Showing posts with label Jakarta-Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Jakarta-Indonesia. Show all posts

Wednesday, 14 February 2018

Jakarta, Indonesia | Jalan-Jalan Cari Makan

....menyambung kembali catatan yang terhenti lama. Bukan senang nak menyeru semangat menulis nih. 

Kalau ikut minat saya, JJCM bukanlah apa yang saya suka. Saya lebih suka melihat alam semulajadi (ecotourism). Tapi Jakarta bukanlah tempatnya, Jakarta untuk orang yang suka shopping dan suka makan-makan.  Okey, jom ikut saya jalan-jalan cari makan di Jakarta! 


Natrabu Minang Restaurant

Restoran ni terletak di Jl. H Agus Salim. Jom masuk... 

Rekaan dalaman restoran yang menarik! Ada pelamin kat hujung tu, bolehlah kalau nak berangan bersanding dengan pelamin Minang. Hehe..

Nak solat? Musolla ada kat sebelah kanan, keluar pintu kaca dan naik ke tingkat atas. Tandas pulak kat sebelah kiri. Tandasnya bersih dan lengkap keperluan.

Restoran Minang memang ginilah cara hidang. Letak kat meja kita bermacam-macam lauk, apa yang kita makan je akan dikira. Air teh tu pun dihidang tanpa kita minta. Air tehnya sedap, tak manis tapi terasa menyegarkan bila diminum.

Kiri - sedap lauk daging ni! Rangup. Siap mintak sepiring lagi. 
Kanan - pertama kali cuba jus durian. Okey jugaklah..

Siap makan, jomlah kita naik pelamin!
Ini jelah gambar yang paling elok sebab nampak keseluruhan pelamin. Walaupun makcik dalam gambar tu nampaknya belum bersedia, baru nak betul-betulkan baju. Hahaa...yang penting nak tunjuk pelamin Minang ni.

* Kos makan-makan kami berdua di sini - Rp. 187.000

Sate Khas Senayan

Malam...makan sate pulak. Kami ke restoran Sate Khas Senayan.

Terasa macam buruk perangai pulak, punyalah banyak makanan cuma untuk dua orang! Ni kes silap pertimbangan masa buat order. Patutnya order sikit dulu, tak cukup baru tambah lagi. Terpaksalah sendatkan perut menghabiskan semua ni. Rasa sate di sini? Okey, sedap jugaklah. Tapi saya masih terkenang-kenang rasa sate Padang di Pekanbaru.

Satu hidangan ni je pun dah cukup kenyang, semua lengkap. Rasanya? Agak tak kena dengan selera saya. Biasa-biasa aje.

Try makan keropok kulit lembu.  Tak reti nak cerita rasa dia. Tapi bolehlah sekadar nak merasa, nak mengulang tak kot. Haha..

* Kos makan-makan kami di sini - Rp. 326.700


MM Juice

Insaf sebab makan terlampau banyak kat restoran Sate Khas Senayan malam tadi, hari ni kami makan ringkas je. Order bihun goreng, nasi goreng dan otak otak bakar ni.

Otak otak ni bukan macam kat Malaysia, yang ni warna putih. Dimakan bersama kuah kacang (takde dalam gambar). Yang ni memang sedap! Makan panas bersama kuah kacang yang rasanya tak sama macam kuah kacang kita.

Sekali lagi...order jus durian (air warna putih). 
Jus durian kat MM Juice ni lebih sedap dan lebih rasa berbanding di restoran Natrabu. 

* Kos makan-makan kami di sini - Rp. 220.000

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Nampaknya kos makan-makan di restoran Jakarta tidaklah murah. Sebelum ni, saya ingat murah sebab nilai matawang kita yang lebih baik. Mungkin murah kalau makan di kedai kecil atau membeli dari peniaga kereta tolak di pinggir jalan (yang ni saya belum cuba). Tapi kalau kos pengangkutan, memang saya rasa murah. Ini sekadar hasil pemerhatian saya yang cuma dua hari berkunjung ke Jakarta. 

...tamat sudah catatan Jakarta...




Friday, 2 February 2018

Jakarta, Indonesia | Car Free Day

Pagi hari kedua (terakhir) di kota Jakarta, hari Ahad...

