Ustaz Dato' Hassan Din (gambar dari google) Bulan Ramadhan sinonim dengan ibadat puasa. Maka menjadi adat biasa ibubapa melatih anak-anak berpuasa. Ada yang sekecil 5 tahun sudah diajar berpuasa. Malah ada ganjaran wang besar jika berjaya. Malangnya ramai ibubapa yang terlupa... bahawa SOLAT itu TIANG AGAMA. Lalu meremehkan didikan solat kepada anak-anak. Yang sibuk ditekankan hanyalah puasa. Puasa dan solat memang sama penting. Orang yang bersolat, pastinya berpuasa. Tapi orang yang berpuasa, belum tentu bersolat! Kerana solat itu memandu manusia ke arah kebaikan. Fikirkanlah... ************************** Entri ini terhasil selepas menonton tazkirah Ramadhan di MHI TV3 oleh Ustaz Dato' Hassan Din. Sebelum ni saya sendiri tidak terfikir mengenai senario ini. Dan memang benar, saya pernah menemui beberapa orang yang culas bersolat tapi cukup tegas dalam berpuasa. Antara jawapannya, "puasa ni kalau tinggal rasa semacam..". Mungkinkah ini hasil didikan yang mereka terima? Mari kita sama-sama betulkan kebiasaan ini. p/s: Saya kecik-kecik dulu kalau malas solat, mak sebat dengan hanger baju tu. Lari sekeliling katil nak elak kena sebat! Kalau puasa pulak, dididik dengan denda..ada dalam entri |
Thursday, 11 August 2011
Puasa...Solat Jangan Dilupa!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kite setuju~ dulu tyme nak maghrib jek contohnyer....mesty kne marah kalo bukak TV ato masih main luar umah....hurm, sekaranggg~ budak3 sekarang..dengar azan pown tak balik3 umah lagi~ hihi:D
ReplyDeleteyup..betul..
ReplyDeletekedua2nye adalah perkara wajib..
tp ntah klu ttg solat ramai yg leka..
darkrose: samalah kita, kalau magrib mmg mesti dah kat rumah..mandi & sedia utk solat. tv boleh bukak masa pk 8 je.
ReplyDeletememang patut pom mak sebat nga hanger baju tu..malas sangat
ReplyDeleteH.J: HAFIZIN JAMIL...amboi2!
ReplyDeletebetul tu..saye kenal ramai orang yang macam ni.puasa tapi tak sembahyang.tak tahulah macam mana nak tegur.
ReplyDeleteRukun Islam yang 5 tu tetap wajib.:)
ReplyDeleteumi: tu la kesan puasa krn adat, bkn agama.
ReplyDelete