Wednesday, 24 June 2026

Sabun Tanah Liat Untuk Sertu

Baru-baru ini saya beli sabun tanah liat untuk tujuan sertu. 

Apa itu sertu? 
Sertu adalah cara bersuci daripada najis mughallazah iaitu anjing dan khinzir yang terkena pada pakaian, badan atau tempat dengan membasuh air sebanyak tujuh kali dan salah satu daripadanya dengan air tanah.

Beli sekotak sabun tanah liat di kedai Shopee - mypapillon.

Dalam kotak terdapat tiga buku sabun bersaiz kecil.

Tujuan saya beli sebagai persediaan jika bermusafir ke tempat yang susah nak dapatkan tanah untuk melakukan sertu. Persediaan dibuat setelah berlaku satu hal ketika kembara saya dan Encik Suami ke Lijiang, Yunnan, China pada bulan lepas.

Ceritanya - ketika kami berjalan-jalan di Lijiang Old Town, kaki seluar Encik Suami telah bersentuhan dengan hidung/mulut seekor anjing peliharaan. Keadaan di situ agak sesak, bukan saja dengan manusia tetapi ramai pula yang membawa bersama anjing kecil. Saya perasan ada seekor anjing comel berhampiran kami yang aktif bergerak ke sana sini, menghidu itu ini. Tak sempat nak mengelak, hidung/mulut anjing tersebut dah pun menyentuh kaki seluar Encik Suami. Saya nampak dengan jelas.

Nak segera basuh di penginapan, mana pulak nak cari tanah. Jadinya dengan berhati-hati seluar tersebut dibungkus untuk basuh bila balik rumah. Kebetulan masa tu tidaklah terdesak - masih ada seluar bersih yang lain dan lagi dua hari akan balik ke tanah air.

*****

Nak faham lebih jelas berkenaan anjing sebagai najis mughallazah (najis berat), jemput baca penulisan oleh Dr. Zulkifli Al-Bakri  —>  Pakaian Bergesel dan Dicium Oleh Anjing Dikira Terkena Najis?


Ragu-ragu adakah sabun tanah liat boleh menggantikan tanah? Baca penulisan ini —> Menggantikan Tanah dengan Sabun Tanah Liat






29 comments:

  1. Alamak... tak pasal-pasal kena sertu seluar. Baru tahu wujudnya sabun tanah liat ini. Betul juga, kalau gali tanah yang tidak dipijak untuk tujuan sertu, nanti kotor kesan tanah pula seluar ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya, tempat tu macam tak jumpa tanah tau. Tanah ada kat tempat tanaman pokok je. Tak berani nak ambik 😅

      Delete
  2. Elok stand by simpan kat rumah ni....

    ReplyDelete
  3. Mujur perasan tu. Baru tau jugak ni ada dijual. Memudahkan sangat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah berjaga-jaga bila nampak banyak anjing. Sekali..terkena jugak!

      Delete
  4. Teman saya muslim, dia pelihara beberapa anjing di rumah. Dan selalu ada sabun tanah utk mereka bersuci lah. Sekarang memang dah banyak kemudahan kan. Tak susah utk mencari tanah buat bersuci jika terkena liur anjing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, bukan semua tempat mudah jumpa tanah yang boleh diambil.

      Delete
  5. wah kita baru berangan nak pi travel yunnan. Kena beli ni buat persediaan. TQ ujie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..bila tu?
      Eloklah bawak sabun tanah ni.

      Delete
  6. Terima kasih atas perkongsian ilmu ni,Ujie. Bagus ada entri macam ni sebab masih ramai yang ragu-ragu tentang penggunaan sabun tanah liat untuk sertu. Kisah kat Lijiang tu memang satu pengajaran yang baik benda nak jadi sekelip mata je, mujur Ujie cepat perasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tak sempat nak warning suami.
      Sama-sama SA.

      Delete
  7. Bagus jugak ada yang jual sabun camni kan kak... akak suka travel sesuai sangat kene ada simpan kot terjadi kejadian yang tak diingini. Terjadi macam masa akak ke China tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terkena sekali, memang beringatlah 😄

      Delete
  8. Betul kalau bawa memang senang dah siap ada. Belum pernah beli tapi rasa kalau ke China memang kena bawa sikit kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ke tempat sesak yang banyak anjing ni memang perlu bersedia.

      Delete
  9. Bagus ada produk begini, memudahkan. Tq info ye PU

    ReplyDelete
  10. Ya senang ada sabun begini. Nasib baik nampak seluar dihidu anjing.
    Sabun ini boleh guna untuk sertu pinggan mangkuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, boleh guna untuk sertu perkakas dapur kalau menginap di Airbnb.

      Delete
  11. Peringatan yang bagus, sebelum ke China kena beli sabun sertu ni. Terima kasih Kak Ujie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.
      Bersedia supaya mudah kalau jadi hal macam akak 😄

      Delete
  12. Terima kasih atas perkongsian ini Ujie. KSarie kena beli juga sabun ini buat standby kerana kadang-kadang kena pergi site visits yang anjingnya ramah tamah naw😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak..memang kena beli tu. Mudah kalau terkena 😄

      Delete
  13. Bagus sabun camni, boleh bawa kemana mana. Rasanya kena standby satu lah untuk Bawak pergi travel. Kadang2 duduk airbnb ke nak guna peralatan memasak dorang, still pakai jugak sabun sertu ni

    ReplyDelete
  14. Wah...menarik...selama ni dok baca info ja...Hari ni rasa tertarik pula...TQ info

    ReplyDelete
  15. Elok juga beli buat stok stand by in case kan. Tak pasal-pasal kena sertu. Bukan mudah pun nak cari tanah bila travel ni.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****