Harini aktiviti blog kembali semula, selepas 10 hari bercuti.
Bunyi macam lama cuti...tapi terasa sekejap sebenarnya.
Masih dalam mood raya...
Seronok bertemu keluarga dan saudara mara.
Gembira menikmati pelbagai jenis makanan dan kuih raya.
Hampir terlupa yang diri sedang memasuki fasa 'berperang'.
'Perang' bulan Syawal yang saya rasakan cukup hebat.
Hidangan lazat dengan menu pelbagai terhidang di depan mata,
Jika tak makan...keinginan tersekat,
Jika diturutkan...perut dan badan terima bahana.
Jika makan dalam kuantiti yang banyak,
Atau makan pelbagai jenis makanan,
Akibatnya perut mula meragam.
Badan pula naik bagai dipam.
Jom kita kuatkan diri,
Makanlah sekadar untuk merasa.
Jadilah pemenang dalam perang nafsu makan!
p/s: Kali pertama saya pergi beraya penuh disiplin makan...sesekali je minum air manis, siap bawa bekal air kosong dalam kereta untuk diminum. Makan pun berhati-hati. Tuan rumah pun faham, bila tengok muka saya yang makin bulat!
tulah pasal, belum masuk bab open2 house lagi..........
ReplyDeletehihihi..btul2 berperang gaya ye ni :) makan ckit2 ye Ujie..parah gak nnt klu tak control..tkut penyakit len je dtg :)
ReplyDeletebetul la kak..raya baru ni saya 'hentam' makanan cukup2..hehe.
ReplyDeleteala bagusnya k.ujie...sy hentam je semua benda.apa yg tuan umah hidang yg 2 la sy bedal.mau x muncit hehehe
ReplyDeleteassalm ujie..bagusnya ujie boleh kawal makanan..acik tak boleh nak kawal..ni pun sebab dah puasa..kalau tak tak tau lah..
ReplyDeleteCuba try post gambar muka tu, bulat tak? hehe :P
ReplyDeleteKA:
ReplyDeletetu pasal..kena beringat.
AYUT:
tu yg paling nak elak..penyakit.
NIZA:
niza takpe..slim. lgpun selalu berkawad kan. ^__^
SHAHZEE:
ni sorang lagi..mmg slim. takde hal bdn naik, cuma kena hati2 takut sakit perut.
ACIK:
ni 1st time saya control. sbb bdn makin montel. (kira terpaksa la jugak..hehe..)
ELIH:
sbb tu takmo letak gambar. bola dgn muka dah sama je..^___^
bersemangat diet tu..
ReplyDeletelepas raya baru kak ati nak diet semula
macam rugi pula...diet awal2 ni..hihi
time musim raya sangat lazat juadahnya...sukar nak ditolak...apa ntah lagi mahu berdiet
ReplyDeletetambah2 pula undang ker rumah terbuka sentiasa ada
adoiiiiii.....
ita bedal je kak..pah orang semua balik baru start balik disiplin kan diri..
ReplyDeleteehhehehe...
Selamat Hari Raya buat Ujie dan family...
ReplyDeleteCuti sakan nampaknya, sampai sepuluh hari tu...
Masa raya ni lah dapat merasa macam2 makanan, tapi makanlah sekadar untuk hidup, bukan sebaliknya... peringatan untuk diri sendiri...
Selamat Hari Raya buat Ujie dan family...
ReplyDeleteCuti sakan nampaknya, sampai sepuluh hari tu...
Masa raya ni lah dapat merasa macam2 makanan, tapi makanlah sekadar untuk hidup, bukan sebaliknya... peringatan untuk diri sendiri...
ehhh muke saya lagi laa bolatt :)
ReplyDeletesaya pulak lain kisahnya.. dipaksa makan sebab berat makin turun masa puasa :(
ReplyDeleteselamat berperang..