CATATAN KEMBARA 8 HARI 7 MALAM DI BUMI HARAMAIN
HARI KETIGA | KHAMIS, 9 APRIL 2026
Sambungan entri terdahulu —> Pengalaman Tawaf Sunat di Aras 1
Aktiviti hari ini - rombongan kami akan dibawa ziarah di sekitar Mekah dan miqat di Ji’ranah bagi jemaah yang mahu melakukan umrah tambahan. Para jemaah diminta berkumpul pada pukul 6.45 pagi di hadapan Hotel Olayan Ajyad yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan saya.
Dewan makan dibuka untuk sarapan bermula pukul 6 pagi. Saya makan sekadarnya saja buat alas perut - tak berani nak makan banyak untuk elak perut meragam, tambahan pula menu tersedia kurang kena dengan selera saya.
Pukul 7 pagi, bas yang membawa jemaah rombongan kami mulai bergerak menuju ke lokasi pertama iaitu Jabal Thur. Sepanjang perjalanan menaiki bas ini, ustaz menyampaikan kisah sejarah dan penerangan berkenaan tempat-tempat yang kami lalui/pergi.
Buat kali pertama, saya dapat melihat rupa kota Mekah yang dikelilingi oleh bukit-bukit berbatu. Terfikir bagaimana agaknya keadaan tempat ini pada zaman para nabi dahulu? Terbayang tentu sangat sukar kehidupan ketika itu dengan keadaan bentuk muka bumi berbukit dan tanah tandus.
Jabal Thur | Bas kami tiba di lokasi pertama iaitu Jabal Thur (Bukit Thur). Di puncak bukit inilah letaknya Gua Thur yang menjadi tempat persembunyian Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar RA daripada musuh ketika penghijrahan dari Mekah ke Madinah.
Apa yang saya faham - tempat bas kami berhenti ini bukanlah kawasan pintu masuk utama di kaki bukit untuk ke Gua Thur. Kami tak ke sana bagi mengelakkan kesesakan, selain faktor masa terhad.
Pukul 7.15 pagi - cahaya matahari memancar garang, tapi tidaklah rasa berpeluh kerana cuaca di sini panas kering.
Memerhati bukit yang tandus begini, tak terbayang bagaimana sukarnya Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar RA ketika itu yang bukan saja berusaha menyelamatkan diri tetapi menyelamatkan risalah Islam.
Lori kecil menjual aiskrim. Di kawasan ini juga ada penjual jalanan yang membawa helaian jubah dan buku. Gigih mereka mencari rezeki, jubah dipegang dengan tangan di bawa ke sana sini.
Walaupun hanya bukit yang kering tandus tanpa tumbuhan hijau, tapi saya suka menyaksikan pemandangan di sini.
Kunjungan ke sini menerbitkan rasa insaf mengenang pengorbanan dan perjuangan Rasulullah SAW demi memastikan kita merasai nikmat iman pada hari ini.
Arafah | Kami dibawa melalui kawasan Arafah - tempat di mana jemaah haji diwajibkan wukuf (berhenti) pada 9 Zulhijjah. Dapatlah saya melihat bagaimana rupa khemah-khemah di Arafah yang pada ketika itu sedang dipersiapkan untuk musim haji yang bakal tiba. Walaupun bas hanya melalui tanpa berhenti, tetapi pengalaman ini cukup memberi sedikit gambaran dan melonjakkan keinginan menunaikan haji.
Jabal Rahmah | Bas kami berhenti di kawasan berhampiran Jabal Rahmah - lokasi pertemuan semula Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa setelah dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi.
Dari tempat bas berhenti, kami perlu berjalan kaki agak jauh untuk ke pintu masuk Jabal Rahmah. Sepanjang laluan, suasana meriah dengan gelagat para penjual. Eh, terasa macam pergi pasar pagi pulak.
Hanya mampu mengintai dari celahan pintu pagar. Rupa-rupanya tempat ini ditutup sebagai persediaan dan persiapan musim haji. Kalau pun boleh masuk, entah saya larat atau tidak nak terus melangkah. Penat badan masih belum surut.
Kami berpatah balik ke tempat bas. Masing-masing mula fokus membeli-belah. Saya sekadar tengok-tengok saja, belum berminat nak membeli apa-apa.
Saya berdiri di tepi, memotret kawasan sekitar.
Tak pasti, adakah ini juga khemah untuk para jemaah wukuf di Arafah?
Naik bas, kami diberi sebungkus roti dan sebotol minuman.
Muzdalifah | Bas kami singgah sebentar di Muzdalifah - di suatu kawasan yang sedang dalam kerja-kerja pembinaan atau mungkin kerja penyelenggaraan sebagai persiapan musim haji.
Jemaah yang mahu melakukan ibadah umrah diminta menggunakan tandas/tempat wuduk di sini sebagai persiapan sebelum meneruskan perjalanan ke Masjid Ji’ranah. Rakaman foto dari jendela bas - kurang jelas dan berwarna kekuningan.