1. Saya memerhati di luar tingkap bilik hotel, pemandangan tidak seperti hari semalam. Jalan raya yang sebelumnya sentiasa dipenuhi kenderaan, menjadi lengang pagi ini. Yang kelihatan, orang semakin ramai mengisi ruang jalan raya. Para peniaga juga mula membuka jualan di tepi-tepi jalan raya ini. Satu-satunya kenderaan bermotor yang kelihatan melalui jalan ini - bas berwarna merah tersebut. Bas Transjakarta mempunyai laluannya tersendiri, tidak mengganggu jalan raya yang makin meriah dengan orang ramai.

Rupanya hari ini adalah 'Car Free Day' di Jakarta. Untuk lokasi ini, Car Free Day berlangsung setiap hari Ahad dari jam 6-11 pagi. Jam 6 pagi di sini terang macam jam 7 pagi di Semenanjung Malaysia. (Gambar di atas di ambil sekitar jam 6.30 pagi waktu tempatan)

2. Selepas bersarapan di hotel, kami keluar untuk merasai suasana Car Free Day di sini. Kat Malaysia pun tak pernah join tau! Pertama kali. 😄

Beginilah suasana di luar bangunan hotel. Kaki-kaki lima bangunan kedai dipenuhi dengan jualan makanan/barangan. Tiada kereta lalu lalang, cuma motor masih bergerak seperti biasa. Tapi ni bukanlah di jalan raya utama seperti gambar no.1, ni jalan kecil di hadapan bangunan hotel kami tinggal. Hotel kami berada di deretan kedai.

3. Kami berjalan ke hadapan lagi, sepanjang jalan dibanjiri dengan orang ramai yang sedang menjamu selera dan aktiviti jual beli yang sedang berlangsung. Memang terasa meriah!

4. Dari jalan kecil tadi, kami menyertai orang ramai di jalan raya utama. Ada yang berjalan kaki, ada yang berlari, ada yang berbasikal, dan ada yang bersantai sambil membeli pelbagai jualan yang ada di tepi-tepi jalan raya ini. Ada juga peminta sedekah dan pengumpul dana dengan pelbagai gaya untuk menarik perhatian orang ramai. Suasana meriah dan menghiburkan! 

5. Memang seronok rasanya bila dapat bersantai di jalan raya yang biasanya sesak dengan kenderaan! Nun sejauh mata memandang, lautan manusia membanjiri jalan raya.

6. Masa jalan-jalan, tertarik nak rasa makanan ringan ni - GULALI. Rupa-rupanya, yang warna kuning coklat macam tali tu rasanya sama macam gula kapas kita. Ke memang ada kat tempat kita, tapi saya yang tak perasan? 👀 



...catatan seterusnya (terakhir) - JJCM Jakarta...


Thursday, 25 January 2018

Jakarta, Indonesia | Pasar Tanah Abang

Sepanjang di Jakarta ni memang terhad tempat saya pergi, cuma ada sehari penuh hari Sabtu. Ahad petang dah nak nak terbang balik. Tapi, macam tak sah pulak kunjungan ke Jakarta kalau tak berkunjung ke Tanah Abang kan...

PASAR TANAH ABANG

[info] Tanah Abang adalah salah satu kecamatan (daerah) di wilayah Kota Administrasi Jakarta Pusat, Provinsi DKI Jakarta, Indonesia. Di sana terdapat pasar tekstil terbesar di Asia Tenggara. Pasar tersebut telah ada sejak 1735.
Pasar Tanah Abang merupakan pusat perdagangan pakaian dan tekstil utama ke berbagai wilayah di Indonesia dan juga Asia serta dunia.
Pasar Tanah Abang terbagi menjadi 3 wilayah gedung yang menjadi pusat perdagangan antara lain Tanah Abang Metro, Tanah Abang lama dan Tanah Abang AURI.Tanah Abang lama terbagi atas beberapa blok antara lain blok A, B dan F yang berisikan kios-kios, sedangkan Tanah Abang AURI terbagi atas beberapa blok antara lain blok A, B, C, D, E, F, AA, BB, CC. Seluruh blok di Tanah Abang AURI merupakan kumpulan ruko yang umumnya menjual tekstil, kecuali blok E yang merupakan kumpulan kios-kios yang menjual pakaian dalam bentuk eceran ataupun grosir.
(sumber wikipedia)

Pasar Tanah Abang
1. Kereta Grab yang kami naiki berhenti di sini, di lampu isyarat. Sebabnya jalan kat kawasan ni tersangatlah sesak, akan ambil masa lebih lama kalau nak dihantar sampai depan bangunan. Kami akan ke bangunan hijau tersebut. (Gambar kelabu asap ambil dari dalam kereta). Kena lintas jalan yang super sesak! 

