Salam Maal Hijrah...
Untuk cuti kali ni saya mengambil peluang ke Ipoh dengan menggunakan perkhidmatan ETS (Electric Train Service). Bukan tak pernah ke sana, cuma kali ini pengalaman dan pemandangan sepanjang laluan adalah berbeza kerana menaiki tren. Untuk info lanjut mengenai ETS, SILA KLIK DI SINI. Oh ya, ETS juga boleh dinaiki dari/ke Seremban. Maaf, entri ni banyak gambar!
Untuk cuti kali ni saya mengambil peluang ke Ipoh dengan menggunakan perkhidmatan ETS (Electric Train Service). Bukan tak pernah ke sana, cuma kali ini pengalaman dan pemandangan sepanjang laluan adalah berbeza kerana menaiki tren. Untuk info lanjut mengenai ETS, SILA KLIK DI SINI. Oh ya, ETS juga boleh dinaiki dari/ke Seremban. Maaf, entri ni banyak gambar!
1. Keadaan dalam tren...selesa dan luas. Dilengkapi tandas yang moden dan ada jualan makanan.
2. Skrin TV di setiap koc- memaparkan masa dan kelajuan semasa tren (masa ni kira laju..145 km/jam). Juga ada tayangan cerita sebagai hiburan (tapi bosan sebab berulang-ulang beberapa cerita yang sama).
3. Tiket tren- harga dan masa perjalanan berbeza mengikut kelas Silver/Gold/Platinum. Untuk masa perjalanan yang saya ambil ni memang tiada pilihan, kecuali Gold. Masa yang diambil dari KL ke Ipoh - 2 jam 15 minit untuk kelas Gold.
IPOH : BAGAI TEROWONG MASA LALU!
4. Stesen Keretapi Ipoh- mula beroperasi pada tahun 1935. Antara bangunan peninggalan British.
5. Pandangan keseluruhan bangunan Stesen Keretapi Ipoh.
6. Bahagian atas bangunan- ada tingkap besar & kecil. Saya rasa ni bilik hotel...sebelum ni ada hotel beroperasi di bangunan ini.
7. Hotel Setesen (Station Hotel) - nama lama yang masih kekal di bangunan ini.
8. Laluan/koridor di luar Stesen Keretapi Ipoh.
9. Majestic Station Hotel (1935 - 2011) - menamatkan operasi pada Mac 2011 lalu, setelah 76 tahun!
10. Tugu Peringatan yang terletak bertentangan dengan Stesen Keretapi Ipoh.
11. Papan tanda besar 'Ipoh White Coffee' menambahkan aroma lama Ipoh.
12. Dewan Bandaran Ipoh - antara bangunan lama yang menghiasi landskap Ipoh.
***************************************************************
Dengan berjalan kaki, saya dan suami tidak pergi terlalu jauh dari stesen keretapi. Tambahan pula, cuaca agak mendung...bila-bila masa saja hujan akan turun.
Untuk hidangan tengahari - disebabkan meragui tahap halal kafe di stesen keretapi, kami menuju ke Medan Selera Dato Sagor yang terletak di belakang Dewan Bandaran Ipoh dan berhadapan dengan Masjid Negeri Perak. Makanannya tiada masalah bagi saya, cuma kawasan medan selera ini agak tidak bersih. Suatu usaha perlu dilakukan demi kebaikan semua pihak- pelanggan, pengusaha & kerajaan negeri. Maaf jika ada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya ni ya!
Apapun, perjalanan menaiki tren ke Ipoh melalui banyak tasik dan bangunan lama yang menarik perhatian saya. Ipoh sendiri, bangunan-bangunan lamanya bagai membawa saya ke masa lalu! Tidak hairan juga petang tersebut kelihatan beberapa pasang pengantin sibuk dengan sesi fotografi berlatarkan bangunan lama ini.
