Istimewa kali ni, novel disertakan poskad. Penanda buku tu memang biasa bagi. |
Tajuk: Sunan Musafir
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM22 (semenanjung)
Muka surat: 453
Novel terakhir dalam siri Laksamana Sunan ini memang sangat dinanti-nantikan oleh peminat novelis thriller Ramlee Awang Murshid (RAM). Watak fiksyen Saifudin Jalis atau Laksamana Sunan (watak utama siri novel ini) telah berjaya dicipta dengan sangat baik oleh RAM. Lima novel terdahulu bagi siri pengembaraan Laksamana Sunan ini adalah:
- Bagaikan Puteri
- Cinta Sang Ratu
- Hijab Sang Pencinta
- Cinta Sufi
- Sutera Bidadari
Kesemuanya sudah saya baca. Kadang-kadang agak keliru juga sebab siri ini agak panjang, tapi langsung tak menjejaskan mood membaca. Untuk novel terakhir ni konsepnya lebih kepada kisah dalam cerita.
Sinopsis
Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin beserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.
Pada tahun 1531- Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?
Petikan Novel
Serangan anak panah pun berakhir. Kini, Indera muncul dengan kepak terkuak-kuak menginjak tanah di hadapan persembunyian dua orang halus- Origa dan Prayuga. Kemunculannya menjadi kehairanan mereka berdua. Rupa-rupanya selama ini, Origa dan Prayuga tidak menyangka bahawa Indera sebenarnya bukan manusia.
p/s: Baca novel ni laju je abis. Baca buku ilmiah tak siap-siap sampai berminggu, kadang berbulan 😅
.
Tebal la buku ni.....ni kalau aku yg baca mau 3 bln baru abis ni huhuuuu
ReplyDeleteMcm best aje...nak carilah nanti.
ReplyDeleteCik nuf awak tido la Ujie.
dah beli lama,
ReplyDeletetapi x terbaca lagi..
waahhaahaa
KARUKORD:
ReplyDeletekalau dah minat..tebal mana pun tak terasa.
NORZIE:
nuff sengaja ditidurkan..set minimize.
LIA:
oho..nasib akak tak cite lebih2.
akak pun dah seminggu beli baru smpt baca.
baru je beli novel2 tuk anak dara KA !
ReplyDeleteKagum plak saya bila ujie boleh baca novel yg berlatarkan zaman dulu kala. Kalau saya, selalunya tak dpt nak register masuk dlm cerita tu sbb imaginasi lemah kot. Huhu. Saya berbanding novel, saya lagi suka movie. Org yg baca novel ni imaginasi tinggi kan?
ReplyDeletekagum btul dgn orang2 sastera ni.sy ni nak berpantun pun terkial2.
ReplyDeletebtul la kak ujie, klau baca bku ilmiah lmbtnye nk hbis...bru baca 2,3 ayat dh menguap :(
Mmmg mcm tu, buku ilmiah mmg rasa cepat bosan mbaca..
ReplyDeleteIta x hbis bce pun lg
ReplyDeletekalau bagi kat sy buku ni alamatnya berhabuk la hehehe kagum la ngan k.ujie leh baca cerita2 mcm ni ye.kalau sy kompom menguap je hehehe
ReplyDeleteLYD:
ReplyDeletenak kagum apanya Lyd..saya minda knk2, suka citer fiksyen camtu. Citer yg mcm fantasi. Kalau citer ni ada kt movie..mesti saya tengok movie pulak. Mcm harry potter tu, mmg saya minat.
MUN:
akak kagum dgn RAM ni..camne ntah boleh tulis citer gini. tahap imaginasi sgt tinggi..smpai boleh ada 6 novel.
mun buat pntun dua kerat la..senang sikit. :-)
EITA:
la..eita beli lama dah kn. patut tak buat review.
SHAHZEE:
ipar akak try baca..mmg terus tido dia!
ada kwn pulak..terus pulang tak jd pinjam. pening baca katanya. (bkn novel ni, tp novel RAM yg lain).
lama dah tak baca novel..takut sangkut kerja tak jalan.. hehehe..
ReplyDeletesaya dua2..novel ke buku ape2 ke..slow motion je..tp kalo tgk cite korea kemain lg layan... :)
ReplyDeleteSalam Ujie..
ReplyDeleteJom "Follow" Blog dan Join Projek Amal EQQ di http://elqashrinqaisara.blogspot.com/2012/08/segmen-jom-follow-blog-el-qashrin.html
TIHARA:
ReplyDeletesaya blm kena angin korean movie lagi..
peminat RAM yer ... cerita banyak rantaiankan ....
ReplyDeletehihihi iyerlah baca novel laju jer habiskan .. ermmm
saya peminat novel RAM ..:)
ReplyDelete