Friday, 21 August 2026

Menginap Satu Malam di Yanies Rest House, Arau

Dalam entri 2 Hari 1 Malam Mencipta Memori Bersama Kawan-Kawan, kami menginap di Yanies Rest House yang terletak di Arau, Perlis. Lokasi ini dipilih oleh kawan-kawan Encik Suami yang menguruskan percutian singkat kumpulan kami.

Yanies Rest House, Arau
Bangunan yang menempatkan kaunter pendaftaran dan beberapa buah bilik penginapan.

Yanies Rest House, Arau
Tarikan utama tempat ini - sebuah kolam renang yang cukup luas untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Kolamnya juga nampak dijaga dengan baik dan sangat bersih.

Yanies Rest House, Arau
Terdapat 15 buah bilik penginapan di sini. 10 daripadanya terletak berhadapan dengan kolam renang. Kumpulan kami ambil 11 buah bilik. Saya dan Encik Suami menginap di bilik Sakura, buka pintu je terus nampak kolam renang ni.

Yanies Rest House, Arau
Bilik penginapan kami berdua. Ada sebuah katil Queen dan sebuah katil Single dengan pull-out bed, sesuailah untuk tiga hingga empat orang.

Yanies Rest House, Arau
Awalnya saya rasa janggal tengok susun atur sofa di hujung katil begini. Selepas itu saya dapati bagus juga kedudukan begini kerana dapat melindungi pandangan terus dari luar apabila pintu bilik dibuka.

Yanies Rest House, Arau
Katil Single dengan pull-out bed.

Yanies Rest House, Arau
Bilik air luas, bersih dan semua berfungsi baik.

Yanies Rest House, Arau
Ada peti sejuk mini.

Yanies Rest House, Arau
Air minuman perlu ambil sendiri di mesin air yang tersedia di lobi.

Yanies Rest House, Arau
Seterika dan papan seterika saiz kecil turut disediakan. Sangat memudahkan!

Yanies Rest House, Arau
Kemudahan kolam renang hanya untuk kegunaan tetamu yang menginap di sini. Lebih selesa dan tidak sesak.

Yanies Rest House, Arau
Kadar harga bilik di sini. Klik foto untuk paparan lebih jelas.

Kalau tengok harga bilik kami (Sakura), terasa agak mahal. Tapi bila dah menginap di sini, menurut saya harga tersebut berpatutan dengan kemudahan yang disediakan dan tahap kebersihan bilik yang sangat memuaskan. Sepanjang pengalaman saya, tak mudah ya nak jumpa penginapan bajet rendah/sederhana yang sangat bersih di negara kita ni.

Kalau kalian bercuti di Perlis dan tak mahu menginap di hotel, bolehlah cuba menginap di Yanies Rest House. Seronok dapat menikmati suasana damai di sini sambil main air di kolam renang yang luas dan bersih. Cuma ada sedikit gangguan bunyi pada waktu siang dari rumah burung walit yang terletak berhampiran, tak terlalu mengganggu.

Carian Google Maps : Yanies Rest House







6 comments:

  1. Besar biliknya.. nampak pun selesa.
    Bila lah nak sampai ke Perlis ni.

    ReplyDelete
  2. Memang terbaik la kak, harga dan tempat tu sesuai sangat.

    ReplyDelete
  3. Nampak kemas dan selesa betul Yanies Rest House ni! Seronok dapat bilik yang terus access ke kolam renang. Tempat yang sangat ideal untuk santai-santai dengan kawan atau keluarga bila sesekali bercuti beramai- ramai kan..memang berbaloi sangat dengan harganya. Bagus bila Yanies Rest House ni mengekalkan standard kebersihan dan kemudahan yang baik

    ReplyDelete
  4. Haah Puan Ujie dan suami dapat untuk 4 orang. Luas dan bersih biliknya.

    ReplyDelete
  5. Luas selesa...murah pulak tu....

    ReplyDelete
  6. Cantik rest house ni.Nampak dari luar macam kecil je rupanya banyak bilik dan ada swimming pool besar lagi tu. Best sangatlah bilik depan swimming pool je. Buka pintu bilik terus terjun je. hihihi...

    Okay sangat tu biliknya luas dan ada pull out bed tu. kalau datang ramai 4 orang pun selesa lagi bilik ni. Bilik air pun luas dan banyak kemudahan lagi. Paling suka kalau iron dan iron board dah tersedia. Tak perlu nak call minta hantar atau pergi ke bilik iron.
    Pada saya harga tu berbaloilah dengan bilik dan kemudahan yang ada.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****