Monday, 22 January 2018

JAKARTA, Indonesia : Monumen Nasional (Monas)

MONAS...antara tempat yang patut dilawati bila berkunjung ke Jakarta. Kita boleh masuk dan naik ke menara (tugu Monas) serta melawat muziumnya (dengan bayaran tertentu), atau sekadar bersiar-siar dan melawat patung-patung peringatan yang ada di sekitar taman Monas yang sangat luas.

[info] Monumen Nasional atau popular dengan singkatan Monas atau Tugu Monas, adalah tugu peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenang jasa dan perjuangan rakyat Indonesia untuk mendapatkan kemerdekaan dari pemerintahan Hindia Belanda. Pembangunan tugu ini dimulai pada 17 Ogos 1961 di bawah perintah presiden Sukarno, dan dibuka untuk orang awam pada 12 Julai 1975

Tugu ini dimahkotai lidah api yang dilapisi lembaran emas yang melambangkan semangat perjuangan yang menyala-nyala. Tugu Nasional terletak di tengah Lapangan Medan MerdekaJakarta Pusat(sumber/info lanjut di SINI )

------------------------------------------------------------------------
Untuk ke Monas, kami guna servis Grab. Kami minta dihantar ke pintu masuk, sebabnya ada beberapa pintu di Monas dan bukan semua dibuka untuk pengunjung masuk. Kalau tersalah pintu, memang susahlah.

1. Kami tiba sekitar jam 9 pagi waktu tempatan. Nampak pintu pagar tu bertutup kan? Tapi sebenarnya ada pintu kecik untuk kita masuk. Dalam kawasan Monas ni pun dah ramai pengunjung. Meriah, maklumlah cuti hujung minggu. Untuk masuk sini tiada bayaran. Kalau masuk menara tu barulah dikenakan bayaran.

2. Kawasan taman Monas ni memang sangat luas! Ni cuma sebahagian pemandangan yang dapat diambil gambar. Menara yang tinggi menjulang itulah dipanggil Tugu Monas, dan patung berkuda itu adalah antara sebahagian patung peringatan yang ada di kawasan taman ini. 

3. Setiap patung dibina untuk memperingati individu yang telah berjasa kepada Indonesia. Terletak di bahagian utara taman Monas, inilah tugu Pangeran Diponegoro, seorang pahlawan nasional Indonesia. Digambarkan begitu gagah dengan kudanya.

4. Catatan sejarah mengenai Pangeran Diponegoro.

5. Sebahagian kawasan taman yang bersih dan dijaga rapi. Ramai juga yang datang ke sini untuk berkelah (bentang tikar, makan-makan, borak-borak). Tempat-tempat duduk pun ada disediakan. Cuma satu kekurangan di sini - tiada tandas awam yang baik. Tandas cuma ada di Tugu Monas, yang agak jauh untuk berjalan kaki dari kawasan taman ini.

6. Kami menuju ke Tugu Monas. Memang perlu berjalan agak jauh, mujur matahari tidaklah terlalu terik. 

7. Tapi kami tak masuk pun, katanya akan ambil masa lama kalau kita nak masuk dan naik ke atas (hasil carian di internet sebelum ke sini). Kami pulak memang tak boleh berlama-lama. Kami sekadar melihat-lihat dan ambil gambar di sini.


8. Dari Tugu Monas, kami berjalan ke sudut lain (bahagian timur) taman MONAS. Jumpa patung ini - Patung Peringatan Raden Ajeng Kartini. Beliau dikenali sebagai pelopor kebangkitan perempuan Indonesia. (info lanjut DI SINI)

Selepas itu, kami beredar dari taman Monas walaupun belum habis menjelajah ke bahagian selatan dan barat taman. Dah penat dan kelaparan! Kalau berkesempatan ke semua bahagian, kita akan menemui 5 patung peringatan. (info lanjut DI SINI)

*Selain patung peringatan yang ada di taman Monas, disepanjang laluan di kota Jakarta kita akan menemui banyak patung manusia dan ada juga patung haiwan (saya nampak patung seakan gorila di satu simpang jalan). 


Nak tengok taman dan Tugu Monas secara lebih 'jelas', boleh tengok video berdurasi 37 saat ni. 



...catatan seterusnya - Tanah Abang...

13 comments:

  1. salam kak... lama xmenjegah ke sini... moga sihat2 saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa salam Ahlam! Alhamdulillah sihat.
      Jom kita aktif blogging semula. ^__^

      Delete
  2. dalam tugu monas tu apa jer ada?
    mahal tak tiket masuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawah ada muzium, naik atas kalau nak tengok pemandangan Jakarta dari atas.
      tiket tak pasti pulak, sebab akak tak masuk situ. hehe..

      Delete
  3. luas kawasannya nampaknya tu kan..raden ajeng kartini pernah baca cerita tentang beliau, tak silap ada filem juga, kalau tak islaplah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..bagusnya AA dah baca buku tentang Kartini!
      ya, ada buku dan filem tentang beliau. tapi saya belum pernah baca/tonton. :)

      Delete
  4. teringat kisah-kisah dulu semasa berada di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. apakah kisah-kisah dulu tu? cer citer..

      Delete
  5. Kal ujie!! Sib baik x naik menara monas tu ..x ada apa yg menarik..beratur panjnang almost sejam berdiri pastu lift ada satu sempit! Naik kat atas x ada apa pun..dlm 5 min kami turun semula..letih jek beratur

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuu...itulah, akak buat carian internet mmg masing-masing kata ambik masa lama. Takmo amik risiko, tak masuklah situ. Rasanya akak ada baca gak pasal ni kat blog JM.

      Delete
  6. assalamualaikum kak..lama tak singgoh sini...
    best nyer g indon...
    tempat luas macam ni mau jugak seharian berjalan kan..
    yang lemah semangat sikit bb tandas lh...jenuh jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa alaikum salam Eita, jom lerr kita tulis blog semula.
      Rindu mcm dulu2 tau.. ^_~

      Delete
  7. Kalau tanya hakak, tempat mcm ni mmg bukan tempat pilihan utk dikunjungi Ujie...
    Tapi yelah... dah katanya sampai tempat org kan

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...