Pasar Tanah Abang
2. Kat jalan raya sesak, masuk dalam bangunan ni pun sesak! Sesak dengan barang jualan dan manusia. Masa ni waktu petang, hari Sabtu. Kalau siapa yang suka shopping mesti rambang mata tengok barang jualan! Telekung macam-macam corak, kain-kain lace, baju batik lelaki yang dah siap pun banyak. 

Pasar Tanah Abang
3. Bertingkat-tingkat, entah berapa tingkat tak pasti pulak. Kami tak naik setiap tingkat pun, perlu seharian kot kalau nak habis pusing. Lagi pulak saya ni kurang minat shopping, setakat tengok-tengok untuk ambil pengalaman je. Suami beberapa kali tunjuk blouse kat saya...'yang ni cantik..', suruh belilah tu. Dia tak puas hati sebab saya tak beli apa-apa. Hahaa! Dah tak minat kan, nak buat camne. Blouse kat rumah banyak lagi, takmo la menambah. Barang-barang lain pun saya belum rasa nak menambah. 

4. Pasar Tanah Abang memang luas, bangunan bersambung-sambung. Yang kami masuk tadi baru kira satu bangunan. Kami berdiri kat sini memerhati sekeliling dan kehidupan yang berlangsung. 

Selepas beberapa ketika, kami melintas jalan untuk masuk ke bangunan depan tu - Pusat Mode Tanah Abang (bangunan baru kot, belum banyak kedai beroperasi dan lengang) dan Metro Tanah Abang (bersambung dengan bangunan kami masuk awal tadi).

5. Ni pandangan dari bangunan Pusat Mode Tanah Abang. Terus ke depan tu, kita ke Metro Tanah Abang. Sama jelah...sesak dengan barang jualan dan manusia. Kat bahagian luar bangunan ni, ramai penjaja minuman dan makanan. Ada yang bawa kenderaan tolak, tapi ramai yang sekadar duduk di lantai. 

6. Selesai melihat-lihat, kami balik ke bilik hotel dengan menaiki kenderaan bermotor dan beroda tiga yang dipanggil Bajaj (cara sebut 'ba-jai'). Kenderaan yang warna biru dan berbumbung hitam tu. 

Mulanya nak ambil Grab, tapi dah dua kali pemandu Grab batalkan. Mungkin sebab sesak susah nak masuk kawasan ni. Bajaj pulak memang bersusun menunggu kat tepi-tepi ni. Kenapa nak naik Grab? Sebab lebih murah dari naik Bajaj. Dah lah lebih murah, lebih selesa duduk dalam kereta dan ada air cond pulak! Hehee...


BAJAJ atau GRAB?

Kita selit sikit hal naik Bajaj dan Grab lah ya...

Beginilah rupa dalam kenderaan Bajaj. Kecik je. Belakang muat untuk kami berdua. Kalau korang banyak sangat shopping kat Tanah Abang tadi, mungkin tak boleh naik Bajaj. Seronok naik Bajaj sebab pengalaman berbeza. Tapi memang makan asap jelah kan, Jakarta sesak dengan kenderaan. 

Sepanjang di Jakarta kami banyak naik kereta Grab, sebab lebih mudah. Kita dah set nak ke mana, pemandu akan hantar ke situ. Bayaran dah tetap, kalau ada tol akan ditambah pada bayaran tadi. Walaupun pemandu Grab salah jalan pun, bayaran tetap sama. Dia tak akan mintak lebih.