Mina | Seterusnya kami dibawa melalui kawasan khemah di Mina dan kompleks melontar jamrah. Boleh saksikan rupa kompleks melontar jamrah dalam video di hujung entri ini.
Deretan khemah di Mina.
Ustaz tunjukkan struktur seperti kubah kecil di lereng bukit di Mina - lokasi Nabi Ibrahim diperintah oleh Allah untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail.
Miqat di Ji’ranah | Lokasi terakhir - kami dibawa ke Masjid Ji’ranah untuk miqat dan melakukan solat sunat ihram bagi jemaah yang melakukan umrah tambahan.
Keadaan agak sesak di masjid ini. Fahamlah saya kenapa bas singgah di Muzdalifah tadi.
Kembali Ke Hotel | Pukul 10 pagi, bas membawa rombongan kami kembali ke hotel.
Makan Tengah Hari | Sebelum balik ke bilik, saya dan Encik Suami membeli makanan untuk tengah hari. Kami singgah di deretan kedai yang terletak di celah bangunan. Di sini kami bertemu dengan kumpulan jemaah Thailand. Tak bertegur sapa pun, cuma terdengar perbualan mereka dalam bahasa Thai.
Kami beli bungkus, lebih selesa makan di bilik.
Set ayam goreng - dilengkapi kentang goreng dan sejenis roti nipis. Diberi juga sos tomato dan mayonis. Harganya 22 riyal. Ayam gorengnya sedap rangup cuma kurang rasa. Syukurlah bawa peket sos cili dari Malaysia, barulah laju makan.
Beli aiskrim, harganya 10 riyal. Masa beli siap boleh pilih nak perasa apa, saya pun dengan gembira pilih blueberry dan strawberi. Eh, rupa-rupanya cuma warna biru dan merah. Tak ada rasa blueberry dan strawberi pun, cuma rasa manis je.
Video ringkas ziarah sekitar Mekah.



















Ala, aiskrim tu hanya warna je tanpa rasa blueberry/strawberry ye. Sy dok bayangkan sedapnya aiskrim berperisa strawberry/blueberry tatkala panas begini.
ReplyDeleteRindu semua tempat² ni... Selain ianya bersejarah, menambah Iman kita juga bila mana kita menghayati dan menghargai perjuangan Baginda Nabi SAW dan para Sahabat.
Saya lagilah, dah excited nak makan aiskrim perisa pilihan 😭
DeleteBetul, kalau betul-betul menghayati, boleh mengalir air mata.
Seronok baca pengalaman Ujie menunaikan umrah. Memang bisa mengundang air mata bila membayangkan perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat memperjuangkan agama Islam. Kacak sudah warna aiskrim itu tapi sayang rasanya manis sahaja ye
ReplyDeleteRasa dua tu sama, manis. Beza warna je 😅
DeleteAiskrim tu memang sekadar warna je kan. Takde langsung rasa buah 😂 saya tak tahan sebab manis sangat hehe.
ReplyDeleteOhh kiranya rombongan kak ujie tak masuk smpai ke jabal rahmah tu ye
Itulah, terus rasa takmo beli lagi 😅
DeleteIya kami tak sampai ke bukitnya. Jauh di pintu pagar je. Gitulah kekurangan bila datang dekat musim haji.
Saya agak menyesal saat umroh dulu betul2 tak banyak mengambil foto, kecuali foto makanan yg kami beli saja. Jadi bisa dibilang tak ada peninggalan kenangan saat di sana.
ReplyDeleteMakanya teringiiiin sangat nak umroh lagi.
Saat di Jabal Rahma, saya dan suami pun banyak belanja kak. Tergoda dengan jubah2 😅😅. Sweet moments sangat ketika di tanah suci ini memang
Semoga Fanny ada rezeki umrah lagi ya. Memang perlu ambil foto walau sedikit yang penting ada kenangan untuk akan datang.
DeleteIyaa..jubahnya memang sangat murah. Lupa berapa tapi masa penjual sebut harga tu, terkejut sebab sangat murah.
Seram nengok warna aiskrim tu. Banyak juga burung merpati tu.
ReplyDeleteKuat betul pewarna dia kan 😅
DeleteMekah dan Madinah banyak burung merpati.
ooo kiranya nak dkt musim haji tu sebahagian kawasan arafah ditutup utk org ramai
ReplyDeletespnjg berada kat sana sy x beli pun aiskrim sbb nk elak batuk. so tgk je laa org mkn aiskrim.kt sana😁
Gitulah nampaknya, sebab dah dekat sangat dengan musim haji jadi sana sini giat buat persiapan.
DeleteYa, ada orang jadi mudah batuk kalau makan minum sejuk di tempat cuaca panas.
Bila baca cerita Ujie, kembali semula memori masa saya berada di Mekah. Betul dekat Jabal Rahmah tu, banyak orang jual, sudah serupa pasar tani. Jauh lagi kena jalan untuk sampai tempatnya. Lagi-lagi orang ramai waktu saya pergi. Semoga kita semua dijemput untuk tunaikan haji pula.
