Monday, 4 November 2013

Tak Tau Bersyukur!

[situasi: sedang rewang di dapur untuk kenduri]
 
"Orang kita ni ada yang tak tau bersyukur! Gula naik sikit pun dah bising." kata makcik Munah (bukan nama sebenar). "Kat Kemboja tu...huru-hara, miskin...harga gula pun mahal. Kita kat sini bersyukur aman." sambungnya lagi penuh semangat.
 
Topik GULA bermula bila ada kuih yang dibeli untuk hidangan kami rewang terasa kurang kemanisannya. "Gula dah naik harga, kuih masih sama harga. Mestilah kena kurangkan gula." ulas Kak Ani (juga bukan nama sebenar). Masing-masing mengulas sebagai tanda tak puas hati bila harga gula naik (subsidi ditarik). Tapi akhirnya terhenti bila makcik Munah beria kaitkan orang yang tak puashati sebagai tak tau bersyukur. Bersyukurlah, gula naik harga tapi Malaysia masih aman!
 
Saya antara yang mendiamkan diri. Bukan bersetuju, atau tiada jawapan. Tapi sekadar menghormati hujah makcik Munah, orang lebih tua. Cuma terasa kasihan, masih ada yang berSYUKUR walau dinafikan HAK. Ya, hak kita untuk mendapat barangan keperluan asas dengan harga rendah di sebuah negara yang dikatakan aman makmur. Juga kasihan, masih ada yang mampu terima alasan kebudak-budakan untuk menghalalkan kenaikan harga gula! 
   
 
*Memang kita AMAN dari medan peperangan,  tapi masih ramai yang sedang berjuang di MEDAN DERITA kemiskinan!*
 
 
p/s: Tahniah kepada penyokong Pahang, atas kemenangan malam tadi.
 
 

19 comments:

  1. senyum saja ujie.. mmg tak menang kita nk berbahas dengan mereka..

    ReplyDelete
  2. negara masih aman .. biar pun sebenarnya miskin yer..

    ReplyDelete
  3. tahun 2009 dulu saya pernah terbaca artikel pasal 10 orang terkaya malaysia. perbandingan dibuat, apabila kekayaan 10 orang tu dikumpulkan, boleh beli malaysia! fuh... relevannya, jurang miskin dengan kaya di negara ni makin menebal...

    ReplyDelete
  4. Rai - Bukan tak menang tapi malas nak berdebat.

    LIKE 1000000x dgn entri ni. Heheheh~ Diorang takot sgt dgn dosa fitnah. Katanya, klu benda tak sahih jgn terus-terusan mengata. Besar dosa. Tapi sy pk2 blk, apakah kita akan ditanya kelak andai msh memilih kemungkaran dan memilih pemimpin yg zalim?

    ReplyDelete
  5. hehe..betul tindakan akak tu..kalau saya berada di situasi akak mungkin saya akan melakukan perkara yang sama..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. Entahlah Ujie, susah nak dikomen bila pangkat makcik ni... kita pengguna ni terima jer lah, dah dinaikan nak buat macam mana... mengapa mereka tak lihat pada yg miskin kan ujie... kesian mereka, setakat kita yg mampu sikit ni boleh lah terima kan...

    ReplyDelete
  7. Makcik Munah tu org kemboja mestilah kata begitu sebab membandingkan keamanan negara kita dgn negara dia. Tapi dia tak tahu hak subsidi kami warganegar M'sia telah direnggut tanpa budi-bicara..

    ReplyDelete
  8. bab ni sampai malas dh nak komen..hehehe..

    ReplyDelete
  9. kita tengok lah apa lagi subsidi yg akan ditarik lepas ni...

    ReplyDelete
  10. betui, masih ramai orang yg tak cukup makan pakai..kalau tak, takdeler program bersama mu tu kan..

    ReplyDelete
  11. Bersyukurlah setiap minggu ada kes orang kena tembak tapi negara masih aman...

    Selalu keliru dengan makna "aman". Agaknya kalau anak, isteri atau suami kita sendiri kena tembak baru kita kata negara ini tak aman??

    ReplyDelete
  12. Tersenyum dibuatnya baca situasi gitu,,nak buat camanakan,,,janji masih aman

    ReplyDelete
  13. harap2 lepas ni kurang la pesakit diabetes..

    ReplyDelete
  14. Assalam ujie..betul kata ujie..kita bukan tak tau bersyukur..tapi..tak guna dibalaskan..diam lebih baik

    ReplyDelete
  15. diam je la..nak bising2 pun bukan boleh ubah apa2 pun.

    ReplyDelete
  16. kalau zi pun zi diam gak..makcik2 biasa la.bukannya dorang tau perkara2 'belakang tabir'..sykurlah malaysia masih aman katanya

    ReplyDelete
  17. TMM:
    ada yg boleh berubah..pemahaman & pandangan seseorang. :)

    ReplyDelete
  18. syukur bkn bermakna kita biarkan saja segala kezaliman berleluasa..dan islam bkn la agama yg menindas golongan yg lemah dgn hanya disuruh bersyukur walau ketidakadilan berlaku..

    ReplyDelete
  19. Malas nak berdebat sebab selalunya orang yang macam nie taksub dan obses. Tak nak buka minda dan terima pendapat orang lain, mahupun membuat critical thinking sendiri. Tak kiralah berapa usia sekali pun. Lagi 4 tahun, tak perlu 5 tahun, mulalah semula, subsidi itu ini, dan ramai yang tidak sedar akan terus digula2kan. Oh, lupa pula. Media massa mereka yang punya.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****