Tuesday, 14 August 2012

Pemenang KUIZ RAMADHAN 2012 (2)

Berbeza dengan Kuiz Ramadhan (1) yang agak lama untuk menemui pemenangnya, kuiz kedua ni cepat je jumpa pemenangnya. Sebelum tu kita tengok jawapannya dulu ya.

Soalan 1Apakah hukum melaksanakan solat Tarawih?
Jawapan: Sunat muakkad.
Bermaksud sunat yang dituntut untuk kita melaksanakannya.

Soalan 2: Jika gigi/gusi seseorang berdarah, sedangkan dia sedang berpuasa. Adakah puasanya sah atau batal?
Jawapan: Sah atau tidak batal.
Tapi kena berhati-hati supaya tak tertelan darah tu. Jika tak tahu ada darah dan TERTELAN bersama air liur, juga tak terbatal puasanya kerana tak sengaja. (untuk rujukan: DI SINI)

Soalan 3: Jika seseorang tinggal menetap di Selangor, bolehkah dia membayar zakat fitrah di kampungnya di Johor?
Jawapan: Boleh.
Zakat fitrah boleh dibayar di mana-mana, tapi lebih afdal di tempat tinggal kita. (untuk rujukan: DI SINI)

Pemenang yang dah berjaya jawab dengan tepat dan pantas:


TAHNIAH!!!
Sila beri nombor telefon (jika pilih top-up) atau nama penuh & no. akaun CIMB/BSN (jika pilih tunai) ke halifa02@gmail.com.


Setakat masa saya tulis entri ni, kawan-kawan lain yang jawab tepat...TIHARA dan SHAHZEE cuma terlewat sikit je.  Apa pun, terima kasih pada yang join.

17 comments:

  1. assalamualaikum

    terima kasih kak atas huraian di atas. Boleh menembahkan ilmu pengetahuan

    ReplyDelete
  2. ada kuiz....terlepas le nak mencuba jawab...tahniah untuk pemenangnya...

    ReplyDelete
  3. tahniah pemenang..dapat duit raya dari k.ujie..hehe

    ReplyDelete
  4. Sekali lagi terlepas kuiz yg ujie buat. Haih... prestasi menurun betul blogger LydSunshine ni. Hehe.

    ReplyDelete
  5. tahniah pada yg menang ye

    ReplyDelete
  6. Tahniah kpd pemenang...
    Halaaa terlewat nk jawab....huhuhuu

    ReplyDelete
  7. Bagusnya kak..ada kuiz camni. Kat blog ni kita boleh wat macam2 kan :)

    ReplyDelete
  8. Tahniah kpd pemenang :) jom terjah..

    ReplyDelete
  9. tahniah...

    seronok jgak ada kuiz macam ni leh tambah pengetahuan..

    ReplyDelete
  10. ala terlewat ke ingatkan paling cepat hehehe xleh merasa k.ujie blanja tpup hehehe..tahniah pd pemenang

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah.. sekurang-kurangnya saya jawab betul.. tapi kurang tepat.. :)

    ReplyDelete
  12. Tahniah pemenang, saje ske2 nak join..bila nak balik johor..ke dah balik dah..selamat hari raya ujie...maaf dipohon jika ada salah silap..

    ReplyDelete
  13. SHAHZEE:
    lain kali Insya allah ada lagi..

    TIHARA:
    blm balik lagi, suami masih kerja jumaat ni.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****