Wednesday 31 January 2024

Beginilah Bila Tinggal di Sempadan Malaysia - Thailand

Perkara yang dah beberapa kali berlaku pada telefon saya -  rangkaian telekomunikasi Malaysia bertukar kepada rangkaian telekomunikasi Thailand, sedangkan saya berada di rumah (Malaysia).

Hal ini biasanya terjadi apabila saya perlu restart telefon atas dua sebab, sama ada sebab cuba mendapatkan rangkaian telekomunikasi telefon yang lebih baik atau sebab perlu update software.

Hari Ahad lalu saya update software telefon Samsung saya, muncul paparan begini selepas restart telefon. ‘Home’ merujuk waktu Malaysia dan ‘local’ merujuk waktu Thailand. Nama rangkaian pada bahagian atas kiri telefon pun dah berganti kepada AIS (rangkaian telekomunikasi Thailand).

Ni kalau tak off data roaming, boleh tinggi bil tanpa sedar.

Saya restart telefon untuk kembali ke rangkaian Malaysia. Biasanya dengan satu atau dua kali restart, semuanya akan kembali normal. Tapi kali ini dah lebih tiga kali, telefon saya masih ‘berada’ di Thailand. Terus saya belek setting telefon pulak.

Rupanya ada cara yang mudah dan pantas. Tak payah restart, cuma perlu tekan :

SETTINGS - CONNECTIONS - MOBILE NETWORKS - NETWORK OPERATORS - off SELECT AUTOMATICALLY. 

Paparan rangkaian telefon yang ada di rumah saya untuk dipilih secara manual. Empat rangkaian telekomunikasi Malaysia dan satu rangkaian telekomunikasi Thailand. Saya klik Celcom untuk ‘kembali’ ke Malaysia.

Lepas tu barulah saya on semula ‘set automatically’.

Beginilah bila tinggal di sempadan, saya masih belum sempat ke negara jiran tapi telefon saya dah ‘pergi’ dulu πŸ˜…






.

30 comments:

  1. kann.. kalau ke sempadan area senibong, stulang, pun selalu hp kita jadi huru hara macam ni. masa masuk hospital sultanah aminah, kejap je battery habis sbb dia tukar tukar signal.. pening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah jugak kan kalau ada hal penting, masa tu takde signal kita pulak. Haru..

      Delete
  2. Baru tahu telefon boleh tukar-tukar siaran. Hehe.
    Nasib baik dapat cara penyelesaian kalau tidak masak kena ubah selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah…kalau tak jenuh la asyik nak restart.

      Delete
  3. Ldy ada dua simcard.. kalau balik kampung Thai, tukar simcard Thai.. kalau balik Malaysia, tukar balik simcard Malay..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik tu sis, kampung di Thai. Syok makan-makan.

      Delete
  4. ingatkan tv je boleh dapat siaran luaran kalau dekat dgn sempadan rupanya line telefon pun boleh sampai sana juga ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. iya. Line telefon, tv dan radio boleh dapat siaran negara jiran.

      Delete
  5. Ada kelebihan tinggal di sempadan ni

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Tanya saya atau tanya telefon? πŸ˜†
      Saya kena guna pasport sebab belum tukar alamat sini.

      Delete
  7. wahhhhh telefon pergi dulu sebelum tuan hehehe

    ReplyDelete
  8. Pengalaman menarik ni Ujie.

    ReplyDelete
  9. Wah dapat ilmunya nih sisπŸ˜€

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disebabkan ada masalah, dapatlah ilmu baru πŸ˜„

      Delete
  10. Rupanya telpon mendahului pergi ke negara tetangga ya Mbak.
    Akhirnya ketemu juga cara setting-nya, jadi tidak lagi repot harus restart telpon.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau tidak saya terus-terusan restart sampai bosan πŸ˜„

      Delete
  11. telefon pergi dulu yea..tkpe nnti ade la rezeki tuan die pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah πŸ˜€. Kekangan masa. Walaupun dah dekat, tapi belum sempat.

      Delete
  12. masa saya pergi langkawi pun macam tu juga kak, terus dapat sms line dari thailand. haha

    ReplyDelete
  13. Hahahahah, sinyal duluan yg kesana ya kak πŸ˜…. Saya terkadang bingung cara menentukan time zone ini. Indonesia dan Thailand bisa sama waktunya. Tapi dengan Malaysia lebih cepat 1 jam di Malaysia. πŸ˜…. Penasaran cara mereka menentukannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ini jawapannya :

      Zon masa Malaysia yang digunakan kini telah diselaraskan oleh Perdana Menteri ke-4 Dr Mahathir Mohamad pada malam terakhir tahun 1981. Melalui Akta Waktu Piawai Malaysia (1981), masa di Semenanjung Malaysia dipercepatkan 30 minit mengikut masa Sabah dan Sarawak pada 11.30pm 31 Disember 1981. Penyelarasan ini dilakukan bagi memudahkan urusan rasmi dan pentadbiran ekonomi negara antara kedua-dua kawasan.

      Delete
  14. Pernah kena juga masa tu naik bot kat Langkawi. Tiba kat border, phone kata berada di Thailand padehal masih kat perairan Malaysia.

    ReplyDelete
  15. Uish tak pernah ada pengalaman macam ni. Kalau jadi mesti panik jap..

    ReplyDelete
  16. SA x pernah rasa atau ada pengalaman masalah macam ni..jangan la jadi...risau betul..

    ReplyDelete
  17. Pening jugak bila Berlaku... Moga dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****