Monday 7 December 2015

Ulu Dong, Raub : Khazanah Alam Nan Indah!

Tak ada idea nak ke mana-mana? Jom kita pergi ke Ulu Dong, Raub, Pahang. Sangat sesuai bagi pecinta alam, juga yang rindukan suasana kampung.

Ulu Dong, Raub
1. Nama je 'pulau', tapi sebenarnya bukanlah ada pulau pun. Aliran sungai (ke panggil jeram?) yang agak deras. Mungkin sebab semalamnya hujan lebat.

Ulu Dong, Raub
2. Saya sewa chalet tepi sungai, tidur malam bertemankan bunyi deruan air...sungguh nikmat! Alhamdulillah..alam semulajadi sebagai terapi diri.

Lata Jarum, Raub
3. Kurang 2km dari chalet penginapan kami, terbentang indah Lata Jarum. Terpukau saya dengan keindahan Lata Jarum. Ada jambatan disediakan untuk kita jelajahi tempat ni. Masa saya berdiri ambil gambar ni, percikan halus hasil hempasan air terjun menyapa diri...seronok!

Lata Jarum, Raub
4. Lata Jarum agak unik, pepohon hidup segar dicelahan batuan dan aliran air. Kat bahagian atas tu ada lagi mini air terjun, memang asyik memandangnya.

CARA NAK KE SANA?
Dari Raub, simpang untuk ke Ulu Dong terletak di sebelah kanan jalanraya. Ada papan tanda 'Lata Jarum'. Dari simpang tersebut untuk ke Ulu Dong adalah kira-kira 14km.

PENGINAPAN?
Ada agak banyak pilihan, ikutlah bajet dan keselesaan kita. Antaranya :
  • Tanah Aina Fahad. Ni paling selesa dan mahal rasanya, untuk info lanjut sila klik SINI.
  • River View Chalet. Kami mampu sewa kat sini je, kedudukan pun tak jauh sangat dari Tanah Aina Fahad. Best sebab betul-betul tepi sungai. Terletak diantara Pusat Rekreasi Pulau Chekas dan Lata Jarum, strategik. Info lanjut, sila hubungi Mak Tam di 019-576 2222.
  • Dusun Tok Chalet. Chalet ni terletak sebaris dengan River View Chalet. Info lanjut, sila hubungi 017-456 9037/013-211 1736.
  • MS Chemerkau Chekas Chalet. Yang ni agak terkenal untuk team building. Mulanya kami nak menginap di sini berdasarkan carian di internet. Sampai sana, chalet tak beroperasi (kami datang hari bekerja & di luar masa cuti sekolah, tuan chalet pun tak ada). Chalet kat sini nampak lebih elok dan terurus, tapi jauh sikit dari Pulau Chekas dan Lata Jarum. Info lanjut, hubungi 019-994 9095.
Ada beberapa pilihan lagi, tapi lupa ambil info. Kalau luar musim cuti dan hari bekerja, korang boleh je main redah datang macam kami. Pastu bolehlah pilih chalet mana berkenan di hati (kecuali chalet yang terkenal, haruslah tempah awal kan..).


MAKANAN?
Kalau di chalet yang kami duduk ni, boleh je nak main masak-masak kat tepi sungai. Disebabkan kami datang secara terjah, takdelah aktiviti main masak-masak. Kami beli je di sebuah kedai makan yang terletak berhampiran sebuah pintu gerbang. Tak jauh memandu dari kawasan chalet. Makanan pun boleh tahan sedap dan murah tau. Kedai ni tak buka untuk sarapan ya.


Nota : Bagi yang tak pernah merasa duduk rumah kampung, ada sungai tepi rumah, ada banjaran gunung di sekeliling, kehidupan kampung yang serba sederhana dan keramahan warga kampung...elok sangatlah kalau korang datang menginap kat Ulu Dong ni tau. Rasa sangat tenang dan damai!

20 comments:

  1. Kakak dapat rasakan betapa damainya menikmati keindahan alam yg begini Ujie
    Mesti airterjunnya sejuk. Kakak tengok macam kat Air Terjun Gunung Ledang dah.. bestnya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kan kak zakie...walaupun org Johor tapi blm pnh sampai air terjun g.ledang.. :D

      Delete
  2. damainya.. seronok kalau dpt bercuti kat sini.. suasana kampung..
    jauh dr kesibukan kota..

    ReplyDelete
  3. Seronok tinggal tempat2 macam tu, jauh dari kesibukan kota yg memekakkan telinga dan menaikkan tekanan darah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau terus duduk sini..sihat je kita agaknya kan.. :)

      Delete
  4. Bestnya..
    Akak pun suka dgn suasana mcm ni..
    Rindu akak dgn deruan air sungai tu..
    Nak juga pergi kesana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah balik ni..mmg terngiang-ngiang je bunyi deruan air tu kak Yati.

      Delete
  5. Yg best tu bila dpt dengar deruan air terjun malam malam, kan Ujie....
    Tp okje kurang suka tempat gini sebabnya mungkin dah biasa duk kampung kot haha.... lupa daratan weyh ....

    ReplyDelete
  6. wahh indahnyer alam dgn air sungai berderau nyaman gituuu., huhu2

    ReplyDelete
  7. Macam lepas hujan je Ujie... air nampak besar dan kurang jernih. Tapi tempat macam ini memang mendamaikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa kami dtg ni tak hujan, tapi menurut owner chalet..smlm hujan lebat.

      Delete
  8. waaa..best nyer..ita paling suka pergi dalam hutan macam ni...memang mendamai kan..

    ReplyDelete
  9. rumah mak yan kat kampung depan sungai....
    rindu pulak kat kg

    ReplyDelete
  10. cantiknya tempat ni sis...kwn ada yg kerja kt uitm raub ajak pergi bercuti ke sana..katanya byk tempat mandi manda yg cantik...tgk gaya gmbr ni terus rasa nak pergi..hehe

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****