Sudah beberapa hari saya berada di Rumah NS, kembali ke sini selepas kira-kira 80 hari (kali terakhir kami berada di rumah ini pada 1 November 2023). Kami bertolak dari Rumah Perlis pada hari Sabtu 20 Januari sekitar pukul 7.30 pagi dan tiba di Salak Tinggi, Sepang sekitar pukul 2.30 petang. Tak dapat nak buat kiraan masa tiba di Rumah NS sebab sebelum tu kami ada urusan di beberapa tempat di Salak Tinggi dan Nilai. Tempoh masa perjalanan 7 jam yang meletihkan tapi tetap bersyukur kerana tiada kesesakan di mana-mana jalan dan selamat tanpa sebarang masalah.
Hampir 3 bulan ditinggalkan, dedaun kering sudah berlonggok di depan pintu rumah. Kerosakan rumah juga bertambah, ada kebocoran baru di beberapa tempat. Sejak sebelum berpindah masuk, rumah ni memang dah bocor sana sini. Kerja baik pulih dah berpuluh kali dilakukan oleh pihak pemaju tapi sekejap je elok dan lepas tu bocor semula. Malah tahun demi tahun, makin bertambah tempat yang bocor. Bukan kami saja, rata-rata jiran pun alami masalah yang serupa.
Kesan bocor di bumbung ruang parkir kenderaan. Yang ni jadi selepas kami berpindah ke Pulau Pinang pada pertengahan tahun 2020.
Hasil carian saya mendapati, masalah utama adalah disebabkan rekaan rumah menggunakan bumbung concrete slab. Permukaan rata konkrit yang terdedah kepada cuaca panas dan hujan mengakibatkan kebocoran terjadi. Sebab itulah walau dah baiki, ia tak tahan lama dan terjadi lagi.
Cara nak atasi masalah ini untuk jangka panjang, kami perlu pasang pelindung di atas concrete slab tadi. Pendek kata, kami perlu keluarkan kos buat awning di tingkat atas bagi melindungi bumbung ruang parkir. Pengajarannya, janganlah beli rumah yang menggunakan concrete slab sebagai bumbung ya. Kami dulu tak tahu, nampak cantik je tapi rupanya derita berpanjangan 😥
Beralih cerita indah pulak. Alhamdulillah pokok Orkid Harimau kekal hidup dan membesar dengan jayanya walaupun tanpa penjagaan. Asal pokoknya rendah je sehinggalah sekarang tinggi melebihi tembok rumah. Foto pokok ini pada tahun 2020 boleh lihat DI SINI. Cuma daunnya tak lebat cantik, yelah tak kerap baja dan cuma mengharap curahan hujan. Maafkan saya wahai pokok kesayangan! Sayang sebab induknya memang diambil dari hutan, bukan pokok Orkid Harimau kaedah tisu kultur.
Selain rutin kerja-kerja pembersihan rumah, saya suka membelek ‘khazanah’ yang ada. Kadang belek foto lama, album setem dan juga buku-buku di rak.
Foto di atas | buku Undang-undang Komersil Malaysia yang diguna pakai sewaktu menuntut di universiti. Subjek yang saya gemari dan bersungguh belajar. Penulis buku ini yang juga pensyarah saya, iaitu Prof. Dr. Shaik Mohd. Noor Alam seorang yang sangat saya kagumi kerana keupayaan beliau menyampaikan ilmu perundangan tanpa merujuk sebarang kertas! Jangan kata beliau rujuk skrin handphone ya, zaman dulu handphone belum canggih untuk simpan dokumen.
HAMPIR 10 TAHUN | Pada 2 Februari 2024 akan datang, genap 10 tahun kami berpindah ke Rumah NS. Alhamdulillah sempat menetap secara ‘sepenuh masa’ selama lebih 6 tahun di sini.
Dalam tempoh 10 tahun, buat pertama kalinya mesin basuh di rumah ini gagal berfungsi. Entah apa yang bermasalah, sebelum ini langsung tak ada tanda-tanda awal ia akan rosak. Terpaksalah saya membasuh pakaian cara tradisional, rendam - genyeh sikit - bilas - tos - jemur di luar. Tak sempat kering sebab petang hujan, saya sambung jemur dalam rumah pulak.
.
concrete slab roof memang tak sesuai untuk cuaca rumah malaysia yang lembab, panas, dan hujan. selalu artikek gaduh dengan pemaju macam ni la jadinya.. haha
ReplyDeleteOoh...kiranya arkitek memang tahu dan tak setuju, tapi terpaksa ikut kehendak pemaju?
DeleteItulah akak terfikir, tak kanlah arkitek tak tau. Rupanya....
Jauh perjalanan ye kak dari Utara ke Selatan..sama macam rumah saya porch sentiasa bocor dah berapa kali baiki pun sama,ada sekali tu bangun pagi tengok bersepah simen&cat atas lantai ingatkan nak runtuh dah nasib baik la tak kena kereta
ReplyDeletePertama kali balik rumah NS dari rmh Perlis. Memang terasa sangat jauh 😅
DeleteAllahu...syukur tak runtuh. Ada rumah jiran akak, memang sampai runtuh bumbung dalam rumah.
