Tuesday, 25 August 2026

Azizi Haji Abdullah | Memoir Seorang Guru


Novel Memoir Seorang Guru
Judul : MEMOIR SEORANG GURU
Penulis : Azizi Haji Abdullah
Penerbit : JIWA - JT Publishing House
Jumlah halaman : 368


Memoir Seorang Guru telah diterbitkan buat kali pertama oleh Alaf 21 pada tahun 2008. Naskhah yang saya baca ini pula merupakan terbitan semula oleh JIWA - cetakan kedua pada Ogos 2025.

Pada mulanya saya tertarik dengan naskhah ini kerana ilustrasi kulit bukunya yang nampak hidup dan ia hasil karya penulis yang menerima Anugerah S.E.A. Write pada tahun 1988. Penulisnya, Almarhum Azizi Haji Abdullah juga merupakan seorang guru agama.

Selesai menghadamnya, ternyata ia sebuah karya yang benar-benar menarik!


BIMBANG SEORANG BAPA, ILUSI SEORANG GURU
Pengalaman selama lebih 28 tahun sebagai guru membuatkan dirinya bimbang jika Kamariah, anak perempuannya akan menjadi sepertinya - guru yang tidak mampu mendidik dengan baik sehingga tiada keberkatan hidup.

Hasrat Kamariah menjadi seorang guru ditentang keras oleh bapanya.
‘Kamariah, bapa sangat takut kalau bapa memikirkan diari hidup bapa, apalagi sepanjang hidup bapa ini, profesion bapa ialah guru! Sekian lama bapa dihantui yang bapa tidak berjaya menjadi murabbi, mendidik anak-anak murid bapa. Bapa sangat takut di akhirat nanti mereka akan datang menuntut hak mereka.’ - Petikan halaman 212, Memoir Seorang Guru.

MEMBENCI MEREKA YANG TIDAK SEPATUTNYA DIBENCI
Penceritaan novel ini membawa pembaca mengimbas kembali pengalaman seorang guru menghadapi keperitan bertugas di daerah pedalaman. Cabaran mengajar murid-murid dalam kalangan masyarakat miskin menjadikan dia seorang guru yang membenci anak-anak muridnya.

Pelbagai kisah pilu dan menyentuh hati diceritakan dengan terperinci membuatkan saya rasa sebak. Ada juga babak yang saya rasa tak sanggup meneruskan pembacaan kerana terasa ngeri.

Kisah Mat yang tersula batang pokok pinang.
Kisah Alias yang terpaksa membunuh beruk kesayangan demi menyelamatkan gurunya.
Kisah Midun dengan sebiji buah limau mandarin, buah tangan buat guru yang sakit.
Kisah Sakinah, anak murid bermata juling.
Kisah Mihad yang hilang di kolam lombong ketika mencari ikan haruan buat gurunya.
Kisah Mohd Dhuha yang menemui ajal dalam keadaan yang menyayat hati.

Bukan sekadar kisah perjuangan jiwa seorang guru berhadapan dengan anak-anak muridnya, kisah yang diceritakan membawa banyak pengajaran buat para pembaca. Ia kisah tentang nilai kasih sayang, membalas budi dan penyesalan masa lalu. 
‘Kamariah, kadang-kadang seronok juga apabila melihat kehidupan di daerah pedalaman ni. Terasa tak sia-sia kementerian hantar bapa ke sini. Tapi, itulah. Keadaan kehidupan yang begitu, meluat bapa lebih banyak dari seronok. Anak murid bapa ni pun cukup membosankan. Ketegar dan lembam menjadi-jadi. Bapa memang meluat.’ - Petikan halaman 35, Memoir Seorang Guru. 

DARI NOVEL KE LAYAR PERAK
Selesai membaca naskhah ini, barulah saya tahu bahawa ia telah diadaptasi menjadi filem dan ditayangkan pada Mei 2024 bersempena Hari Guru.

Carian saya mendapati, filem Memoir Seorang Guru masih boleh ditonton di Netflix. Saya tak melanggan Netflix, maka tak dapatlah saya menonton filem yang tentunya menarik ini.


Official trailer filem Memoir Seorang Guru.


