Catatan kali ni saya nak cerita pasal plaza borong yang ada kat Guangzhou ni. Untuk info, Guangzhou merupakan antara pusat perdagangan / pusat pemborong dunia. Inilah antara tujuan kembara saya dan suami ke Guangzhou, melihat sendiri plaza-plaza borong di sini. Makanya, selama 4 hari kaki saya bekerja keras kerana perlu berjalan kaki dari stesen-stesen Metro ke plaza-plaza borong yang terlalu banyak. Kalau korang ada bajet tinggi dan perlukan keselesaan, boleh saja memilih naik teksi.
Berikut adalah sebahagian tempat memborong / membeli-belah yang sempat kami jelajahi. Ada yang saya tak cerita kat sini sebab tak ambil sebarang gambar/info.
1. Plaza borong fabrik (renda, manik pun ada). Exit pintu D di stesen Metro : Sun Yat-sen. Sepanjang jalan semuanya plaza jual fabrik. Terlalu banyak! Yang agak baru dan ada lebih kurang 7 tingkat tu - Zhong Da.
2. Taikang Jewelry City - plaza jual jewellery & scarf. Exit di stesen Metro : Haizhu Square atau Beijing Road. Jangan terkejut, kat sini pun orang jual tudung tau! Tapi...kita jadikan tudung, dia jadikan hiasan lilit kat leher atau untuk menahan sejuk. Masa ni Guangzhou dah masuk musim sejuk, masing-masing sibuk pilih skaf. Saya belek-belek, ada yang berkenan tapi bidang kecik pulak.
3. Plaza alat tulis - Office Stationery & Art Supplies Trade Center. Dan ada banyak lagi disekitarnya. Maaf, yang ni lupa catat stesen Metro terdekat. Kena buat carian sendirilah kalau berminat nak ke sini.
4. Onelink International Toys & Gifts Wholesale Market (gambar pertama). Ada macam-macam barang hiasan / keperluan rumah (cadar patchwork, wallpaper), keychain & fridge magnet. Pendek kata, memang syurga untuk yang suka shopping!
Teruskan berjalan, kita akan jumpa Plaza Debao (gambar kedua). Ada jual runcit/borong alat tulis dan permainan. Pergi ke tingkat bawah sekali. Untuk ke dua-dua plaza ni, sila exit stesen Metro : Haizhu Square.
5. Kawasan plaza borong pakaian kanak-kanak/bayi. Exit pintu A di stesen Metro : Zhongshanba. Masa ni pintu A di tutup, kami exit ikut pintu B.
6. Cari barangan berkaitan komputer & barangan digital? Boleh ke kawasan ni, exit di stesen Metro : Gangding.
Murah ke barang kat sini?
Pendapat saya secara umum (yang baru pertama kali ke sini), kalau beli setakat satu dua memang tak murah. Paling mungkin pun, murah sikit dari kat Malaysia. Kadar tukaran wang masa kami pergi ni hampir RM7 untuk setiap ¥10. Kalau nak murah, kenalah membeli secara borong.
Mudah ke nak memborong?
Bagi saya, tak begitu mudah disebabkan halangan komunikasi. Tak boleh nak tanya lebih-lebih. Untuk bincang harga dan kuantiti, semuanya guna kalkulator. Perkataan yang sebahagian penjual faham - one dan many many (borong). Kalau serius nak memborong, korang boleh join trip borong atau sekurang-kurangnya seminar borong untuk lebih tips dan memudahkan urusan borong. Tapi, tidaklah sampai tahap terlalu susah untuk memborong sendiri bagi yang sukakan cabaran dan nak berjimat (kos lebih tinggi jika join trip borong).
.
wahh sonoknyer memborong sakann kat guangzhou tu mak ., hehe2
ReplyDeleteErr..tak memborong sakan pun wakk..dtg saja2 tengok tempat org. :D
Deletebest nyer..boleh shopping kain dengan manik...
ReplyDeleteSbb Eita suka menjait! ^__^
DeleteSama lah..saya tak shopping apa sgt pun. Borong pengalaman je yg byk, jimat! :)
ReplyDeleteWah bestnya...ini kalau dapat memborong mmg best ni
ReplyDeletesayangnya, saya jenis suka tengok je..hehe
DeleteBila naik subway memang perlu banyak berjalan... tapi memang jauh lebih jimat berbanding naik teksi. Tapi kalau cuaca nyaman memang takde hal punya...
ReplyDeletemmg jimat sgt2 naik subway. tapi penat kaki..hehehe
Deletemasa ni cuaca ala2 kat Cameron, nyaman dan langsung tak menitik peluh. Alhamdulillah!
Bestnye kak ujie...teringin gak nak kesana. kita kalau ke negara org, mmg jarang bershopping. nak pengalaman jejak tgk negara org je..hikhik
ReplyDeleteInsya Allah ada rezeki Suraya ke sana.
DeleteAkak bajet ciput, setakat dpt sampai tu pun dah syukur. Pun jimat tak payah beli baggage AA kan.. :)
syok la memborong di sana
ReplyDeletetengok2 pun dah syok..hehee
Deleteseronok kalau boleh memborong..tp wlpn sekadar cuci mata pun dah terlebih seronok..hehe
ReplyDeleteKalau akak pergi ni Ujie..
ReplyDeleteMahu rambang mata..
Tak tahu mana pilih..
Ramai org ke sana utk memborongkan..
jangan lupa beli buah tangan ye kak. haha
ReplyDeleteKalau borong memang murah Ujie.
ReplyDeleteKawan kakak kongsi beli kasut/selipar dsb (tak boleh pilih) 2 containers terus masuk M'sia. Lepas tu agih kat org yg jual di pasar malam. Berganda-ganda untungnya Ujie.
Awak meniaga ke Ujie?
ReplyDeleteKalau yg kaki shopping ni, sukalah kot ...