CATATAN KEMBARA 8 HARI 7 MALAM DI BUMI HARAMAIN
Hari Kedua | Rabu, 8 April 2026
Sambungan entri terdahulu —> Terbang Ke Jeddah Dengan Amal by Malaysia Airlines - Tiba di Kota Suci Mekah
Menjelang tengah malam (hari pertama tiba di sini), petugas Rayhar membawa kumpulan kami dari lobi hotel ke pekarangan Masjidil Haram untuk berkumpul bersama-sama dengan rakan jemaah yang menetap di hotel lain. Kedudukan bangunan hotel penginapan kami Al Safwah Royale Orchid berada tidak jauh dari Masjidil Haram, iaitu kira-kira 50 meter.
![]() |
| Pukul 12.13 pagi. |
Ketika kali pertama saya memandang Masjidil Haram, terbit rasa kagum melihat keindahan seni binanya. MasyaAllah! Tambahan pula saya tiba di sini pada waktu malam dengan latar langit gelap dan limpahan cahaya lampu, Masjidil Haram kelihatan sangat gah.
Segala puji dan syukur saya panjatkan kepada Allah yang memberi kesempatan buat saya dan Encik Suami menjejakkan kaki di sini.
![]() |
| Foto oleh petugas Rayhar, saya ambil di grup Telegram. |
Sebelum masuk ke Masjidil Haram, kami diberi taklimat ringkas oleh mutawif. Ketika ini saya perasan jemaah kumpulan kami tak begitu ramai (rombongan kami tadinya seramai 86 orang), mungkin ramai yang dah berpengalaman menunaikan umrah jadi mereka pergi mengikut masa sendiri.
Mendengar kata-kata ustaz, terasa hilang seketika rasa letih badan dan kepala senoneng berganti dengan perasaan berdebar dan teruja. Kami melangkah masuk bersama-sama sambil bertalbiah dan berhenti seketika membaca doa melihat Kaabah, kalau lama sikit nanti akan ditegur oleh petugas keselamatan.
⏵ TAWAF MENGELILINGI KAABAH 7 KALI
Kira-kira pukul 12.30 pagi, kami memulakan tawaf. Sebelum itu, ustaz memberitahu bahawa jemaah yang ada di mataf (dataran tawaf) pada ketika tersebut tak ramai (sedikit berbanding biasa). Menurut saya yang baru kali pertama melakukan tawaf, keadaan ketika itu sudah pun terlalu ramai.
Alhamdulillah kumpulan kami selesai melakukan tawaf dan solat sunat tawaf kira-kira pukul 1.05 pagi. Kemudian kami ke bahagian tepi untuk minum air zamzam - ianya merupakan perkara sunat selepas tawaf. Lain sungguh perasaannya dapat menikmati air zamzam dengan memandang Kaabah di hadapan mata sambil berdoa memohon perkara baik.
Setelah selesai tiga perkara di atas dan sementara menunggu rakan jemaah yang belum selesai, sempatlah saya memotret foto-foto di bawah sebagai kenang-kenangan.
Kaabah dalam rupa sedikit berbeza. Penghadang kain dipasang keliling Kaabah kerana kerja penyelenggaraan yang bermula pada 6 April 2026 sebagai persediaan musim haji yang bakal tiba. Saya tidak terkejut kerana dah tahu lebih awal melalui info di media sosial.
![]() |
| Pukul 1.17 pagi. |
Tadi ketika menunaikan solat sunat tawaf, saya solat dalam keadaan bersesak dan tidak selesa. Saya tak tahu, jadi ikut saja rakan jemaah solat di kawasan tersebut. Rupa-rupanya kita boleh je solat di kawasan yang jauh sedikit (lokasi kedudukan saya merakam foto), lapang dan langsung tak bersesak. Bolehlah solat dan berdoa dengan lebih khusyuk.
Laluan ke tempat saie. Seni bina yang indah.
Kami berkumpul menunggu rakan jemaah yang lain di kawasan lapang berhampiran laluan ke tempat saie. Di lokasi ini juga letaknya tong air zamzam. Kelihatan juga para petugas pembersihan (memegang plastik hijau) sentiasa bergerak mengutip sampah dan cawan minuman dari para jemaah.
Pengalaman Pertama Minum Air Zamzam di Masjidil Haram | Tak sempat saya nak ambil sendiri air zamzam seorang petugas menegur “Malaysia…?”, kemudian menghulurkan secawan air zamzam. Tentulah mereka tahu saya dari Malaysia berdasarkan tali lanyard dan beg sandang dipakai.
Saya nampak ramai jemaah (bukan kumpulan kami) sedang bergilir mengambil sendiri air zamzam. Terasa begitu istimewa kan? Itu yang saya rasa.
