Saturday 1 June 2013

Daftar Perniagaan di SSM Putrajaya

Semalam (hari Jumaat), saya dah selesai mendaftarkan perniagaan kecil saya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Putrajaya. Memang sengaja pilih ke Putrajaya sebab biasanya orang tak ramai berurusan di sana, selain lebih dekat dengan rumah saya. Lokasinya di Aras G, Kementerian Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Tapi bukan semua perkhidmatan ada kat situ tau. Ia cuma kaunter perkhidmatan pendaftaran perniagaan je. Untuk kepastian korang yang nak buat urusan kat situ, eloklah call dulu nombor ni - 03-8882 6509/6480

Yang best, urusan pendaftaran sehinggalah dapat Borang D (Perakuan Pendaftaran) cuma memakan masa tak sampai 30 minit! Cuma agak kelam kabut isi borang sebab masa saya sampai tu lagi 10 minit ke pukul 11.30 pagi. Rupa-rupanya kalau hari Jumaat dia boleh terima permohonan sampai pukul 11.30 pagi je. Lepas dari tu kena datang sebelah petang. Nasib baiklah perniagaan saya berstatus 'Pemilikan Tunggal', mudah nak isi borang. Dan yang penting jangan lupa bawa sekeping salinan kad pengenalan. Bayaran? Nak murah, saya guna nama sendiri sebagai nama perniagaan. Bayarannya RM30/setahun. Kalau guna 'trade name' kena bayar RM60. 

Untuk info lanjut, korang boleh layari laman web SSM kat SINI.


12 comments:

  1. alhamdulillah, congrats ujie..moga maju jaya
    :)

    ReplyDelete
  2. tahniah kak ..
    perniagaan apa kak ? ;)

    ReplyDelete
  3. IEDA:
    Bisnes online jek..
    Ada link kat tepi & atas blog ni. :)

    ReplyDelete
  4. tahniah kak..
    dah ada perniagaan sendiri..
    harap bertambah suksess ye

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah...dan tahniah semoga berjaya...

    ReplyDelete
  6. tahniah kak ujie..nak jenguk2 jap la:)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.. dah daftar perniagaan ni terjamin sikitkan... kak ujie meniaga apa??

    ReplyDelete
  8. tahniah kak.. mmg mudah sgt nak daftarkan perniagaan ni. izan n suami dulu buat kat muar. nak kata cepat sgt pun tidaklah. tapi skrg ni kalau renew pegi kat bp je sbb diaorg bukak kaunter pd hari2 tertentu.

    ReplyDelete
  9. tahniah Ujie, selamat maju jaya. cikda tumpang bangga.. (nampak tak kembang idung cikda nih..) hehhehe

    ReplyDelete
  10. salam bro. nak tanya.. tak berapa paham.. enterprise tu macam mana pulak??

    ReplyDelete
  11. KARIM:
    wa salam, saya sis :)
    kalau nak buat 'enterprise' tu dikira buat 'trade name'. Bayaran Rm60/thn. Boleh milikan tunggal atau perkongsian.
    Harap jawapan ni membantu.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****