Ahad | 07.04.2019
Masih di hari yang sama (hari kedua di Sabah), iaitu hari kami melakukan perjalanan menaiki keretapi lama dari Beaufort ke Tenom.
Inilah rupa pekan Tenom yang saya lihat sebaik melangkah kaki keluar dari Stesen Keretapi Tenom. Di hadapan stesen ini ada padang. Di tepi padang ada perhentian bas mini (van), perhentian teksi (termasuk kereta sapu) dan kaunter tiket bas ekspress Tung Ma untuk ke Kota Kinabalu (KK). Di sebelah kiri stesen ada tandas awam. Kedai warna merah tu pula kedai makan Asiarasa (tidak beroperasi masa kami sampai). Pendek kata, semua kemudahan cukup dekat.
Kalau korang tak mau bermalam di sini dan nak balik ke KK dengan lebih cepat, boleh terus beli tiket bas ekspress untuk trip petang. Sementara tunggu petang, boleh berjalan kaki ronda pekan ni. Dengan berjalan kaki sahaja pun dah boleh ke Bulatan Kopi Tenom, Muzium Tenom, Tamu Tenom. Gunakan apps Google Maps untuk lebih mudah.
HOTEL TENOM
Dengan berjalan kaki, kami menuju ke penginapan di Hotel Tenom yang telah saya tempah awal. Memang sangat dekat dengan stesen keretapi.
Hotel kat atas. Bawahnya tu kedai makan Muslim. Hotel bajet rendah yang bersih dan cantik. Tengoklah tangga dia tu, ceria je. Cuma kurang pencahayaan, suram.
Sampai kat kaunter, tengok macam gelap dan senyap je. Tapi tak lama kemudian muncul seorang lelaki menyapa kami dan buka kipas supaya kami tak panas katanya. Peramah orangnya, kami berbual ringkas. Selesai urusan check-in, kami diberi kunci bilik dan dua helai tuala. Katanya, "Baru sampai naik keretapi kan? Pergi la masuk bilik rehat rehat bukak aircond. Lepas tu makan kat bawah." Ehee..rasa macam datang bertamu kat rumah sedara pulak tau. Pastu siap pesan naik tangga hati-hati (bilik kami tingkat atas lagi). Baik betul melayan.
Alhamdulillah...dengan hanya RM70 dapat bilik yang selesa! Agak luas dan bersih. Biarlah gambar di atas berbicara. Tidur malam pun lena je, takde gangguan bunyi. Kalau nak bermalam kat Tenom bolehlah duduk hotel ni ya. Recommended! Ada deposit RM30. Hotel ni takde di Agoda, Booking.Com semua tu tau...perlu call sendiri nombor berikut :
Hotel Tenom - 016 811 0485
-------------------------------------------------------------
TAMAN PERTANIAN SABAH
Lepas berehat dan solat jamak, kami turun makan di kedai makan bawah hotel. Kemudian ke destinasi seterusnya - Taman Pertanian Sabah. Kat sini takde servis Grab, jadinya untuk lebih mudah kami memilih menaiki teksi untuk ke Taman Pertanian Sabah.
Jalan kaki ke stesen teksi, dekati orang yang berkumpul ramai, nanti dia tanya kita nak ke mana. Caj RM25 satu teksi, saya mintak kurang sikit sebab rasa macam mahal la pulak. Dapat RM22. Kami setuju jelah, dah petang nanti tutup pulak taman tu. Gitulah..kalau jalan cuma berdua, kos meningkat untuk naik teksi sebab kira satu teksi. Kalau masih banyak masa, boleh cuba naik bas mini (van) yang jauh lebih murah.
Teksi yang kami naiki adalah kereta sapu, tapi berada bersama di stesen teksi. Menurut pemandu kereta sapu yang kami naiki, mereka ada persefahaman supaya caj mesti sama. Tak boleh rendah dari teksi, kira sama-sama cari makan secara adil. Berkenaan Grab, tahun lepas mereka ada buat permohonan tapi telah ditolak oleh pihak Grab. Dan macam-macam hal lain kami bualkan sepanjang perjalanan kira-kira 14 km ke Taman Pertanian Sabah.