Pengalaman pertama naik Bajaj, kami dah cakap nak ke satu tempat makan ni. Pemandu setuju dan tau tempat tu. Bayaran pun dah dipersetujui sama-sama. Tengah-tengah jalan, dia boleh tanya kita nak belok jalan mana? 😏. Sudahnya macam sesat la kejap. Kami cuma boleh bantu ikut Google Maps je. Akhirnya bila sampai, dia mintak bayaran lebih sebab dah berpusing-pusing tadi. 😣

Dari segi harga, tak boleh banding secara terus. Ikut keadaan, kadang-kadang naik Bajaj lagi murah dan kadang-kadang naik Grab lagi murah. (Jakarta ada banyak pilihan pengangkutan awam, kami datang sekejap je cuma sempat naik Bajaj dan kereta Grab. Kalau boleh kita kena cuba macam-macam, ambil pengalaman).

Pastikan kita ada data internet dan bateri telefon yang cukup untuk dapatkan servis Grab. Macam kami, cuma suami je yang langgan data roaming. Masa sampai je di Jakarta, terus dapat SMS dari Celcom tawarkan 500MB data roaming RM4.99/hari. Saya guna internet bila balik hotel je, free wifi. 


...catatan seterusnya Jakarta Car Free Day...

Monday, 22 January 2018

Jakarta, Indonesia | Monumen Nasional (Monas)

MONAS merupakan antara tempat yang patut dilawati bila kita berkunjung ke Jakarta. Kita boleh masuk dan naik ke menara (tugu Monas) serta melawat muziumnya (dengan bayaran tertentu), atau sekadar bersiar-siar dan melawat patung-patung peringatan yang ada di sekitar taman Monas yang sangat luas.

[info] Monumen Nasional atau popular dengan singkatan Monas atau Tugu Monas, adalah tugu peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenang jasa dan perjuangan rakyat Indonesia untuk mendapatkan kemerdekaan dari pemerintahan Hindia Belanda. Pembangunan tugu ini dimulai pada 17 Ogos 1961 di bawah perintah presiden Sukarno, dan dibuka untuk orang awam pada 12 Julai 1975. 

Tugu ini dimahkotai lidah api yang dilapisi lembaran emas yang melambangkan semangat perjuangan yang menyala-nyala. Tugu Nasional terletak di tengah Lapangan Medan Merdeka, Jakarta Pusat. (sumber/info lanjut di SINI ) 

------------------------------------------------------------------------

Untuk ke Monas, kami guna servis Grab. Kami minta dihantar ke pintu masuk, sebabnya ada beberapa pintu di Monas dan bukan semua dibuka untuk pengunjung masuk. Kalau tersalah pintu, memang susahlah.

1. Kami tiba sekitar jam 9 pagi waktu tempatan. Nampak pintu pagar tu bertutup kan? Tapi sebenarnya ada pintu kecik untuk kita masuk. Dalam kawasan Monas ni pun dah ramai pengunjung. Meriah, maklumlah cuti hujung minggu. Untuk masuk sini tiada bayaran. Kalau masuk menara tu barulah dikenakan bayaran.

2. Kawasan taman Monas ni memang sangat luas! Ni cuma sebahagian pemandangan yang dapat diambil gambar. Menara yang tinggi menjulang itulah dipanggil Tugu Monas, dan patung berkuda itu adalah antara sebahagian patung peringatan yang ada di kawasan taman ini.

3. Setiap patung dibina untuk memperingati individu yang telah berjasa kepada Indonesia. Terletak di bahagian utara taman Monas, inilah tugu Pangeran Diponegoro, seorang pahlawan nasional Indonesia. Digambarkan begitu gagah dengan kudanya.

4. Catatan sejarah mengenai Pangeran Diponegoro.

5. Sebahagian kawasan taman yang bersih dan dijaga rapi. Ramai juga yang datang ke sini untuk berkelah (bentang tikar, makan-makan, borak-borak). Tempat-tempat duduk pun ada disediakan. Cuma satu kekurangan di sini - tiada tandas awam yang baik. Tandas cuma ada di Tugu Monas, yang agak jauh untuk berjalan kaki dari kawasan taman ini.

6. Kami menuju ke Tugu Monas. Memang perlu berjalan agak jauh, mujur matahari tidaklah terlalu terik.

7. Tapi kami tak masuk pun, katanya akan ambil masa lama kalau kita nak masuk dan naik ke atas (hasil carian di internet sebelum ke sini). Kami pulak memang tak boleh berlama-lama. Kami sekadar melihat-lihat dan ambil gambar di sini.

