Monday 14 December 2015

GUANGZHOU, China : Menerobos Sempadan Diri

29 November 2015
Alhamdulillah pesawat Air Asia yang saya dan suami naiki selamat mendarat tepat jam 1 pagi waktu tempatan (sama dengan waktu Malaysia) di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun, Guangzhou, China. Penerbangan mengambil masa kira-kira 4 jam dari KLIA2.

Selesai urusan dengan pihak berkuasa, kami merayau sekitar lapangan terbang dengan tujuan mencari di mana letaknya stesen Metro Guangzhou (Guangzhou subway), cari tandas dan cari tempat tidur yang sedikit tersorok. Bermalam di sini, boleh jimat duit teksi yang pastinya mahal dan jimat duit hotel satu malam. 

Hampir jam 2.30 pagi, di sinilah kami merehatkan diri. Saya pakai selimut, pakai tutup mata...dapatlah jugak tidur walau tak lena mana pun. Tapi bukanlah berbaring macam 'jiran' sebelah kami, agak susah sebab ada tempat tangan kat kerusi.

Pukul 5 lebih, kami beredar ke tandas (siap gosok gigi tau!). Dan seterusnya menunaikan kewajiban di ruangan ini (dalam gambar). Alhamdulillah...antara perkara yang saya risaukan (solat di ruangan terbuka) dapat diselesaikan dengan mudah.

Seterusnya, kami menaiki Metro Guangzhou untuk menuju ke hotel (Zhuhai Special Economic Zone Hotel). Lama jugak merenung route map dan nota-nota yang kami bawa untuk memastikan kami tak tersalah laluan Metro. Untuk perjalanan dari lapangan terbang ke stesen Ximenkou, mengambil masa kira-kira 50 minit dengan tambang ¥7 sahaja! (hampir RM5).

....bersambung....

*********************************************

Saya anggap musafir kami kali ini sebagai 'menerobos sempadan diri', kerana buat pertama kali kami berdua sahaja ke tempat yang begitu asing tanpa pemandu pelancong / tak ikut mana-mana agen pelancongan. Berdebar dan sedikit cemas sebenarnya....ke negara yang rata-rata masyarakatnya hanya mampu bertutur bahasa mereka je, sedangkan kami cuma tau bahasa Melayu dan Inggeris semata. Terpaksa pulak bermalam di lapangan terbang, solat di tempat terbuka, menggunakan tandas tanpa air dan bermacam lagi sebenarnya! 

Untuk trip ke Guangzhou ni, suami yang buat segala persiapan (termasuk segala info siap print). Antara yang di print adalah catatan blogger JARI MANIS, sebab ada direction lengkap untuk ke mana-mana. Terima kasih ya JM! Memang sangat membantu.






.

23 comments:

  1. tahniah sebab berani melancong tempat asing tanpa pemandu pelancong...kalau yanmahu dah nangis lajuw..bimbang sesat

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Yan.. :)
      duit sikit tapi nak tengok tempat org, redah jugaklah tanpa pemandu pelancong. hehee

      Delete
  2. Alhamdulillah bestnya kan dapat travel berdua gini..sweet, bojoku interested nk explore xinjiang tapi tinggal angan2 je dulu..insha Allah. .nanti update pasal makanan sana..yang itu paling aku suke hihi ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah..pasang niat, nanti asa la jalannya Tie.

      alamak, makanan tak berapa ada cerita..makan sekadarnya je. :D

      Delete
  3. Waaa... Sampai ke Guangzhou.. selamat mengembara :D
    Sweet travel berdua cam ni kan hihihii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..1st time travel jauh..dan berdua.

      TT pun sama..travel berdua dgn isteri jugak! ^_^

      Delete
  4. semoga selamat hendaknyer dalam perjalanan pergi dan balik...berdebar berdua takpe..janji tak keseorangan...macam kak tiha..kite tunggu update pasal makanan..hahahah

    ReplyDelete
  5. Best kan Ujie pergi main redah ni... Bermalam di airport dan bersolat di tempat terbuka dah menjadi perkara biasa bagi kitaorang... Ke Guangjo saja ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best, tapi mmg sgt berdebar! Tak tau apa yg bakal dilalui.
      biasalah..1st time buat benda2 tu, perasaan lain macam.
      Ya, Guangjo sj..cari pglmn pertama dulu. Tak berani lagi nak sambung pjlnn ke tempat lain. :)

      Delete
  6. main redah tu yang best.. mencabar kemapuan diri. tahniah Ujie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kakyon..menerobos sempadan diri saya ni!
      Terima kasih kak. :)

      Delete
  7. Selamat melancong Ujie.. Bukan mudah pergi ke tempat tak dikenali, berbeza bahasa, budaya dan agama tanpa pemandu pelancong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sangatlah tak mudah utk saya yg pertama kali ni...kuatkan mental dan kuatkan keyakinan kpd Allah je ni.

      Delete
  8. Oh ya... seronok bersendiri dari dikawal pemandu pelancong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu kelebihannya. Kekurangannya..kdg2 mcm org buta terpaksa meneka dlm kesamaran! :D

      Delete
  9. Wah berjalan lagi ye awak Ujie.... Jauh nampaknya kali ni hihi...
    Mmg mencabar jugak tu berjalan di tempat orang tanpa TG, tempat asing, bahasa pun asing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan2 bajet rendah je kak, setakat mampu.
      Bahasa..mmg masalah utama!

      Delete
  10. Memang kena buat persediaan sebelum pergi bermusafir di sana. Bahasa menjadi halangan utama..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****