Tiba di Taman Pertanian Sabah. Dah lepas pukul 2 petang, lengang je. Orang tak berjalan sini petang hari kot...panas! Tapi kami terpaksa sebab esok (Isnin) taman ni tutup. Ini antara sebab utama kenapa kami naik keretapi ke Tenom trip pagi, sebab nak berkejar ke sini.
Info ringkas : Taman Pertanian Sabah seluas 200 hektar merupakan sebuah 'Taman Ilmu' yang menawarkan pendidikan dan rekreasi. Dikendalikan oleh Jabatan Pertanian Sabah. Telah dirasmikan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad (Perdana Menteri pada masa tersebut) pada 25 Mac 2001. Terdapat banyak taman/tasik/tempat menarik di dalam taman ini. Pengunjung juga boleh menyewa asrama, chalet, tapak perkhemahan, restoran dan dewan serbaguna yang terdapat di sini.
Waktu operasi dan bayaran masuk. Isnin tutup.
Bayaran masuk untuk warganegara (dewasa) - RM10
Masa beli tiket, saya tanya ada pengunjung lain tak? Rupanya...memang takde kecuali kami berdua untuk sesi petang ni. Sesi pagi agak ramai juga pengunjung. Staf tu tanya kami juga ada kenderaan balik tak? Sebab sini takde kenderaan awam masuk. Untuk balik, kami akan call pemandu kereta sapu tadi.
Kawasan ni luas tau. Ada pamphlet diberi masa beli tiket tadi. Boleh jalan kaki atau sewa basikal ronda taman ni ikut peta diberi dalam pamphlet. Ikut info saya dapat, kita boleh juga naik tram percuma. Memang ada tram pun kat tepi ni. Tapi tadi takde pulak sebut pasal naik tram. Saya pun buat-buat tanya dengan seorang staf yang ada berhampiran, "Nak mula jalan ikut mana ya?". Jawabnya "Kalau nak naik tram tunggu lagi 15 minit". Alhamdulillah...dah tentu kami pilih naik tram!
Pagi tadi naik gerabak keretapi, petang naik gerabak tram pulak. Boleh la perasan VIP jap, sebab naik tram dua gerabak tapi penumpang cuma dua orang! Segan jugak sebenarnya, sambil berharap ada la pengunjung lain ikut sama.
Jom ronda taman! Selain pemandu tram, ada guide bersama kami. Dan...selain kami, dah ada dua pengunjung lain. Sedang elok tram nak bergerak, dua orang wanita tempatan ikut serta. Lega saya...meriahlah sikit kan.
Tram berhenti untuk ke Taman Orkid. Tapi saya tertarik dengan pokok ini. Terdapat banyak di sepanjang jalan ini. Ada yang penuh buah begini, ada yang penuh bunga. Baunya kuat seakan bau buah Kemang. Saya kata sedap baunya. Terus guide kerut dahi, entah busuk pada dia atau apa. Haha..
Nama pokok pelik ni Cannonball (nama saintifik Couroupita Guianensis). Berasal dari Brazil. Buahnya beracun, sebab tu orang tak ambil dan terbiar banyak begitu sahaja. Boleh pegang buah yang masih tergantung dipokok. Tapi dilarang pegang yang dah jatuh pecah kat bawah tu, sebab racun ada pada isi buah. Ia mempunyai bunga yang cantik.
Ok, kita teruskan perjalanan ke Taman Orkid. Nampak pokok orkid besar atas pintu gerbang tu? Dikenali sebagai Orkid Harimau, orkid paling besar di Sabah. Masa guide bagitau tu, saya dan suami dah senyum-senyum. Sebab pokok orkid tu ada kat rumah mak suami (mertua saya). Boleh baca di SINI.
Guide membawa kami berempat melawat dalam Taman Orkid sambil memberi penerangan tentang pokok-pokok yang ada di situ. Seronok dapat banyak pengetahuan baru mengenai orkid. Dalam kawasan ni pun ada tandas, mudah la kot ada keperluan kan.
Antara yang menarik perhatian...bunga orkid paling kecil di Sabah dan bunga orkid purple yang berbau wangi lembut, sedap baunya! Yang kuning tu lupa kenapa..sebab cantik kot.
