Berakhirnya musim panas kemarau, berganti dengan musim hujan. Rumput di sekeliling rumah saya yang sebelumnya kuning kekeringan, bertukar hijau segar. Cendawan tumbuh di sana sini. Saya rasa seronok dapat melihat kepelbagaian bentuk cendawan dan kagum dengan penciptaan-Nya pada tumbuhan kecil ini.
Berikut foto-foto cendawan yang tumbuh di sekeliling rumah saya sekitar bulan Mei lalu :
Cendawan paling kecil, bentuknya seakan payung.
Kumpulan cendawan - ada yang sudah matang dan ada yang ‘payung/topi’ cendawan belum kembang.
Jenis cendawan paling besar saya temui. Mudah dilihat, dari jauh dah nampak bonggol putih. Ada saiz kecil dan ada yang sangat besar. Seingatnya, ini kali pertama saya melihat cendawan dengan rupa begini.
Selepas suatu tempoh masa, cendawan tadi bertukar kehitaman begini.
Sekarang ini, sudah masuk minggu kedua cuaca mendung dan kerap hujan berserta angin kuat di tempat tinggal saya. Musim hujan. Tiupan angin berbunyi seakan siulan. Mula-mula dengar terkejut jugaklah, lama-kelamaan dah biasa dengan bunyi begitu. Tetapi tetap terselit rasa gerun dan berdoa moga dijauhkan segala musibah. Khabarnya, beberapa hari lalu banyak kejadian angin ribut dan pokok tumbang di Perlis.
.
Suka tengok cendawan liar tumbuh selepas hujan. Di rumah ni tak ada, tak macam rumah sewa kami di Kerteh dulu.
ReplyDeletewahhhhh meriahhhnya cendawan mcm-mcm jenis tumbuh!
ReplyDeleteSelalu angin bunyi siulan ni jika ada bangunan tinggi² sekeliling kita. Ke ada pokok² tinggi yang buat ia bergesel. Angin pun bergesel ek, hehehe. Cendawan² tu semua agak² beracun tak? Ke boleh makan?
ReplyDeleteSini keliling bukit, agaknya betul la tu Sk, konsep sama macam ada bangunan tinggi. Angin bergesel..yelah tak tau nak panggil apa, betul la tu 😀
DeleteTak pasti la boleh makan ke tak, tak kenal cendawan 😄
Kalau makan boleh jadi 'mabuk cendawan' tak?
ReplyDeleteKena cuba makan baru tau mabuk ke tak 😄
DeleteSalah fokus sama hasil fotonya, bagus nian.
ReplyDeleteKalau boleh tau ini pakai kamera apa ya?
Terima kasih.
DeleteSaya pakai Hp Samsung S24
Edit apps Snapseed.
cantik nya kak.... tapi cendwan kukur je dana suka tengok sebab boleh makan ehheheh
ReplyDeleteBaru betul "bagai cendawan tumbuh selepas hujan"
ReplyDeletesemoga semuanya selamat disana.. kalau dekat rumah saya ni kalau hujan lebat terus naik air
ReplyDeleteKalau dekat kuarters ini bunyi tu akan ada bila angin kuat dan hujan yang lebat.. sha pun mula-mula seram juga tapi bila dah selalu dengar, okay dah.. Sini selalu hujan cuma lebat dan kuat angin je jarang..
ReplyDeleteCantik bentuknya bila dipotretkan ke dalam gambar..
Dahulu saya pernah nampak pelbagai jenis cendawan tumbuh di tanah.
ReplyDeleteSini sekarang cuaca panas sangat lepas itu hujan lebat lewat petang atau pagi.
Saya sukaaa cendawan liar ini. Beberapa ada yg bisa dimakan, Beberapa beracun. Sebenarnya saya tak bisa membedakan mana yg beracun, dan mana yg aman dimakan.
ReplyDeleteDulu pernah ada teman papa yg mengajarkan cara membedakan mereka. Tp Krn dulu saya masih anak2 lagi, dah lupa dah 😄
cantik cendawan yg mcm payung tu...
ReplyDelete