling semua masih penuh kehijauan, bunyi ayam berkokok, nyanyian burung, dan rumah-rumah kampung di sekitarnya. Tenang rasa dan senang hati saya memandangnya. Sarapan pagi kat hotel ni pun memenuhi selera saya - ada nasi lemak kuning yang sedap, roti canai yang lembut dan kuih-muih tradisional. Pendek kata, puashati menginap di sini walaupun ianya bertaraf hotel bajet.

Selesai tugasan suami, kami ke Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam. Memang sangat dekat. Kalau nak terus masuk Thailand pun senang, ada kedai yang uruskan insurans kenderaan masuk Thai dan dokumen berkaitan, berhampiran T Hotel tadi. 

Kami mengejar masa, cukuplah sekadar ke Kompleks Bebas Cukai. Tapi sayangnya takde barang yang menarik hati saya. Kami cuma beli coklat/kekacang. Murah ke? Kalau coklat Ritter Sport semurah RM6.50 semua jenis, yang ni memang rasa rugi tak beli. Coklat Whittaker's bar RM12.90 semua jenis, yang ni lebih mahal berbanding di HIG Langkawi (adik ipar baru beli RM9.50). Tapi bila pulak nak ke Langkawi kan...kita beli jelah kat sini. Belanja minima RM50 dapatlah percuma caj parking untuk 2 jam (caj parking 1jam = RM3). Kami tak berlama-lama di sini, perjalanan pulang ke rumah di Negeri Sembilan masih jauh... 


PULANG
Entah bila lagi mata ini dapat menikmati pemandangan indah begini. Biarpun bukan padi menguning, sawah padi menghijau tetap memukau pandangan. 😍

Perjalanan pulang tak selancar seperti semasa kami datang. Hujan di sesetengah tempat dan kerja-kerja membaiki jalan yang membuat kenderaan bergerak perlahan, juga masuk waktu malam memang menguji ketahanan mata. Alhamdulillah selamat jugak sampai ke rumah sekitar jam 1 pagi. 💤

10 comments:

  1. Alang2 ada urusan ye kak, berjalan la sekali. Selera tgk yong tau fu tu.. Hihi..
    Cantik pemandangan hijau.. Segar mata memandang..

    ReplyDelete
  2. Assalam kak Ujie..JM dtg ni hihihi

    ReplyDelete
  3. pas mkn rasa bersalah plak? lawak! hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam buruk lantak pulak..segala ko telan! haha

      Delete
  4. JM pernah masuk kompleks bebas cukai Bukit Kayu Hitam tu tapi tak inzal sgt sbb harga brg agak mahal..tgk2 jek

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi..tak inzal! haha
      Yuppp betul..ada beberapa brg yg mmg kami tau harga biasa, sekali kat situ lagi mahal daaa! Pasal tu cuma beli coklat2 yg tak biasa jumpa je. hehe

      Delete
  5. seronok tengok kehijauan tu kan rasa sejuk je mata memandang. yong tau fu tu nampak menarik je

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****