⏵ TEBINGAN KUCHING (KUCHING WATERFRONT)
Tebingan Kuching atau lebih dikenali dengan nama Kuching Waterfront dengan laluan pejalan kaki sejauh 1 km di sepanjang tebing selatan Sungai Sarawak telah dirasmikan pada September 1993. Dengan hanya berjalan-jalan di laluan tersedia, kita dapat melihat pelbagai tarikan di sepanjang Kuching Waterfront.
Ketika kunjungan saya pada waktu malam, suasana di sini sangat meriah dengan pengunjung yang sedang menikmati suasana malam. Terdapat ramai penghibur jalanan di sepanjang laluan pejalan kaki. Ada yang beraksi dengan memakai kostum haiwan, ada penyanyi jalanan, ada juga yang bermain silap mata dan paling menarik menurut saya - seorang lelaki yang memainkan alat muzik tradisional Sarawak iaitu sape.
Di sini juga terdapat deretan gerai makanan, bolehlah kita menikmati hidangan sambil menatap keindahan Sungai Sarawak di waktu malam. Saya teringin nak makan aiskrim gula apong, tetapi terpaksa menahan diri dek risaukan batuk yang masih belum sembuh (saya perasan, batuk saya jadi lebih teruk selepas minum minuman sejuk).
Seterusnya, biarlah foto-foto di bawah meneruskan cerita jalan-jalan saya di sepanjang laluan pejalan kaki Kuching Waterfront :
Pemandangan indah Jambatan Darul Hana yang merentangi sungai.
Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tersergam indah.
Tiba di jeti untuk naik bot tradisional. Sarawak Traditional Boat Cruise - inilah bot yang saya rancang nak naik untuk aktiviti menyusuri Sungai Sarawak, tapi tak sempat pulak. Selain bot tradisional, kita ada pilihan untuk naik feri Sarawak River Cruise.
I ❤️ KUCHING. Rasanya saya memang dah jatuh cinta dengan Kuching, sebuah tempat yang aman dan menawarkan pelbagai tarikan. Tak cukup dengan kunjungan selama 4 hari 3 malam 😁
Di suatu sudut jalan raya berhampiran Kuching Waterfront, sesak dengan deretan kereta di bahu jalan. Kereta sewa kami parkir di hadapan kedai di seberang jalan ini.
Suasana meriah di dataran. Entah apa nama alat mainan yang di baling ke atas tu, cantik berterbangan di udara. Sedang saya leka memotret di sini, tiba-tiba kedengaran bunyi muzik kuat. Eh, pertunjukan air pancut berirama bermula! Sedang elok pula saya berada di kedudukan yang sesuai untuk menonton, bergegaslah saya menuju ke arah Bangunan DUN Sarawak di sana. Jom!
⏵ DARUL HANA MUSICAL FOUNTAIN
Air pancut berirama atau dikenali sebagai Darul Hana Musical Fountain, merupakan antara tarikan yang terdapat di Kuching Waterfront. Air pancut berirama dengan latar belakang Bangunan DUN Sarawak ini telah dirasmikan pada Oktober 2018.
Sebenarnya sebelum ke Kuching, saya cuma tahu ada pertunjukan air pancut berirama di sini tetapi saya tak ambil tahu hari dan masa pertunjukan. Jadi bila masanya? Menurut info yang saya dapat, pertunjukan selama 15 minit ini diadakan pada setiap malam dan ia tertakluk kepada perubahan jika ada acara tertentu.
- Isnin - Khamis | 8.30 malam dan 9.30 malam
- Jumaat - Ahad | 8.30 malam, 9.30 malam dan 10.30 malam
Tepat pukul 8.30 malam, Darul Hana Musical Fountain bermula dengan persembahan tarian dan irama tradisional Sarawak. Cukup menarik dan memukau!
Tapi sayangnya cuma kira-kira 5 minit sahaja kita dapat menikmati irama tradisional, muzik kemudiannya bertukar rancak dan tidak lagi melambangkan identiti Sarawak apa lagi Malaysia (boleh saksikan sendiri dalam vidoe pendek di hujung entri). Sesuatu yang amat dikesali. Menurut saya, ia satu kerugian apabila kita sudah berbelanja besar untuk satu pertunjukan percuma begini, tetapi pengisiannya gagal menerapkan budaya tempatan bagi mempromosikan Sarawak.
Selesai persembahan, masing-masing beredar dari tebingan sungai. Baru saya perasan, di hadapan saya merupakan sekumpulan pelancong asing dengan berpakaian corak batik. Harapnya mereka tidak kecewa selepas menonton pertunjukan yang begitu gah tetapi kurang berjiwa tempatan.
Saya akui, Darul Hana Musical Fountain sememangnya sangat menarik dan cukup memukau pandangan. Tetapi lebih bagus kalau pertunjukan selama 15 minit tersebut memainkan irama tradisional sepenuhnya.
Video berdurasi 1:03 minit. Suara perbualan tu merupakan perbualan pengunjung lain berhampiran saya 😄.
Sebelum kembali ke hotel penginapan, kami sempat menikmati hidangan malam yang sedap di RJ Cafe. Catatan trip ke Kuching bersambung pada entri akan datang.
.
Cantiknya gambar pertama & kedua tu 👍
ReplyDeleteSetuju, sebaiknya mainkan muzik traditional kita.
Lampu2 tu main peranan penting! Nampak dramatik!
ReplyDeleteYa allah berkenannya saya dengan gambar2 kat post yang ini. Semuanya cantik2 terutamanya yang ada biasan warna warni di tasik yang ada tulisan I Love Kuching tu.
ReplyDeleteRasanya sudah 2,3 kali saya ke Kuching dan pasti akan ke riverfront ni.
ReplyDeletecantiknya gambar gambar.. meriah lampu lampu tu semua
ReplyDeletelastyear outstation swk ada bergmbr juga view waterfront ni...lps tu dinner kt tepi2 tu byk tmpt mkn...cantik gmbr waktu mlm tgk fountain tu
ReplyDeleteMasyaallah indahnya...meriah dan memanjakan mata.
ReplyDeletemeraih warna warni malamnya...
ReplyDeleteFoto-foto perjalanannya benar-benar bagus
ReplyDeletesubhanaullah
ReplyDeletewarna warni panorama
Sekejap sahaja lagu Puteri Santubong itu. Rasanya lepas itu lagu Korea pula.
ReplyDeleteView malam cantik ... Tambah ada lampu- lampu tu
ReplyDeletemeriahhh...
ReplyDelete