Tuesday 13 January 2015

Taman Rekreasi Gunung Lang

...catatan terakhir untuk penjelajahan kali ini...

Kami tiba di Bandaraya Ipoh menjelang tengahari. Matahari agak terik. Berpandukan GPS, dengan mudah kami tiba di Taman Rekreasi Gunung Lang yang terletak kira-kira 5km dari bandaraya Ipoh. Masa kali pertama jalan-jalan ke Ipoh dulu, dah teringin nak jejak Gunung Lang ni. Tapi tak kesampaian sebab tiada kenderaan awam (kecuali teksi) ke sini. Masa tu kami datang Ipoh naik ETS (entri DI SINI)

1. Masuk kawasan ni percuma. Letak kereta pun percuma. Tapi kalau nak naik bot ada sedikit bayaran. 

2. Pemandangan dari jeti. Landskap bukit batu kapur, air tasik yang kehijauan dan hidupan air yang jelas dipermukaan...memang indah! Maha Suci Allah yang menjadikan.

3. Naik bot di sini untuk ke seberang sana.

4. Pelbagai spesis ikan dan tuntung (agaknya). Besar-besar semuanya! Kalau korang nak beri ikan-ikan ni makan, boleh beli makanan ikan di kaunter tiket.

5. Perjalanan ke 'pulau' yang sangat dekat, kira-kira 300 meter. Naik ni takde jaket keselamatan. Dalam bot saya ni penuh warga asing je. Dah macam kita pulak yang jalan-jalan kat luar negara.

6. Antara tarikan kat sini. 

7. Antara menara tinjau yang disediakan. Kami tak naik, malas. Sekarang rasa rugi pulak.

8. Laluan yang disediakan. Tempat ni memang sesuai untuk aktiviti santai seisi keluarga dan sangat cantik untuk sesi fotografi. Taman permainan kanak-kanak pun ada. 

9. Pemandangan indah dari jeti. Nak balik dah...

Kalau ikut info, tempat yang kami pergi naik bot ni adalah pulau. Tapi nampak ada kereta 4x4 dan motor. Maksudnya tempat ni bersambung dengan bandar Ipoh (bukan pulau) dan ada laluan. 

Bagi yang ingin menghabiskan masa bersama keluarga dengan kos yang minima, tempat ni memang sesuai. Untuk sesi fotografi pun sangat cantik. Dan untuk saya sendiri, saya suka tempat ni kerana keindahan landskap batu kapurnya. Info lanjut mengenai tempat ni, boleh KLIK DI SINI.

*********************************************

Untuk perjalanan balik ke Negeri Sembilan, terpaksa melalui lebuhraya sebab kesuntukan masa. Tak tercapai hasrat nak lalu jalan biasa untuk melihat tempat orang. Tapi sempat jugak ke Tanjung Malim, beli t-shirt HumairaDesign dan makan pau YIK MUN yang terkenal tu. Ada halal Jakim ya. Tapi harga agak mahal RM2 untuk setiap pau. Sedap sangat ke? Tak jugak, sebab tak selembut 'pau pesta' yang terkenal kat Batu Pahat. Tapi inti kari dagingnya memang puas hati, banyak dan sedap. Yang inti kacang pulak, macam hangit kacangnya. Cuba sekali je.

Trip pertama 'Misi Jelajah Axia' ini, penjelajahan meliputi kira-kira 700km (sehingga tiba di rumah) dengan penggunaan petrol kurang dari RM100. Insya Allah ada rezeki masa, kesihatan dan wang bolehlah buat trip kedua pulak (ke mana ya?).

14 comments:

  1. Puas menjelajah makan angin ye Ujie.
    Kakak yg cuma mengikuti dari entri yg dipaparkan pun seronok sama:)

    ReplyDelete
  2. seronoknya tengok pemandangan alam. nani tak pernah sampai lagi ke sana :D

    ReplyDelete
  3. wahh.. kak, story la mcm mana nak plan bajet untuk pergi travel ni :D

    sem depan plan nak pergi gunung lang la. hehe

    ReplyDelete
  4. Untunglah dapat pergi menyeberang. Saya kena ulang lain kali nampaknya...

    ReplyDelete
  5. Panaroma tercantik.... rasa macam nak pergi merasai keindahannya....

    ReplyDelete
  6. Besar2 tuntung kat situ..:)

    700km for less than RM100...jimat...tau exact number? RM90? RM85?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekitar rm85 DZ. Harga petrol tgh rendah, okla..rm1.91. Bawak pulak keta kecik, 1000cc. :)

      Delete
  7. tengok gambar rasa macam dah lain gunung lang sekarang ni..last saya pergi dulu tak cantik macam ni kot..:)

    ReplyDelete
  8. jernihnya air tasik tu..jelas kelihatan ikan dl

    ReplyDelete
  9. Menarik juga Gunung Lang ni. Lanscape batu kapur ni lebih kurang mcm yg ada kat langkawi kan? Harap2 dpt pergi sana nanti. Saya suka tasik hijau dgn ikan2 tu.

    ReplyDelete
  10. subhana allah..comel nyer tempat ni kak...tengok pun dah rasa tenang.....
    tak rugi lah ye jalan2 kat sini

    ReplyDelete
  11. Cantiknya view tu kak. Pau Yim Mun memang sedap. Dulu kalau balik perak memang seinggah.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****