8. Dari Tugu Monas, kami berjalan ke sudut lain (bahagian timur) taman MONAS. Jumpa patung ini - Patung Peringatan Raden Ajeng Kartini. Beliau dikenali sebagai pelopor kebangkitan perempuan Indonesia. (info lanjut DI SINI)

Selepas itu, kami beredar dari taman Monas walaupun belum habis menjelajah ke bahagian selatan dan barat taman. Dah penat dan kelaparan! Kalau berkesempatan ke semua bahagian, kita akan menemui 5 patung peringatan. (info lanjut DI SINI)

*Selain patung peringatan yang ada di taman Monas, disepanjang laluan di kota Jakarta kita akan menemui banyak patung manusia dan ada juga patung haiwan (saya nampak patung seakan gorila di satu simpang jalan). 


Nak tengok taman dan Tugu Monas secara lebih 'jelas', boleh tengok video berdurasi 37 saat ni. 



...catatan seterusnya - Tanah Abang...

Wednesday, 17 January 2018

Trip Singkat ke Jakarta, Indonesia

Jakarta...destinasi trip singkat saya dan suami pada bulan November 2017 lalu. Disebabkan tuntutan kerja suami, agak susah nak buat plan awal untuk ke mana-mana dan tak boleh pergi lama. Memandangkan saya tak pernah sampai Jakarta, suami ajak ke sana je. Suami dah beberapa kali ke Jakarta sebelum ni, tapi atas urusan kerja. 

Trip singkat kami - tiba di Jakarta pada 17 November 2017, Jumaat (malam) dan tiba di KLIA semula pada 19 November 2017, Ahad (malam). 

KLM Royal Dutch Airlines...trip kali ni sengaja naik KLM. Ambil pengalaman berbeza. 

Bila masuk je ke perut kapal, kami disambut dengan ramahnya oleh pramugari & pramugara yang majoritinya agak berusia. Memang sesuatu yang berbeza! 


JAKARTA, INDONESIA

Sekitar 2 jam penerbangan, Alhamdulillah kami selamat tiba di Bandar Udara (bandara) Internasional Soekarno Hatta, Jakarta. 

Untuk ke hotel penginapan (kami menginap di Clay Hotel), kami memilih untuk menaiki Grab. Kami keluar sedikit dari bangunan utama dan menuju ke ruangan Pick Up Zone ni. Buat carian Grab di sini, dan sekejap je dah dapat. Pemandu Grab datang menyapa kami dan minta kami tunggu sebentar untuk dia ambil kereta di ruangan parkir. 

Masa nak keluar nanti, kita yang perlu bayar caj parkir Rp. 5.000. Sediakan duit siap-siap. Caj dari bandara ke Clay Hotel adalah Rp. 97.000 + tol Rp. 16.000.

Kesesakan jalan raya, sesuatu yang biasa di Jakarta. Perjalanan agak lama, tapi tak terasa bosan sebab mata sibuk memerhati keadaan kota Jakarta.

Orang-orang di sini sangat bertoleransi semasa di jalan raya. Buktinya, Grab yang saya naiki ni tersalah masuk jalan. Boleh dia mengundur dan masuk ke jalan yang betul secara menentang arus (dengan bantuan seseorang yang ada di tepi jalan). Takde siapa yang hon marah, sebaliknya memberi laluan. Menurut suami, biasanya pemandu akan hulur sedikit wang kepada orang yang membantu seperti tadi.

Sekitar 1jam kemudian, kami tiba di Clay Hotel yang terletak di Jalan Blora, Menteng, Kota Jakarta Pusat. Lepas selesai urusan check-in, kami keluar untuk melihat-lihat sekitar dan mencari kedai makan. Suasana malam di sini meriah dan hidup. Terdapat banyak 'gerobak' (gerai tolak) milik peniaga yang menjual bermacam makanan di kaki lima.

Kami makan di sini - Waroeng Mee Semacam Tempat Nongkrong. 'Nongkrong' tu maksudnya bersantai/melepak. 

Sekuali mee dan satu jug air untuk saya! Hehe...tapi kuali dan jug ni saiz kecik je. Mee tu kan...kami rasa mee segera - Indomie Mee Goreng. Apa-apa pun, memang licin 2 kuali dan 3 jug kami habiskan sebab memang lapar! Perut kenyang, barulah boleh balik tidur. 💤


...bersambung...