Friday 10 May 2013

Aku dan Kau : Kita Berbeza


Aku : Kau sokong parti apa PRU nanti?
Kau : BN lah...buat apa nak sokong DAP, komunis!
Aku : Komunis? Komunis pun berjuang nak bebaskan Tanah Melayu. Cuma wadah perjuangan je berbeza. Kau jangan baca buku teks sejarah tu je, tak cukup.
Kau : Tak kisahlah, aku tak mau Karpal jadi PM kalau PR menang. 
Aku : Ish...tak mungkinla si Karpal tu jadi PM. 
Kau : Baik aku sokong BN, melayu.
Aku : Yang MCA tu dalam BN tu apa? Bukan Cina jugak?
Kau : MCA lain, tak macam DAP...
Aku : Lain mendanya, MCA sah-sah parti orang Cina. DAP campur-campur bangsa.
Eh, dahlah. Daripada kita berdebat pasal parti politik, jadi gaduh. Baik kita borak pasal benda lain.
Kau : Ha'ah kan...buat gaduh je. Jom kita cakap pasal Rumpai Laut...excited jugak nak try ni.
Aku dan Kau : (riuh berborak pasal Rumpai Laut...tiada lagi suasana tegang)

***********************************

Aku dan Kau...
Kita memang berbeza.
Apa yang Aku suka, belum tentu Kau suka.
Apa yang Kau faham, tak sama dengan apa yang Aku faham.

Daripada kita bertegang urat kerana perbezaan,
Lebih baik kita cari persamaan.

Aku dan Kau
Berbeza...tapi bahagia!

20 comments:

  1. memang berbeza.. biarkan mereka berpolitik.. kerana musuh politik dan sahabat politik tidak akan kekal.. hari ini mereka akrab, esok mereka bercakaran..hari ini mereka bermusuh, esok mereka berpelukan..

    ReplyDelete
  2. Usah kata parti pilihan utk PRU yg beza, rumpai laut pilihan pun beza Ujie. ada yg suka warna putih, kuning, purple dan hijau.

    Kakak beli yg hijau baru-baru ini rebus dgn daun pandan sedap pulak hihi...(meh kita senyum bagi legakan hati yg lara Ujie)

    ReplyDelete
  3. sapa aku dan kau dalam situasi tu hihihihi ...

    iyerlah psl politik ni.. silap² boleh bermasam muka...

    ReplyDelete
  4. biasa la...masing2 punya citarasa sendirikan,jgn sbb berbeza jgn la nk bermasam2 muka..

    ReplyDelete
  5. muger2 negara akan TATAP aman damai sejahtera sentosa senantiasa..,aminn

    ReplyDelete
  6. walaupun berbeza pandangan, biarlah negara kita aman.jangan lah ada yg terlalu emosional..

    ReplyDelete
  7. keamanan & kesejahteraan negara lagi penting...jgnlah terlalu obses..

    ReplyDelete
  8. kalau ikutkan hati nak sangat bg mereka faham..tp mereka pula nak suruh kita faham cara mrk fikir..btw betui pendapat zie :)

    ReplyDelete
  9. Masing2 ada pilihan sendiri,janji negara rakyatnya hidup aman damai.

    Jom join bloglist kak Nurul.

    ReplyDelete
  10. debat politik ni, sampai kiamat pun tak habis...ekekekeke

    ReplyDelete
  11. Sampai bila2 pun tak akan sama berdasarkan latar belakang, bahan bacaan, usia dan pengalaman seseorang. Org muda mahu berubah kpd yg lebih baik, tapi ramai org yg lebih dewasa selesa dgn apa yg mereka ada biarpun ia bukan yg terbaik...

    ReplyDelete
  12. kita sememangnya berbeza kakak! ;) sepertinya akk lebih cendderung dengan politik, ros tidak..hehe

    ReplyDelete
  13. DAH SEBULAN LEBIH CUBA RUMPAI LAUT..REVIEW DALAM DRAFT..HEHEH

    ReplyDelete
  14. ye kak .. masing2 pastinya ada pilihan sendiri .. kalau tidak x der lah syurga dan neraka ..
    mudah sahaja
    sbb tu allah bg kita dugaan demi dugaan .. kita kena kuat
    dan bukan lah dgn mencari apa beza dan sama menyebabkan kita jadi x keruannn kan ..

    saya pun ada beli utk anak saya rumpai laut tuu ekeke ;)

    ReplyDelete
  15. Masa saya pergi dengar ceramah Ustaz Don.... dia ada cakap

    Pasangan yang serasi adalah pasangan yang bertentangan maknanya sentiasa ada perbezaan dari segi pendapat, kegemaran hobi dan lain2.

    Semuanya bergantung pada diri kita... untuk menerima kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing

    ReplyDelete
  16. tapi kadang tu susah jugak kalau orang terlalu fanatik pada parti...
    sanggup putus kawan...

    ReplyDelete
  17. kalau debat pasal politik smpai esok pun tak habis

    ReplyDelete
  18. jgn terlalu fanatik smpi bergaduh..so mmg bgs cr persamaan ln utj rapatkn kembali jurang :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****