The Habitat merupakan taman hutan yang terletak di Bukit Bendera (Penang Hill), Pulau Pinang. Bila masuk hutan, saya suka memerhati alam sekeliling. Saya suka merakam gambar flora dan fauna, satu terapi bagi diri saya. Cuma fauna agak susah nak dirakam sebab jarang jumpa atau pergerakannya laju.
Sebenarnya, semuanya tumbuhan yang ada di taman hutan ni menarik perhatian saya. Gambar-gambar di bawah ni merupakan gambar tumbuhan yang terpilih untuk saya abadikan di blog. Senang saya nak belek-belek pada masa akan datang. Membelek gambar dapat mengembalikan memori indah, dapat meningkatkan hormon gembira kita.
Gambar-gambar di bawah dirakam dengan menggunakan lensa kamera handphone saya dan pinjam handphone suami (sebab di hujung perjalanan handphone saya kehabisan bateri dek kerana asyik merakam sana sini 😅).
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
Kalau nak baca catatan saya sewaktu berkunjung ke The Habitat, boleh klik DI SINI untuk bahagian 1 dan klik DI SINI untuk bahagian 2. Tak lama lagi cuti sekolah, mungkin ada yang nak ke Bukit Bendera bolehlah merancang kunjungan ke The Habitat.













