Tuesday, 16 April 2019

Trip Keretapi Tenom | Dari Kinarut Ke Beaufort

(Catatan terdahulu - Misi 2019 : Trip Keretapi Ke Tenom, Sabah)

Sabtu | 06.04.2019

Kami tiba di airport Kota Kinabalu waktu tengahari, sekitar pukul 12 lebih. Seterusnya tunggu adik ipar datang ambil dan kami dibawa ke rumahnya di Kinarut. Ini kali pertama kami datang bertandang ke rumahnya setelah hampir 6 tahun adik ipar sekeluarga menetap di Sabah. Mereka pun baru je berpindah ke Kinarut, sebelum ni di Sandakan.


Makan Tengahari Yang Sedap di Kinarut

Kami dihidangkan dengan menu seafood yang segar dan sedap hasil air tangan biras saya. Udang tu gemuk-gemuk siap ada telur! Tapi saya tak makan udang, maka fokus saya lebih kepada ikan dan sotong goreng tepung. Menurut biras saya, harga seafood di sini memang murah! Contohnya sotong yang kami makan tu, harganya kurang RM10/kg! Murah kan...


Keretapi Kinarut - Beaufort

jadual perjalanan keretapi sabah

Inilah jadual laluan keretapi Sabah (info lanjut keretapi Sabah di railway.sabah dan Facebook - Jabatan Keretapi Negeri Sabah).

Untuk ke Tenom, tiada trip keretapi direct dari Kota Kinabalu. Kita perlu ke Beaufort terlebih dahulu dan menyambung trip ke Tenom dengan keretapi lama di sana. Makanya, petang tu jugak kami menaiki keretapi ke Beaufort sebab nak mengejar trip keretapi pagi ke Tenom. Tiap hari cuma ada dua trip ke Tenom - pagi dan petang. Kalau dari airport, korang boleh naik keretapi di Stesen Tanjung Aru.

Adik ipar menghantar kami ke Stesen Keretapi Kinarut yang terletak tak jauh dari rumahnya. Tak ramai orang pun. Kaunter jualan tiket cuma dibuka bila hampir waktu keretapi tiba.

tiket keretapi dari kinarut ke beaufort
Harga tiket cuma RM3.95. Simpan untuk pemeriksaan semasa kita dalam keretapi nanti ya.

keretapi ke beaufort
Kami naik keretapi sekitar pukul 6 petang. Inilah ruangan dalam keretapi ke Beaufort. Orang tak ramai, masih boleh dapat tempat duduk. Nampak ada jugak kerusi yang siap ada meja.

Disebabkan pukul 6 di Sabah tu macam pukul 7 di Semenanjung, maka kejap jelah saya dapat lihat pemandangan kat luar. Selebihnya...hanya kegelapan dan tak nampak luar. Sesekali ada nampak kesan belukar terbakar, masih berasap-asap. Biras saya bercerita, sekarang tengah musim kebakaran. Sebab cuaca panas, takde hujan turun.

Disebabkan perjalanan ke Beaufort agak jauh, ramai juga yang makan-makan. Termasuk saya yang mula rasa lapar...krup krap la saya makan kerepek pisang manis bekalan dari biras dan minum air kosong. Sesekali pemeriksa tiket akan lalu memeriksa tiket orang-orang yang baru naik di stesen-stesen. Tapi takde larangan makan-makan pun, kecuali makanan basah tak dibenarkan (ada notis ditampal).


Beaufort
Keretapi yang kami naiki selamat tiba di Stesen Keretapi Beaufort pada pukul 7.50 malam, iaitu sekitar 1 jam 50 minit perjalanan. Sekejap je orang-orang semua menghilang dan kawasan dalam stesen lengang. Seorang perempuan dan budak perempuan (anaknya mungkin) dah mula mop lantai stesen.

Kami gunakan Google Maps dan mula berjalan kaki untuk ke hotel penginapan yang saya dah tempah awal. Menurut staf hotel, kalau jalan kaki dalam 10 minit dan kalau naik teksi sapu caj RM5. Jarak dari stesen ke hotel adalah kira-kira 800 meter. 

jambatan beaufort di waktu malam
Perlu melalui Jambatan Beaufort, di bawahnya aliran Sungai Padas.

mandarin inn beaufort
Tiba di hotel penginapan - Mandarin Inn. Tak tau la nak nangis ke nak marah diri sendiri...sebab booking hotel yang sangat menyebalkan! Ketawakan diri sendiri jelah...pilih yang murah sangat kan! Cuma RM50. Keadaan bilik hotel yang sangat usang, masih bertingkap nako, bilik airnya yang saya kena tutup mata dan cepat-cepat selesaikan urusan. Mujur masih muat untuk solat. Arah kiblat cari sendiri ya, takde tampal. Tak jadi masalah. Bible disediakan..pun bukan masalah. Mujur juga cuma sekejap sebab esok dah kena keluar awal pagi. Cuma...saya tak lena tidur sebab bising bunyi kenderaan di jalan raya.

Kesilapan saya di sini adalah kerana lewat buat booking hotel. Sebabnya pada masa yang sama ada Pesta Bagandang (meraikan alat muzik tradisional) di Beaufort. Acara tahunan, ada karnival. Hotel pilihan saya fully booked - Rainbow Hotel. Paling dekat dengan stesen keretapi, dekat dengan masjid, harga rendah dan review baik. Ok, bukan rezeki.

Tadi perut lapar kan...lepas letak beg kat bilik hotel, kami pun keluar cari makan di sekitar hotel. Ikut Google Maps memang ada kedai makan bukak, tapi bila kami pergi dua dua pun tutup. Rayau punya rayau...jumpa jugak gerai yang bukak.

Inilah hidangan malam saya. Kat sini memang siap bagi sup kosong. Rasanya? Tak kena dengan tekak saya, tapi sebab lapar berjaya jugak habiskan separuh pinggan dengan bantuan sup tu. Haha..

Cepat makan, cepat balik bilik dan tidur awal - pukul 10 malam. Sebab kat sini Subuh sekitar pukul 5 pagi, kena cukup tidur untuk perjalanan seterusnya.



10 comments:

  1. salam kak...
    wahhh seronok betul baca kisah akak travel ngn keretapi tuh... pastu aduhai makanan kt umah adik ipar tu sedapnya lahai...
    bab hotel tu menyedihkan betul lah kak, dana pun pernah terkene dpt toilet yg kureng ok dulu mmg rasa kurang best percutian tu... lps dari tu tiap kli nk book hotel mesti google siap2 psl hotel nbaca review...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa salam Dana..
      toilet untuk urusan peribadi, kalau toilet teruk mmg jadi stress jugak lah kan..hahaa

      Delete
  2. baca pun dah seronok..apa lagi tuan badan..bestnya dapat travel ngan keretapi camni.Satu-satunya negeri kat dlm Malaysia yang sy belum sampai..Sabah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ada kesempatan Sura ke Sabah, insya Allah. :)

      Delete
  3. wah...x sabar nak nantikan entry seterusnya

    ReplyDelete
  4. Adoiiii hotel.
    tapi tu lah kan..pengalaman.. sure lepas ni kena laju2 tempah hotel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tulah dok rileks je sbb fikir kat Beaufort je pun, bkn KK. Pengajaran! :D

      Delete
  5. SA suka baca kisah2 travel macam ni dan baca pengalaman orang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah...yang mana macam mampu buat, terus simpan angan-angan nak pergi jugak.
      yang tak termampu, teruskan berangan jelah! hehee

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****