Morning walk pagi tadi ditemani anak bulu nan seekor. Jarang-jarang budak ni rajin mengikut, biasanya dia lebih suka bersantai di laman rumah.
Saya berjalan santai, bukan brisk walk (berjalan dengan cepat). Berjalan memerhati alam - belek daun, belek serangga, rakam foto alam. Bila saya berhenti, Jojo pun ikut berhenti. Kadang bergolek di kaki, tunjuk perut dia, kadang mengunyah rumput.
Pagi ini kawasan sekitar rumah saya berkabus tebal macam di tanah tinggi Cameron Highlands. Dalam foto ini dah berkurang kabusnya, hasil foto pukul 8.30 pagi.
Ketika ini Perlis sedang mengalami musim hujan - hampir setiap hari hujan atau mendung. Jarang sekali cahaya matahari muncul seharian. Sudah berminggu-minggu begini. Kalau ikut kebiasaan, sekitar hujung bulan ini atau mulai bulan depan bermulanya musim angin timur - tiupan angin kencang, cuaca kering, kurang hujan.
Malam atau awal pagi tadi hujan. Rumput basah, dedaun basah, sarang labah-labah juga tak terkecuali. Cantik kan?
Sedang asyik kaki melangkah dan mata memerhati sekitar, tak sedar saya menghampiri haiwan dengan rupa ganas ini. Saya terjerit kecil sebab terkejut. Entah hidup atau pura-pura mati, biawak ini tak bergerak. Saya datang lebih dekat bagi memerhatikan coraknya. Cantik! Carian internet mendapati ini merupakan spesis biawak air.
Selesai morning walk, saya belek pokok tanaman. Ini hasil semaian benih pokok terung selepas kira-kira dua minggu. Terasa lambat sungguh ia membesar. Hari yang sama, semai juga benih pokok bunga matahari. Sehingga detik ini langsung tak nampak sehelai daun pun tumbuh. Sedih!
Oh ya, selit cerita Jojo. Subuh tadi terima kejutan ketika membuka pintu rumah - Jojo persembahkan hasil buruannya seekor tikus remaja (saiz tak kecil, tak besar) dengan perut terburai. Eeuww…





Sarang labah-labah tu macam ada berlian pulak kat sarang dia. Cantiknya gambar ni Ujie...Saya suka....
ReplyDeleteTerima kasih Ezna. Yelah kan…titisan air macam butiran berlian 😃
Deleteabang Jojo besar dah dia eh..geram tengok Jojo makin sado dah gayanya tu kak
ReplyDeletePerut pun makin gendut! 😀
DeleteBulan 8 haritu timbang di klinik dah dekat 6 kg. Sekarang entah berapa.
pengsan je biawak ni kut.. biasanya biawak dari jauh lagi dah lari tak sempat pi dekat
ReplyDeleteSetelah disiasat, rupa-rupanya biawak ni dah mati. Patutlah tak lari bila nampak manusia.
DeleteYang putih macam rantai tu bulu JoJo ye? Cantiklah!
ReplyDeleteBenih Bunga matahari sy semai pun tak hidup :(
Ya PH…bulu dia tu 😀
DeleteKecewa jugak kan, nak kumpul semangat untuk cuba semai lagi.
Comel je anabul tu ada garisan putih bawah leher macam pakai rantai.Ala abang kawasan gitu. Seronok ada peneman setia. Pagi-pagi menikmati alam memang syok. Lagilah Perlis yang tenang aman damai. Tebal kabusnya.
ReplyDeleteMujur perasan biawak tu, kalau terpijak lagi naya Kak. Auto pecut seribu langkah. huhu...A'ah kan nampak cantik coraknya. Selama ni tengok biawak tak pulak perhati coraknya. Oo biawak air rupanya.
Semoga berhasil buah terungnya nanti.
Diam-diam Jojo buat kerja berburu ye. Kalau hari-hari ada kejutan risau pulak kita nak menanti esok harinya.
Senang nak kenal pasti sebab dia ada rantai asli 😀
DeleteSelalunya kita tengok biawak dari jauh je, tak perasan corak. Kali ni tak bergerak, sempatlah membelek.
Mujurlah bukan hari-hari, tapi bila sesekali dia bawa hasil buruan tu memang terkejutlah kita bila bukak pintu pagi-pagi 😅
Kwsn umah ciknur bykkk biawak besot kecik ada huhuuu
ReplyDeleteSyokk ada teman ank bulu kan jalan2
Tapi dia teman sesekali je tu, entah apa mood pagi tu rajin pulak ikut 😄
Deletealahai comelnya jojo ikut mak pergi jalan2! dia tak pakai harness okay ye?
ReplyDeletecantik betul gambar sarang labah2 tu!
saya risau si biawak ni terkam jojo huhu. besar betul!
Jojo kucing kampung, memang dah biasa hidup bebas. Dia pun selalu je hilang kejap dari rumah, lepas tu balik semula.
DeleteMemang besar biawaknya, tapi sebab pergerakan perlahan jadi tak risau sangat. Jojo lari berdesup. Tapi kalau dengan anjing tu memang merisaukan.
Pakai rantai rupanya budak Jojo tu.
ReplyDeleteLawa gambar sarang labah-labah basah. Jarang dapat tengok.
Kalau saya pun, mesti terkejut beruk tengok biawak dekat.
Jangan sedih kalau semai tak hidup. Cuba lagi, Ujie. Jangan putus asa.
Baik, anak bulu. Bagi hadiah kat mak. 😁
Anak jantan tapi pakai rantai pulak ya 😂
DeleteSini suasana kampung, sana sini ada sarang labah-labah.
Itulah…nak kena cari semangat untuk cuba semai lagi.
Adeh…tak tau nak kata baik ke tak, dah cakap banyak kali jangan letak depan pintu. Mujur perasan, tak terpijak.
Uncle kalau nampak biawak tu uncle akan melatah dulu....
ReplyDeleteEh…uncle kuat melatah ke? 😀
DeleteCantik pula spider web tu.
ReplyDeleteBesar juga biawak tu.
Memang besar pun, itu yang terkejut.
DeleteSkrg musim hujan ..
ReplyDeleteOh..Johor pun sedang musim hujan ya?
DeleteSini hujan lebat malam.
ReplyDeleteIsk nasib baik Puan Ujie tidak tunjuk gambar tikus terburai perut. Sudahlah tadi saya mimpi tikus mati juga.
Saya tengok pun sekali lalu je NA, geli! Suami yang uruskan bangkai tu.
DeleteAit..macam mana tikus boleh masuk dalam mimpi NA? 😄
Cantiknya sarang labah- labah tu..bulatnya si Jojo...geram SA tengok...semoga membesar lah duhai pokok terung
ReplyDeletecantik pula corak bdn biawak tu... dah mcm.pakai baju batik setiap khamis🤣🤣🤣
ReplyDeleteamboiii rajin jojo yaa
Haiissssh geliiiii memang liat biawak ini kak 😂😂😂😂. Untung si Jojo tak mengejar yaa.
ReplyDeleteTp kenapalah pula sebagai ganti dia bawa tikus 🤣🤣🤣