Tetapi setelah beberapa ketika berada di Mekah, saya mula faham sesuatu - ada orang berbuat baik dengan kita kerana ikhlas dan ada juga orang berbuat baik dengan kita kerana mengharapkan balasan. Cerita selanjutnya di entri lain.
⏵ SAIE BERULANG ALIK 7 KALI ANTARA SAFA DAN MARWAH
Tempat saie. Foto ini saya rakam setelah selesai semua rukun umrah.
Dari mataf (dataran tawaf) kumpulan kami bergerak ke tempat saie. Berbeza dengan tawaf tadi dalam keadaan bersesak, saie dilakukan dalam keadaan lebih santai kerana tidak perlu bersesak.
Ketika ini terasa penat sungguh kaki, selepas melakukan 7 pusingan tawaf terus saja sambung berjalan ulang alik 7 kali antara Safa dan Marwah. Tetapi jika difikirkan penat tersebut tidaklah setanding dengan apa yang telah dilakukan oleh Siti Hajar RA - berlari di padang pasir antara Bukit Safa dan Bukit Marwah demi mencari air dengan penuh rasa sabar dan keyakinan tinggi pada Allah.
⏵ TAHALLUL MEMBEBASKAN DIRI DARI LARANGAN IHRAM
Selesai saie, kami melaksanakan tahallul di kawasan Bukit Marwah. Saya gunting sendiri rambut dengan menggunakan gunting yang dibawa - masukkan tangan disebalik tudung/telekung, ambil sedikit rambut dan gunting.
Simpan potongan rambut kita untuk buang di tempat sesuai, jangan biar bertaburan pula ya. Satu lagi hal yang penting bagi jemaah perempuan - jagalah aurat ketika bergunting di tempat umum. Saya perasan ada jemaah perempuan yang bergunting rambut (dengan dibantu orang lain) menyelak tudung hingga nampak kepala/rambut.
Selesai Rukun Umrah | Alhamdulillah jemaah kumpulan kami selesai melaksanakan semua rukun umrah kira-kira pukul 2.50 pagi (7.50 pagi waktu Malaysia).
Sekitar dua jam kemudian masuknya waktu Subuh, ada rakan jemaah yang mahu menunggu di dalam masjid kerana mahu menunaikan solat Subuh berhampiran Kaabah. Saya dan Encik Suami pula mahu terus pulang ke bilik - saya dah tak mampu menahan letih badan, mata mengantuk dan kepala makin rasa berat. Sudah lebih 24 jam tak dapat berehat dan tidur dengan selesa, tambahan pula malam sebelum bertolak saya sukar tidur maka bergandalah rasa mengantuknya tu.
Dihampiri ‘Scammer’ | Saya dan Encik Suami berjalan berdua sahaja untuk kembali ke hotel, berpisah dari kumpulan. Ketika itu kami masih lagi berada di tempat saie, tiba-tiba seorang lelaki berjalan rapat di sebelah Encik Suami.
Dia memulakan bicara dengan memberi salam seterusnya bertanya, “Malaysia?”. Tanpa sangkaan buruk, Encik Suami menjawab dengan baik pertanyaan lelaki tersebut. Seterusnya bermulalah cerita sedih. Itu ini begitu begini. Pendek cerita, dia meminta duit dari Encik Suami. Encik Suami tak layan dan segera kami lajukan langkah menjauhi lelaki tersebut.
Terkejut kami, baru beberapa jam tiba di Mekah sudah pun dihampiri scammer. Selepas itu baru saya tahu bahawa ia bukan perkara baru, sudah biasa terjadi cuma kami yang tak pernah tahu. Kesimpulannya, di mana pun kita berada perlu sentiasa berhati-hati - jangan mudah percaya dan diperdaya.







Tak mampu nak gambarkan perasaan pertama kali nampak Kaabah di depan mata kan PU. Semua rasa bercampur baru; sebak, gembira, syukur semua bersatu dalam jiwa.
ReplyDeleteOrang Malaysia baik², itu yg selalu jadi sasaran agaknya tu. Apapun kena hati² walau di mana kita berada kan
Orang Malaysia terkenal pemurah, mudah kasihan 😄
DeleteRupanya ini pengalaman pertama Puan Ujie dan suami.
ReplyDeleteSaya nampak ramai juga buat saie.
Mesti scammer itu tahu orang Malaysia ini pemurah dan mudah percaya.
Ya NA, Alhamdulillah dapat juga pergi walau tak boleh berlama. Ikut trip umrah singkat.
DeleteBetul, itu yang jadi sasaran.