Rumah saya adapun ada bocor walaupun ada baiki. Waktu hujan lebat bocor kembali.
ReplyDeleteItulah kita ini tidak tahu, tahu cantik kita pilih. Hehe.
Betul, risau sungguh bila tiba musim hujan.
DeleteRajin Ujie mencari info ye. Terima kasih kongsi tentang concrete slab. Selama ini saya tak tahu punca keboocoran bumbung.
ReplyDeleteSama-sama kak.
DeleteSaya cari info sebab geram asyik bocor je. Tau punca, senang kita nak atasi masalah sebenar. Penat dah layan baiki bocor bertahun.
masalah bumbung mcm masalah negara. asyik nak kena baiki setiap tahun.
ReplyDeleteSejenis masalah yang tak berkesudahan..
DeleteRumah bocor itu aduuh bikin kesal, satu belum selesai sudah ada bocor di sisi lain..merembet" kemana"
ReplyDeleteBetul...baiki sini, sana pulak bocor. Kadang yang dah dibaiki pun bocor semula 💆♂️
DeleteSelamat berehat di rumah NS. Design concrete slab ni cantik tapi tulah macam tak sesuai dengan cuaca di Malaysia.
ReplyDeleteTerima kasih Fiza. Berehat sambil membersihkan rumah NS 😁
DeleteMemang tak sesuai design gitu, kesian pembeli tak tahu terbeli.
10 tahun lamaa jga tu
ReplyDeletewahh membesr pokok orkid alhamdulillah
Sekejap je dah 10 thn berlalu.
DeleteAlhamdulillah pokok yang berdikari tu cikNur 😅
Setelah 13 THN menikah, rumah saya pun mulai menampakkan tanda2 bocor sana sini 😂. Buat galau kan.
ReplyDeleteKalo panas trus-trusan berasa gerah, tapi sekalinya hujan, bocor pula 🤣. Biaya lagi utk perbaiki. Kdg yg buat malas, dah diperbaiki, tapi kemudian timbul bocor baru 😄
Benar.
DeleteBila tiba musim hujan, risau entah mana pula yang bocor.
Wow! Nota pun masih ada dalam buku!
ReplyDeleteHehe...dah stapler siap-siap kat situ.
DeletePerlis ke N9.. Saya kalau nak balik raya ke Perlis.. Bertolak sebelum sahur sampai nya masa berbuka hahaha.. Last2 tidur rumah saudara di Ipoh atau kuala Kangsar atau Permatang Pauh semalam then baru sambung perjalanan ke Perlis.. Nak drive strait mmg tak larat huhuu...
ReplyDeleteAgaknya sebab suami akak dah kerap drive jauh, jadi dia masih larat terus Perlis-NS. Tapi akak yang duduk sebelah je pulak yang penat lebih 😅
DeleteLama tinggal rumah tu.. 6 tahun pernah stay situ mesti dah ada kenangan indah masam manis bagai.. Banyak bocor tu sebab bumbung jenis concrete slab.. beli pluster simen yang kalis air tu jer.. bancuh dan ratakan pakai mob.. insyallah tak bocor dah..
ReplyDeleteIya, kenangan manis stay sini dengan kejiranan yang menyenangkan.
DeleteBumbung concrete slab yg bocor tu dah berpuluh kali baiki, macam-macam teknik waterproofing dibuat. Siap waterproofing seluruh bumbung. Tak lama tahannya, bocor jugak.
Betul design bumbung rumah sekarang banyak guna concrete slab, sebab nampak cantik katanya tapi Malaysia kan hujan bukan manja2. Moga dipermudah kan semua urusan.
ReplyDeleteItulah, kalau tau awal tak mau beli rumah gini. Huhu
DeleteAamin...
Slab tu boleh buat water proofing.
ReplyDeleteDah buat berpuluh kali, tak maunya elok tahan lama.
Deletealahai mcm tu rupanya sebab kne buat awning pulak..haish makan budget tu..tertarik la dgn set buku kat blkg tu yg matahari tu..buku pasal apa yea
ReplyDeleteTu karya Tere Liye, penulis Indonesia. Memang menarik sangat kisahnya.
DeleteNovel bersiri - Siri Bumi mengangkat kisah pengembaraan tiga sahabat iaitu Raib, Ali dan Seli ke dimensi kehidupan yang berbeza iaitu dunia paralel. Mereka pengembara antara klan, juga petarung dengan kekuatan tersendiri (copy paste daripada entri akak pasal siri Bumi).
Wow...pokok orkid harimau tu kalau berbunga memang meriah bunganya kan...Saya suka coraknya yangacam cheetah tu
ReplyDeleteBumbung tu satu penjimatan bagi pemaju dan kerugian pd pemilik rumah. Boleh ke tukar jenis bumbung, macam bumbung minangkabau yang ciri²nya mengurangkan risiko kebocoran?
ReplyDeleteUjie lama tak balik tu agaknya mesin basuh merajuk, terpaksalah menggenyeh selagi belum ada yg memujuk.
Baru tahu pasal ni. Idak tak tahu pun.....
ReplyDelete