* ETS ada menawarkan tiket berharga RM16 dengan syarat & terma tertentu. Tiket perlu dibeli awal 2 minggu sebelum masa perjalanan. Boleh rujuk web mereka untuk mendapatkannya.
wah... seronoknye..
ReplyDeleteETS?.. info baru buat saya..
TQ for sharing..
Nampak selesa jer ETS ni..
ReplyDeleteDah lama tak naik tren..
berapa kak tambang dia. mahal tak?
ReplyDeletelia:
ReplyDeletetakde la seronok sgt..tapi dpt la pengalaman baru.
lily:
mau tak selesa..koc baru! tp mmg selesa pun, luas.
yayan:
tambang ikut kelas & jarak. kalau dari kl sentral ke ipoh, paling murah kelas Silver rm25.
skrg ada promo rm16 sehala..tp kena beli awal 2minggu. utk warga emas ada diskaun..student tak pasti.
salam .
ReplyDeleteSelat tahun Baru Dari RastaClassicBiker....
Salam kenal juga tak lupa...
Rasta dah 37 tahun lebih rasanya tak naik bas...em...ada perkembangan yang baik ttg cerita dalam bas.....
thanks....
Rasta tumpang promote blog rasta yang baru.....post terbaru tentang Dunia classic rasta sudilah kiranya singgah..
Adakah air Kita selamat..?
Thanks visit my blog....
Spana Rasta Dah Jumpe...huhuhuhuhuhu
seronoknya jalan2..cantik gmbr2 tue..pndi ujie snap pic..
ReplyDeletetak pernah merasa naik ETS ni lagi..nak naik sorang tak berani <-- jakun :D
ReplyDeleteboleh dapat rm16?murah la..thanks for the info..hihi
rasta:
ReplyDeleteETS ni keretapi..
diana:
hahaa..boleh kena lucut status kerakyatan negeri perak ni!
cik tom:
tq..snap guna hp je.
lgpun dah mmg tmpt tu yg menarik.
wanie:
rm16 tu promosi..cpt2 rebut peluang. ajak la member sorang, ronda2 tambah ilmu/pengalaman.
siyes sy jeles ni sis..asal tak bawa sy sekali jejalan..hehee
ReplyDeletetak pena naik lagi ETS ni..nmpak kampung sngt kan sis??hahaa cian sy^^
ReplyDeletePernah bercadang dgn cara ini utk ke Ipoh., tapi belum terlaksana lagi...
ReplyDeleteKat mana-mana medah selera, kebersihan adaah masalah utama. Kenapa ye... mentaliti..
ws:
ReplyDeleteala..g ipoh je achie..
bkn nampak kg sgt..tp nampak sgt awak asik naik keta! sesekali kena try naik tren..ada kelainan tau.
mie:
saya ni pun tunaikan hajat yg dah lama.
medan selera..hampir jd medan hilang selera!
tak pernah naik lagi ETS nie tapi nampak cantik jer dalam dia..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
xpernah naik lagi..
ReplyDeletenmpk selesa..
:D
azlan & juliet:
ReplyDeletekalau ada masa, bolehla try..amik yg promo rm16.
rjinnye akak cri info..hihi...xpernah naik lagi lorrrr..jles2
ReplyDeletei love Ipoh...ipoh mali talak sombong ma...
ReplyDeletectk:
ReplyDeletecari info utk diri sndiri & utk share dgn korang..
tp:
kamu pasti org ipoh!
Salam Ujie..,
ReplyDeletewahh...bestnya.... lama dah saya nak mencuba ETS ni tapi masih belum kesampaian , tak tau lah berap harga tiketnya dari S`ban ke Ipoh...suatu masa dulu pernah KTM offer RM 30 sehala...
nampak menarik dah teruja..
azmnor:
ReplyDeletesaya pun dah lama plan..baru ni direalisasikan.
byk sgt plan..plan s'pore pun tak menjadi lagi ni.