....menyambung kembali catatan yang terhenti lama. Bukan senang nak menyeru semangat menulis nih.
Kalau ikut minat saya, JJCM bukanlah apa yang saya suka. Saya lebih suka melihat alam semulajadi (ecotourism). Tapi Jakarta bukanlah tempatnya, Jakarta untuk orang yang suka shopping dan suka makan-makan. Okey, jom ikut saya jalan-jalan cari makan di Jakarta!
Natrabu Minang Restaurant
Restoran ni terletak di Jl. H Agus Salim. Jom masuk...
Rekaan dalaman restoran yang menarik! Ada pelamin kat hujung tu, bolehlah kalau nak berangan bersanding dengan pelamin Minang. Hehe..
Nak solat? Musolla ada kat sebelah kanan, keluar pintu kaca dan naik ke tingkat atas. Tandas pulak kat sebelah kiri. Tandasnya bersih dan lengkap keperluan.
Restoran Minang memang ginilah cara hidang. Letak kat meja kita bermacam-macam lauk, apa yang kita makan je akan dikira. Air teh tu pun dihidang tanpa kita minta. Air tehnya sedap, tak manis tapi terasa menyegarkan bila diminum.
Kiri - sedap lauk daging ni! Rangup. Siap mintak sepiring lagi.
Kanan - pertama kali cuba jus durian. Okey jugaklah..
Siap makan, jomlah kita naik pelamin!
Ini jelah gambar yang paling elok sebab nampak keseluruhan pelamin. Walaupun makcik dalam gambar tu nampaknya belum bersedia, baru nak betul-betulkan baju. Hahaa...yang penting nak tunjuk pelamin Minang ni.
* Kos makan-makan kami berdua di sini - Rp. 187.000
Sate Khas Senayan
Malam...makan sate pulak. Kami ke restoran Sate Khas Senayan.
Terasa macam buruk perangai pulak, punyalah banyak makanan cuma untuk dua orang! Ni kes silap pertimbangan masa buat order. Patutnya order sikit dulu, tak cukup baru tambah lagi. Terpaksalah sendatkan perut menghabiskan semua ni. Rasa sate di sini? Okey, sedap jugaklah. Tapi saya masih terkenang-kenang rasa sate Padang di Pekanbaru.
Satu hidangan ni je pun dah cukup kenyang, semua lengkap. Rasanya? Agak tak kena dengan selera saya. Biasa-biasa aje.
Try makan keropok kulit lembu. Tak reti nak cerita rasa dia. Tapi bolehlah sekadar nak merasa, nak mengulang tak kot. Haha..
* Kos makan-makan kami di sini - Rp. 326.700
MM Juice
Insaf sebab makan terlampau banyak kat restoran Sate Khas Senayan malam tadi, hari ni kami makan ringkas je. Order bihun goreng, nasi goreng dan otak otak bakar ni.
Otak otak ni bukan macam kat Malaysia, yang ni warna putih. Dimakan bersama kuah kacang (takde dalam gambar). Yang ni memang sedap! Makan panas bersama kuah kacang yang rasanya tak sama macam kuah kacang kita.
Sekali lagi...order jus durian (air warna putih).
Jus durian kat MM Juice ni lebih sedap dan lebih rasa berbanding di restoran Natrabu.
* Kos makan-makan kami di sini - Rp. 220.000
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Nampaknya kos makan-makan di restoran Jakarta tidaklah murah. Sebelum ni, saya ingat murah sebab nilai matawang kita yang lebih baik. Mungkin murah kalau makan di kedai kecil atau membeli dari peniaga kereta tolak di pinggir jalan (yang ni saya belum cuba). Tapi kalau kos pengangkutan, memang saya rasa murah. Ini sekadar hasil pemerhatian saya yang cuma dua hari berkunjung ke Jakarta.
...tamat sudah catatan Jakarta...
Saya kalau ke Indonesia pun akan memilih untuk makan di restoran berbanding di warung... risau perut meragam di negara orang...
ReplyDeleteMenarik Jus durian...SA pi Jakarta makan kat Bebek Tepi Sawah mall mana ntah pun sedap gak..makan ikan gurame bakar...
ReplyDeleteKalau pergi tempat org ni nasib2 la kan dpt makanan yg kena dgn selera kita atau x. Sbb tak pernah rasa..
ReplyDeleteTapi lps akak share ni, blh la jd reference utk org lain yg nak ke sana. Tapi subject to selera masing2 jgk la kan. Hihi..
Nmpk sedap jus tu..
sedapnya makanan..
ReplyDeletewow jus durian...mesti sedap
ReplyDeletesaya dengki bila tengok gambar makanan jer
ReplyDeletesedapnya
haihhh
tak leh jadi nih
nak kumpul duit nak JJCM dekat Bandung lah lepas nih
hahahaha
Wah, restoran first tu cam pernah pergi 10 tahun lalu. Hihihibila lagi nak pergi sana ni.
ReplyDeleteSeronoknya dapat jalan jalan ke Jakarta Ujie.....
ReplyDeleteMenarik jugak makanannya ye Ujie. Org cakap nak makan di Jakarta ni kena berhati hati jugak. Lebih elok makan di restoren dpd makan kedai kedai tepi jalan. Org cakaplah....