Wednesday 6 November 2013

Taman Botani Johor

TAMAN BOTANI JOHOR - terletak di Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Sangat dekat dengan rumah mertua saya. Taman ni terletak di kawasan berbukit, dan terdapat dua tasik utama. Tasik ni terbentuk hasil aktiviti perlombongan bijih suatu ketika dahulu. Sebelum ia diwartakan sebagai 'taman botani', tasik ni jadi tempat penduduk kampung menternak ikan sangkar.
 
Taman ni terletak di atas bukit...diuruskan oleh Jabatan Landskap Johor. Percuma je dan takde kaunter apa-apa.

Pemandangan tasik yang menjadi tumpuan utama orang ramai. Damai...
Masa ni lewat petang, ramai pengunjung kat tepi tasik ni sebenarnya. Ada yang memancing, ada yang sibuk ambik gambar (macam saya) dan ada yang duduk santai dengan kawan & keluarga.
 
Sejarah tasik ni...aktiviti perlombongan.
SECTION NO. 7 - 1959 SRI MEDAN IRON MINE.


Lokasi utama yang sangat cantik untuk sesi fotografi.

Hujung minggu...lokasi ni jadi tumpuan fotografi pasangan pengantin.

Ni sepupu suami...yang ikut kami merayau kat tasik.

Akar dari pokok di tepi tasik...

Pandangan peribadi saya, taman ni kelihatan kurang terurus. Untuk peminat fotografi, ini memang tempat yang menarik. Bagi penduduk setempat, ia cuma lokasi untuk bersantai bersama kawan/keluarga di petang hari.


***Update: Tasik ni memang cantik tau...dalam gambar & yang sebenar. Sebab tu ramai pengantin jadikan ia lokasi bergambar. Yang tak terurus tu kemudahan yang disediakan. Kira tak setanding dengan nama TAMAN BOTANI.***


26 comments:

  1. bila dalam gambar..nampak cantik je kan ujie

    ReplyDelete
  2. persekitaran dalam gambar ni nampak bersih je kawasan ni :)

    ReplyDelete
  3. nampak agak bersih persekitarannya ujie.. bagus kalau dijaga dengan baik.. boleh jadi salah satu tarikan pelancong kan.. :D

    ReplyDelete
  4. ANNE:
    Yg tak terurus tu...jln byk lopak, landskap tak dijaga..kira tak sesuai dgn taraf tmn botani.

    ReplyDelete
  5. Kenapalah tak dicommercialkan jadi tempat pelancungan ye Ujie. Kakak boleh tak tahu tempat ini..

    ReplyDelete
  6. nampak cantik pemandangan 2..tasik 2 tenang jer... hehehe

    ReplyDelete
  7. Eh? Tatau pun kewujudan taman ni. Nmpk tenang je. Best je. Lain kli klu blk BP, nak singgahlah. Mmg ctk bt amek gambar ni Ujie. Hehehehe...

    ReplyDelete
  8. FARA:
    Mmg tenang dan mendamaikan hati..datangle bila balik bp tu. Utk info...Tasik ni kalau tengok dari tepi jln mmg tak nampak tau...sbb dia atas bukit sikit.

    ReplyDelete
  9. Cantiknye tempat ni...nampak tenang jer..

    ReplyDelete
  10. KHAI:
    ramai je yg dok mancing sini...

    ReplyDelete
  11. Subahannallah... memang mendamaikan panoramanya ujie... seronok utk mencari ketenangan dn ciptaan Ilahi ni ujie :)

    ReplyDelete
  12. Menariknya.,..takpernah pergi lagi. Thanks berkongsi gambar....

    ReplyDelete
  13. Mungkin pihak berkuasa tempatan tak mau jaga kot supaya taman tu nampak lebih natural...hehehehe...

    ReplyDelete
  14. Best jalan-jalan taman. Boleh rehatkan minda dan badan.

    ReplyDelete
  15. macam menarik kak tempat ini..saya tak pernah jalan2 area batu pahat lagi..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  16. Ooooo..baru tau ada Taman Botani kat BP...Boleh la saya singgah kalau balik JB,ambik gambar kat situ..:) Kat Malaysia ni, bila tiba bab penyelenggaraan, memang lemah...

    ReplyDelete
  17. Saya suka dgn tasik. Sebab airnya tenang seperti cermin. Sayanglah kalau tempat yang cantik tapi tak terurus. Mungkin kena ada bayaran baru dia nak jaga betul2 kot.

    ReplyDelete
  18. Pernah pergi sini beberapa kali. Pemandangan memang cantik, cuma betullah, kemudahan tak begitu terurus. Masa saya ke sini, platform ada yang dah reput, kadang-kadang rasa seram bila berjalan atas platform tu sebab rasa macam nak runtuh. Tapi kalau nak ambil gambar memang cantik.

    ReplyDelete
  19. HAZMAN:
    Yg terbaru pegi, mmg masih gitulah. Takut2 gak nak jln atas tu.. Pelik gak nape tak baiki, sdgkn ada staf/pekerja yg stay situ (ada kuarters ).

    ReplyDelete
  20. terasa ingin nak pergi..tapi tulah..jauh...

    ReplyDelete
  21. memang cantik la akak.. mesti selalu jd port nk photoshoot pengantin kan

    ReplyDelete
  22. sh jugak tempat cantik.. tp kemudahan x berapa nak bgs... sapalah yg harus mengambil tindakan..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****