Semasa berpindah masuk rumah di Perlis pada bulan November lalu, saya mula mencari-cari produk untuk membersihkan pelbagai kotoran di rumah yang berusia sekitar 40 tahun ini.
Ada kotoran yang mudah dibersihkan hanya dengan menggunakan tisu lembab - saya gunakan Antibacterial Hygiene Hand Wipes jenama Perfect, beli di MR DIY. Tisu lembab ni sangatlah membantu, banyak ruangan/barangan kotor dapat saya bersihkan dengan mudah. Memang berpek-pek habis saya gunakan sepanjang proses pindah keluar dari Rumah PP dan pindah masuk ke Rumah Perlis.
Bagi kotoran degil, saya cuba gunakan produk The Pink Stuff yang dibeli melalui Shopee - The Pink Stuff Official Store.
Saya beli dua jenis produk The Pink Stuff, iaitu The Miracle Cleaning Paste (RM22.99) dan The Miracle Toilet Cleaner (RM19.22). Jumlah pembelian dua produk ni sebanyak RM33.39 termasuk caj pos dan selepas tolak baucer diskaun. Dapat percuma span pencuci yang juga berwarna pink, ada bentuk muka binatang apa entah. Comel je.
Saya beli The Miracle Cleaning Paste 850 gram. Pes pencucinya berwarna pink lembut.
Cara menggunakan The Miracle Cleaning Paste - dengan menggunakan span kering, ambil sedikit pes pencuci dan ratakan pada pemukaan kotoran. Kemudian gosok sehingga kotoran hilang. Ada jenis kotoran yang cuma perlu gosok perlahan dan ada yang saya perlu gosok sedikit kuat.
Antara hasil selepas saya menggunakan pes warna pink ni :
Singki dapur kembali berseri! Boleh nilaikan sendiri mana satu foto sebelum dan selepas. Walaupun tidaklah bersinar macam singki baru, tapi hasil begini pun dah cukup menggembirakan.
Suis lampu kembali bersih! Kotoran hitam kuning hilang, tapi kesan lebihan cat dinding tu tak hilanglah ya, itu perlu guna alat pengikis (scraper).
Kesan karat pada lantai jubin pun boleh hilang! Kali ini saya gosok sedikit kuat dengan menggunakan span lembab. Mungkin saya perlu gosok menggunakan berus dan buat lama sedikit barulah boleh betul-betul bersih.
Alhamdulillah…lega rasanya bila dapat produk yang mampu membantu kerja-kerja pembersihan. The Miracle Cleaning Paste sememangnya produk yang berbaloi untuk dicuba, harganya juga tak mahal. Satu lagi produk yang saya beli - The Miracle Toilet Cleaner, nampaknya bukan produk yang bagus. Terlampau cair dan tak nampak kesan pembersihan. Setakat ini saya kekal memilih Magiclean Stain & Mold Cleaner bagi kerja pembersihan tandas.
.
menarik..boleh cuba. banyak juga saya perlu bersihkan di rumah kami sekarang
ReplyDeleteTak rugi cuba Sal. Harganya tak mahal.
DeleteNampaknya kena guna paste lagi bersih ya. Ujie tak cuba sabun badang?
ReplyDeleteSaya baca komen pasal sabun badang, katanya sabun ni memang power tapi kalau silap cara guna atau tak reti guna boleh rosak lantai. Tak berani ambil risiko, saya cuba Pink Stuff jelah.
DeleteJenuh ini semua tempat kena bersihkan.
ReplyDeleteMemang berkilat sinki.
Ya NA, itu yang dua bulan terakhir ni saya penat sangat kerjakan sana sini. Alhamdulillah bulan ni dah ok sikit, bolehlah kembali berblog walaupun masih belum siap bersihkan semua.
DeleteYa boleh nampak bezanya
ReplyDeleteSeronok bila boleh nampak hasilnya.
DeleteRamai yang guna cleaning pink stuff ni bagi feedback yang bagus .
ReplyDeleteAkak pun terpengaruh, itu yang mencuba.
DeleteTapi kalau toilet cleaner Pink Stuff, itu tak berbaloi cuba.
pink stuff ni dah lama dalam shopping cart shopee tapi belum check out,kali ni boleh la proceed order
ReplyDeleteBeli masa ada ‘live’ Afzan, dapat diskaun dan free shipping.
Deletewak pun tgh cari pencuci yg bole hilangkan bekas simen di lantai mozek., huhu
ReplyDeletePun ada Wak, saya lupa apa namanya. Boleh cari di Shopee. Tapi bukan jenama Pink Stuff nilah, jenama lain.
Deletewah produk terbaik utk kegunaan harian di rumah
ReplyDeleteBolehlah membantu kerja pembersihan.
DeleteLumayan membantu juga ya..bersih juga hasilnya, baru tau ini saya produk nya.
ReplyDeleteProduk ni agak baru jugak di Malaysia. Tak pasti di Indonesia sudah ada tau belum.
DeleteTerima kasih share info, boleh try nanti
ReplyDeletesama-sama sis 😉
DeleteWah!
ReplyDeleteHasilnya memang menakjubkan Ujie.
Mesti puas hati sangat.
Maksudnya memang berkesanlah kan guna pink stuff ni. Senang ada produk begini yang membantu proses pembersihan.
ReplyDeleteSaya tauuu product ini. Beberapa kali lewat di feed IG saya. Tapi tak pernah beli. Berarti memang rekomen utk bersihkan noda ya kak 👍. Okelaah, kalo dah ada bukti dan review dari teman begini, saya biasanya lebih percaya utk pakai 😄
ReplyDeletemenarik menarik benda ni mesti cuba :D
ReplyDeletethanks sharing ...
Wah..berkilau..
ReplyDeleteMula baca tajuk saya ingatkan skin care🤭
Jenuh juga, banyak tempat kena cuci.
ReplyDeleteBagusnya produk tu, sebab boleh hilangkan banyak kotoran lama.