“Yang membanggakan seorang guru apabila guru tak kenal murid-muridnya, tetapi murid-muridnya menegur guru. Guru lupa pengajarannya tetapi murid mengingati dan mengamalkannya. Guru tidak pernah meminta balasan, tetapi murid-muridnya tetap mengenang”. - Petikan halaman 355, Memoir Seorang Guru.





 

26 comments:

  1. Tak pernah baca buku tapi dah tengok movie nya. Sangat terkesan jalan cerita. Memang bagus untuk anak² zaman skrg mendalami jalan cerita. Betul banyak sangat pengajaran dan pengalaman yang takkan sama dengan cikgu² di zaman skrg ni..maybe ad tp sangat jarang dah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya nanti saya dapat tonton jugak. Trailer tu menarik.

      Delete
  2. Menyentuh hati betul review novel Memoir Seorang Guru ni. Banyak iktibar tentang jiwa pendidik dan pengorbanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaz pun pendidik (kalau tak silapnya), tentu lebih mudah memahami novel begini.

      Delete
  3. Sy rasa macam pernah baca buku ni, tapi dah lama sangat. Cuma familiar dgn tajuk buku ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah tu, memang ni novel terkenal dan dah lama terbit. Cuma saya yang baru baca 😄

      Delete
  4. Uncle sangat bertuah sebab berpengalaman bekerja atas satu projek dengan ustaz Azizi... Baik tapi lucu orangnya. Semoga almarhum ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

    ReplyDelete
  5. Ada tengok teaser cerita dia. Tengok teaser pun dah rasa terasa kisahnya. Pelakon pula Datuk Rosyam Nor kan, lagi sampai cerita yang disampaikan tu.

    ReplyDelete
  6. Tengok trailer, Rosyam Nor tampar anak muridnya buat saya terkedu. Garang betul.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah baca lagi buku ni... yang ingat pernah baca Seorang Tua di Kaki Gunung, lama dah zaman sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu antara novel terkenal penulis. Saya pernah baca tapi tak habis 😅

      Delete
  8. Review bagus untuk movie ni tapi tak sempat nak tengok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..saya yang ketinggalan baru tau movie ni 😄

      Delete
  9. Saya pengen menonton, tp jujur saya pasti akan menangis kalau lihat. Langsung teringat perjuangan guru2 pedalaman di Indonesia, yg gajinya saja di bayar 3 bulan sekali, dan itu pun kecil sangat 😭😭😭😭. Tak sanggub bayangkan. Tp dari beberapa cerita guru2 sana, mereka sayang sekali dengan murid2 yg semangat sekolah. Macam di Papua, kdg mereka bayar gurunya dengan hasil hutan, ntah itu buah atau sayur hutan 😭😭.

    Cerita2 ttg perjuangan guru ini, selalu bikin sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah beberapa kali tonton kisah perjuangan pendidikan di Papua, sangat menarik dan mengesankan.

      Delete
  10. Walaupun novel dah lama terbit SA x pernah ada naskah ni, mesej dan jalan ceritanya tetap relevan sampai bila-bila. Bila Ujie petik babak-babak pilu murid-murid pedalaman tu, terus rasa terkesut dan tersentuh jiwa. SA dah tengok cerita ni...menyayat hati...especially masa murid dia tenggelam dalam tasik tu...siap menangis SA tengok cerita ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya tengok pun harus menangis jugak ni. Baca novel je pun dah rasa sebak.

      Delete
  11. KSarie belum pernah baca novel ini. Ini macam buku yang mengundang air mata ni sebab kisah cikgu dan murid-murid yang disayangi. Ternampak buku ini di festival buku tapi tidak tercapai tangan pula. Nanti hendak cari bukunya. Terima kasih di atas perkongsiannya Ujie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisahnya unik, benci dan sayang.
      Sama-sama KSarie :)

      Delete
  12. Mcm menarik utk dibaca novel ini...

    ReplyDelete
  13. Macam pernah baca tentang murid yang terpaksa bunuh beruknya tu

    ReplyDelete
  14. saya tak baca novelnya, tapi pernah tonton di netflix. seronok dan sedih juga jalan ceritanya. tapi betul2 memberi pengajaran

    ReplyDelete
  15. Tak pernah baca dan menonton movie ini.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****