Catatan hari Sabtu - Ahad, 17 - 18 Januari 2026.
Cuti hujung minggu yang baru berlalu, kami menginap satu malam di Alor Setar, Kedah - sebabnya petang Sabtu ada urusan di Kedah dan pagi Ahad pula ada urusan di Pulau Pinang. Penat pula kalau nak ulang-alik dua hari berturutan dari Perlis.
Sambil tu bolehlah saya dan Encik Suami berjalan-jalan di Alor Setar pada waktu malam - kami naik Menara Alor Setar.
![]() |
| Newz Collect Point. |
Sabtu tengah hari sebelum ke Alor Setar, saya ke bandar Kangar untuk pos hadiah buat sahabat blogger. Kalau dulu semasa menetap di rumah PP, kedai kurier terletak di depan rumah - jalan kaki je. Sekarang dah menetap di kawasan luar bandar, tiada kedai kurier berhampiran rumah.
Biasanya kalau nak pos barang saya akan ke kedai kurier Newz Collect Point di Kangar Jaya, jaraknya 30 km dari rumah. Saya suka ke kedai kurier ni sebab petugasnya mesra dan sangat membantu - urusan jadi mudah dan pantas. Bawa je barang kita, nanti dia tolong pilih saiz kotak yang sesuai. Harga kotak pun murah je, kalau tak silap kotak di atas ni cuma RM1.30.
![]() |
| Masjid Sultanah Bahiyah. |
Pukul 2 petang sehingga menjelang waktu Asar, kami berada di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi menghadiri kursus umrah oleh Rayhar Travel. Agak mencabar bagi saya sebab petang biasanya waktu mengantuk - asyik menguap tahan mata dengar ustaz beri penerangan 😅
![]() |
| Kawasan parkir Hotel Samila. |
Pukul 6.40 petang kami tiba di hotel penginapan yang terletak di pusat bandar Alor Setar. Hotel Samila merupakan sebuah hotel lama yang telah menjalani proses ubah suai. Lokasinya sangat strategik, kita boleh berjalan kaki ke tempat menarik seperti Aman Central, Menara Alor Setar dan Masjid Zahir.
![]() |
| Hotel Samila. |
Kami menginap satu malam di bilik 302 yang terletak di aras tiga (hotel ni cuma setinggi empat tingkat). Kadar harga RM144.29 bilik jenis Premier King. Keluasan bilik yang memuaskan, keadaan keseluruhan bersih dan selesa, juga lengkap dengan kemudahan penggosok pakaian. Cuma tilamnya agak keras pada saya dan bilik air kurang pencahayaan.
![]() |
| Menara Alor Setar. |
Waktu malam selepas solat Maghrib kami berjalan kaki ke Menara Alor Setar. InsyaAllah saya akan buat entri khusus berkenaan pengalaman kami naik menara ini.
Pagi Ahad, kami bergerak ke Perai, Pulau Pinang untuk urusan Encik Suami. Nampaknya dalam bulan Januari ini, setiap hujung minggu kami ke Pulau Pinang. Ada saja urusan nak diselesaikan.
Dalam perjalanan balik rumah Perlis, singgah nurseri pokok di Sungai Petani, Kedah. Buat kali pertama, saya membeli pokok bunga ros. Sebenarnya tak ada niat nak beli pokok, saja tengok-tengok cuci mata. Nampak pokok bunga ros terus teringat blogger Dana, eh…rasa nak cuba membela pokok bunga ros jugalah! Saya pilih yang sedang mekar berbunga, harganya RM28.
Gitu gini singgah sana sini untuk makan, solat dan beli barang, Alhamdulillah akhirnya selamat sampai rumah menjelang Maghrib. Jojo si anak bulu menyambut kami - mengiau mengekori langkah kami dan terus laju masuk rumah bila pintu dibuka 😄






tengok gambar kotak ingatkan akak kena pindah lagi...hihi
ReplyDeleteTahniah hendak pergi umrah ya?
ReplyDeleteWah Puan Ujie lagi sibuk ke sana ke sini. Hehe saya pula mengantuk waktu malam masa dengar ceramah Israk Mikraj.
Seronok baca tak sedar dah habis. Teringin juga tanam pokok ros tapi tak sanggup kehilangan sebab tak pandai jaga. Ulat beluncas pun banyak.
ReplyDeleteMemang betul ..hotel nampak luas dan kemas..sesuai juga dengan harga yang ditawarkan
ReplyDeletesenang nya macam tu, bawa barang je, pilih kotak.. harga kotak pun murah.. selesa tengok bilik hotel nya.. puas hati katil besar macam tu
ReplyDeleteBerbaloi betul booking bilik tu kak, dah la luas, katil king, harga x sampai pun 180
ReplyDeleteAgak padat jugak aktiviti hujung minggu Kak Ujie ye. Hotel Samila tu macam pernah baca kat blog mana2 tak igt siapa.
ReplyDelete