Monday, 17 November 2025

Peram Cafe, Kangar

Hari Sabtu lalu, saya dan Encik Suami mengopi di Peram Cafe - sebuah kafe yang baru beberapa bulan beroperasi. Lokasinya di Kangar, iaitu kira-kira 26 km dari rumah kami.

Peram Cafe, Kangar
Kafe bertemakan ‘industrial rustic’ ini beroperasi dalam sebuah bangunan lama (menurut info - bekas kedai hardware) yang telah diubah suai.

Peram Cafe, Kangar
Suasana di dalam kafe.

Konsep layan diri - buat pesanan dan bayaran di kaunter. Nama kita akan dipanggil apabila minuman/makanan siap.

Pilihan makanan -  bagel dan burnt cheesecake pelbagai perisa. Sesuailah dengan konsep kafe begini yang biasanya cuma menghidangkan makanan ringan, pelanggan datang sekadar untuk duduk berborak bersama kawan/keluarga.

Minuman kami - Americano ais / RM10 dan Mocha panas / RM11.

KOPI PERAM | Kelainan pada menu kopi di sini, kopi yang dibru di simpan dalam peti sejuk selama 24 jam bagi menghasilkan rasa dan aroma yang berbeza.

Memang ada kelainan rasa pada minuman Americano ais yang menjadi pilihan Encik Suami. Saya cuba menyedut minuman tersebut beberapa kali, nampaknya ia bukan rasa yang sesuai dengan selera saya.

Disebabkan cuma ada dua menu makanan, kami mencuba kedua-duanya. Saya pilih Burnt Cheesecake perisa coklat, harganya RM15. Kek dihidangkan bersama blueberry jam.

Mungkin kerana saya tersilap pilih kombinasi minuman (mocha - coklat dengan rasa kopi) dan kek (perisa coklat), jadinya kek ini terasa muak.

Bagel Cranberry dengan blueberry cream cheese, harganya RM12. Pertama kali kami makan makanan sebegini. Encik Suami kata, macam makan roti keras ada ais krim di tengah 😂. Boleh makan habis tapi nampaknya bukan makanan yang sesuai dengan selera kami. Tapi, itu selera kami. Lain orang lain seleranya kan.

Kalau kalian ada ke Kangar, bolehlah mencuba hidangan di sini dan rasai sendiri keunikan Peram Cafe. Kita beri sokongan bisnes usahawan muda.

Cuma, ruang parkir dan tempat duduk di bahagian dalam agak terhad. Kalau datang masa pelanggan ramai tu mungkin ada masalah sikitlah. Macam kami, dapat duduk di sudut hujung kafe dengan kedudukan sedikit jauh dari alat pendingin hawa - jadi kurang selesa sebab rasa panas. 


*******************************

PERAM
69, Jalan Syed Raja Alwi,
Kangar,
Perlis.

Google Maps - Peram

Waktu operasi :
Buka setiap hari | 11 pagi - 11 malam 
Kecuali Jumaat | 3.30 petang - 12 tengah malam







28 comments:

  1. Banyak betul kedai2 kopi macam ni sekarang.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Suasana zaman dulu-dulu kan, itu yang menarik.

      Delete
  3. Bahagian luar bangunan nampak buruk,
    tapi bahagian dalamnya menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahagian luar tu yang jadi daya penarik 😀

      Delete
  4. Wah, betul-betul rustic ni. Tengok zink dia pun dah nampak kerusctian tu. Tapi baguslah juga kedai tu diubah suai jadi cafe.
    Okay baik, boleh masuk dalam list dulu.
    Kalau dapat bagel keras memang tak best. Saya rasa bagel yang paling okay, Family Mart punya. Nanti boleh cuba blueberry bagel Family Mart.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh bagel FM tak macam roti keras ya...bolehlah akak try.

      Delete
  5. uniknya.. bahagian dalam menarik sangat. kerusi pun rare .. stail kedai kopi dulu-dulu

    ReplyDelete
  6. Kena buat sesuatu yang berbeza untuk bersaing. Unik ya kopi dibru disimpan dalam peti sejuk selama 24 jam.

    ReplyDelete
  7. Kafe lawa...
    Modern ye menunya, sesuai la dgn concept hipster tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, cuma jadi masalah sikit bila orang tua macam kami ni masuk kafe orang muda 😄

      Delete
  8. Memang sesuai namanya ni Peram Cafe. Kopi pun diperam dulu dalam peti sejuk. Kadang² tu tak suka cafe begini sebab pelanggan punya santai sampai tak ingat nak balik, hihi. Sudahnya kita yang kemudian datang ni kena sidai. Satu lagi tak suka konsep layan diri, maklumlah kita remaja purba ni ketar² bawa dulang ada air panas, hahahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geli hati baca pasal ketar-ketar tu, tapi memang setuju sangat 😅😂

      Delete
  9. Bila la nak terjah Perlis lagi ni..dah banyak tempat lepak yang hype kat sana kan...december ni anak buah SA yang Opick tu sunat kat Perlis..atuk sana nak sunatkan...kenduri semua buat kat sana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah buat alasan nak ke Perlis tu SA 😀

      Delete
  10. Mula-mula ingatkan kenapa nama dia peram... ok dah paham

    ReplyDelete
  11. tk pernh lg try Burnt Cheesecake perisa coklat biasa mkn yg original

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun. Itu yang nak mencuba, terlupa dah order minuman mocha. Memang tak sesuailah 😅

      Delete
  12. target market dia gen Z agaknya kak...menu untuk anakmuda santai-santai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah tu, bila orang tua yang cuba makan, memang tak kena selera lah 😂

      Delete
  13. nampak sedap pula bagel tu...
    btw kopi yg diperam tu, dia ada beritahu ke, biji kopi dr jenis apa?

    ReplyDelete
  14. Macam tak percaya apa yang dihidangkan dengan keadaan luar kedai. Ingatkan makanan tradisional rupanya makanan barat ya....Nama pun klasik dan catchy jugak.

    ReplyDelete
  15. Americano nya cold brew berarti yaa. Saya biasa suka cold brew kak, tp kalo biji kopi nya tidak pas, memang JD kurang sedap. Atau sesuai selera sih. Saya pun LBH suka arabica kalo utk cold brew

    Kemarin itu saya tak paham , beberapa kali pesan Americano di rest area menuju Ipoh, juga di Ipoh, pasti baristanya letak gula . Dan jujur kami tak suka.

    Krn kami kira, kalo dah sebut Americano, biasanya memang tak letak gula, kecuali kita minta pakai gula.

    Agaknya di sana lain kot? Atau saya memang harus sebut no sugar ya?

    Bagel nih memang keras kan 😅. Saya biasa pilih topping yg savoury macam tuna, salmon . Tapi walau dah dipanaskan, tetep saja keras hahahaha. Not my fav juga kak

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****