Pandai dia beramah mesra mengambil kesempatan sebab jemaah dari Malaysia ni biasanya pemurah dan hati baik, lemah lembut tak ganas. Risau jugak sudahlah berada di negara orang. Alhamdulillah, Ujie sihat² dan dapat menyempurnakan ibadah Umrah dalam keadaan tak cukup tidur tu. Kekuatan tu tentunya dari Allah swt yang memudahkan segala urusan Ujie dan suami.
ReplyDeleteHehe..kita ingat betul la orang nak beramah mesra dengan kita, rupanya ada udang balik mi.
DeleteKalau difikirkan memang tak larat, cuma semangat je yang ada 😅. Tapi Allah Maha Baik beri kekuatan dan kelancaran untuk selesaikan umrah.
Alhamdulillah pengalaman yang indah.
ReplyDeleteAlhamdulillah..
Deleteyang best nya tawaf dan sai pd tgh malam begini org tak berapa sesak... sy suka suasana sebegini
ReplyDeleteterasa lancar je bila nak buat ibadah
Ya, memang lancar dan tak ambil masa lama.
DeleteRindu dengan Mekah bila baca catatan kak Ujie ni.
ReplyDeleteInsyaAllah moga ada rezeki kita ke sana lagi Carneyz.
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteRinduuuunya YA Allah
Terbayang rasa kegembiraan berada disini kan
Terharu dan macam tak percaya dapat juga ke sini.
Deletenampak sangat orang Malaysia ni baik hati..
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronok baca catatan kak Ujie.. semoga ada rezeki linda menjejak kaki ke tanah suci suatu hari nanti.. amin
Kita baik hati dan lembut hati.
DeleteTerima kasih Linda sudi baca. InsyaAllah moga Linda segera dapat ke sana.
Lebih kurang setengah jam sudah selesai tawaf, kira laju juga. Saya masa umrah wajib, lebih 1 jam untuk selesai tawaf. Alhamdulillah, rasa seronok baca pengalaman Ujie, dan tengok gambar-gambar di Masjidil Haram, rasa rindu betul.
ReplyDeleteBetul la macam ustaz mutawwif tu bagitau, tak ramai orang masa tu. Itu yang laju siap 😀
DeleteTerima kasih sudi baca. InsyaAllah moga kita dapat ke sana lagi Nur.
Pemandangan paling indah ye kak..... di tanah haram pun ada penipu ye, tetap kene berhati-hati kan.
ReplyDeleteItulah, rupa-rupanya memang ada je scammer di mana-mana.
Deletelebih kurang timing saya buat umrah pertama haritu. selesai semua rukun around 2 pagi. pagi2 buta camni kurang orang
ReplyDeleteIni pun akak dah rasa ramai, entah macam mana sesaknya kalau waktu biasa penuh jemaah.
DeleteRasanya macam pakej Umrah dari Malaysia kalau Umrah pertama selalunya malam, kurang jemaah dan lagi tenang. Seronoknya baca perjalanan Umrah Ujie
ReplyDeleteSebab tiba dah malam, jadi selesaikan umrah tengah malam/awal pagi.
DeleteTerima kasih Mulan sudi baca.
Pertama kali nampak kaabah....sayu je rasa. Macam tak percaya.
ReplyDeleteIya, macam tak sangka dan tak percaya akhirnya dapat juga sampai sini.
DeleteTerima kasih atas perkongsiannya. Sokmo ada rasa bermacam rasa bila baca perkongsian tentang umrah dan haji.
ReplyDeleteSama-sama KSarie 😊
DeleteScammer macam tuh biasanya yg dia datangi mostly asia tenggara terutama Malaysia dan Indonesia. Sebab mereka tahu, 2 negara ini orangnya ramah2 dan generous. Krn banyak teman saya yg kena juga.
ReplyDeleteApapun memang harus hati2 di manapun . Tp bisa melihat Kakbah itu, pasti bergetar sangaaat hati ya kak. Rindu saya dengan tanah suci ❤️
Sebelum pergi, akak tak pernah tau pasal scammer. Jadi agak terkejut. Rupa-rupanya ramai yang dah terkena. Betullah kan, negara kita berdua orangnya lebih mudah didekati dan pemurah.
DeleteInsyaAllah moga Fanny dah kita semua dapat segera kembali ke tanah suci.
MasyaAllah Ujie, sayu rasa hati bila baca bab kali pertama pandang Kaabah tu. Walaupun Ujie kata masa tu dah ramai orang, tapi rezeki korang dapat mudahkan urusan tawaf dengan cepat. Seronok tengok gambar-gambar yang Ujie kongsi ni, buat pengubat rindu pada Tanah Suci
ReplyDelete