ReplyDeleteItulah, ingat kot dekat je dengan tempat parking bas tu 😅
DeleteKami sampai awal pagi dan luar musim tumpuan ramai, jadi tak ramai orang. Tapi itulah…gate tutup tak boleh sampai ke bukitnya.
insyaAllah…aamin!
Betapa tandus dan kering gunung ganang ye kak. Teringat pejuangaan Rasulullah dengan sahabat masa nak bangunkan mekah ni dulu. Terus teringat masa belajar kat sekolah agama dulu waktu cikgu cerita pasal pejuangan Rasulullah dan sahabat.Aiskrim bukan main perisa apa ye sekali warna je hehehe
ReplyDeleteBila sampai sini, rasa lebih insaf dan dapat sedikit gambaran situasi dulu.
DeleteHehe..itulah, baik tak payah pilih perisa.
Rindunya nak ke sana lagi..
ReplyDeleteBanyak cipta kenangan kann.. Lin dulu pun banyak amik gambar tapi belum sempat nak update blog sepenuhnya.. tunggu ada mood nak jugalah menulis balik
Yang bestnya, Lin kemain berulang makan aiskrim hahaha semua warna Lin makan
Kena tulis untuk kenangan akan datang.
DeleteBagi puas hati ya, cuba semua 😀
Seronok membaca catatan Ujie kali ni. Bila tengok gambar Jabal Thur yang tandus tu, betul-betul buat kita terfikir betapa besarnya pengorbanan Rasulullah SAW dan para sahabat dulu demi Islam. Rasa sayu dan insaf pun ada. Terima kasih berkongsi cerita dan gambar, Ujie. Semoga kita semua dikurniakan rezeki untuk sampai ke sana nanti. Ujie dah sampai..SA blom lagi...ikutkan allocation Umrah dah ada by company...tak tau bila la dapat ke sana...doakan untuk SA ye...
ReplyDeleteSama-sama SA.
DeleteMoga Allah kurniakan rezeki SA untuk segera menunaikan umrah.
Jabal Rahmah tetap menjadi kenangan manis bila terlintas dalam hati nak doakan semoga adik bertemu jodoh dengan warga Singapura. Alhamdulillah tahun ni dah menjadi kenyataan 😅
ReplyDeleteKemain spesifik kakaknya berdoa ya 😄
DeleteItulah ya tengok bukit mencabar hendak naik. Bagaimanalah Rasulullah dan sahabat mendaki untuk bersembunyi.
ReplyDeleteHehe kena tipu ada perasa aiskrim. Baik kata saya hendak warna biru dan merahjambu sahaja 😅
Nak geram tapi kena sabar je 😅
DeleteZiarah tempat sejarah macam ni buat kita 'rasa dalam jiwa' kan?
ReplyDeleteDulu belajar kat sekolah je...
Betul, kalau direnung sejarah makin rasa sebak.
DeleteBagus agaknya kalau kita semua dapat ke sini masa muda, lebih faham apa yang belajar kat sekolah.
Seronoknya
ReplyDeleteCerita ziarah buat rasaaaa segera nk ke sana
Tenang dan sgt syahduuuu
Yelah CikNur, sekali pergi terasa macam dipanggil nak pergi lagi kan. Lain aura Tanah Suci ni.
DeleteSelalu dengar cerita rakan rakan yang dah sampai ke sana jangan lupanmakan aiskrim tu...
ReplyDeleteSemoga Allah jemput saya juga menjadi tetamu Nya
Bolehlah try aiskrim tu, tapi jangan banyak bimbang jadi sakit tekak batuk sebab cuaca panas kan.
DeleteInsyaAllah moga mamaCella segera jadi tetamu-Nya.
rupanya warna je, tapi takde rasa..
ReplyDeleteAlhamdulillah atas rezekinya, terima kasih atas perkongsiannya.. semoga Allah menjemput linda dan keluarga menjadi tetamu Nya nanti..aamin
Sama-sama Linda.
DeleteInsyaAllah moga Linda dan keluarga segera jadi tetamu-Nya.
Alhamdulillah...Seronok berpeluang dapat jejak kaki ke sini. Walaupun perjalanan jauh tu tapi sambil menikmati permandangan tu rasa hilang penat. Wajib memotret untuk simpanan kita kan.
ReplyDeleteYa, bila kesana kena adapt dan bersyukur dengan makanan yang ada. Rare pulak aiskrim gabungan biru merah.
Sebelum pergi, baca perkongsian orang bagitau bawa sos cili. Rupa-rupanya memang sangat berguna sebab di sana cuma diberi sos tomato 😄. Sos cili jadi penyedap rasa.
DeleteSeronoknya baca perjalanan Umrah juga ziarah di sana. Memang rindu Tanah Suci. Alaa ice cream cantik warna tiada perisa ya. Moga diizinkan ke sana lagi.
ReplyDeleteWarna menggoda kan, rupa-rupanya cuma rasa manis je 😅
Delete