Dari Taman Orkid, kami naik tram semula dan masuk ke Taman Model. Taman ini menyediakan 5 jenis model taman untuk idea pengunjung mewujudkan taman sendiri. Sepanjang lawatan ni selain memberi penerangan mengenai pokok, guide juga beri kita petik buah yang boleh dimakan. Kami juga berbual-bual mengenai perbezaan nama/kegunaan satu-satu pokok di Semenanjung dengan di Sabah. Contohnya buah pala, di Sabah mereka ambil biji untuk masakan sup dan kita di Semenanjung makan buahnya yang dijadikan jeruk. Seronok bertukar-tukar cerita!
Atas : antara model taman yang ada.
Bawah : pokok bunga warna biru purple yang berbulu halus, boleh 'melekat' di baju material cotton. Dan biji teratai yang dah kering, memang bukan benda pelik tapi saya tak pernah pegang/tengok dekat.
Taman terakhir dalam lawatan kami - Taman Evolusi. Dari Taman Model, kami berjalan kaki ke Taman Evolusi.
Jaga-jaga...ada dinosaur dalam Taman Evolusi ni!
Teratai Gergasi! Geram je tengok, rasa nak naik atas tu. Menurut guide, teratai paling besar yang ada di taman ini boleh menampung sehingga 30 kg dan pernah dinaiki oleh seorang budak. Tapi bukan teratai yang ada di hadapan mata saya sekarang ni.
Ada bunga dan kudup bunga di tengah-tengah tu.
Bahagian bawah yang berduri tajam. Perlu berhati-hati jika nak cuba pegang.
Yang biji merah tu masa kecik ada buat main, bijinya jika dipegang menghasilkan warna merah macam darah.
Ok, lawatan kami berakhir sudah. Naik tram dan kembali ke Balai Ketibaan. Lawatan ini mengambil masa kira-kira 1 jam untuk ke tiga buah taman. Kalau nak ke taman/tempat menarik lain, kena la sambung jalan sendiri. Seronok dan berpuashati datang sini. Mana tak seronok...kami pengunjung cuma empat orang dengan seorang guide, mudah nak berkomunikasi. Staf-staf di sini pun mesra melayan.
-----------------------------------------------------------
PASAR MALAM TENOM
Dari Taman Pertanian Sabah, kami ke Pasar Malam Tenom. Terletak di sekitar kawasan stesen bas/teksi, di hadapan Stesen Keretapi Tenom.
Hari : setiap hari
Masa : 4 petang - 8 malam
Kami beli sayap (kepak ayam) dan buntut (tongkeng). Juga beli pisang goreng. Bila dah balik bilik baru makan...sedap semuanya! Rasa tak cukup sayap tu, tapi malas pulak nak keluar lagi.
Malamnya kami hanya berehat di bilik dan tidur awal, simpan tenaga untuk aktiviti esok hari pulak.
Besarnya pokok teratai.
ReplyDeletekann..excited saya masa mula-mula nampak!
Deleteptt la banyak buah tu tak blh mkn rupanya... beracun lg... mmg sesuai nama nya tuh, bulat2 mcm cannon ball, mcm buah bowling pun ada jgk hehehe...
ReplyDeletebestnya tmn orkid tu kak, lg best bila cuma 4 org je kan... mcm2 boleh telek n mcm2 boleh tanya
tak tau lak biji teratai bila msk jd hitam gitu, ingatkan warna hijau je hehehe
teratai gergasi tu bunganya tak berapa lawo yek, heheeh tak mcm teratai biasa tuh
sedap betul lah kepak n tongkeng tuh, mmg terkenal kan kepak madu kt sana
haha..tulah, akak ni dahlah suka tanya macam-macam. Penat agaknya adik guide tu melayan.
Deletebetul Dana, kat sana terkenal dengan kepak sedap...tu akak try. memang sedap! :)
Ya Allah...bestnya baca kakkkkk...
ReplyDeleteMembuak buak rasa nak berjalan...dah la berapa hari ni asik terbaca catatan ke malaysia timur
Malaysia Timur...banyak keunikan! ^_^
DeleteMoga ada rezeki Yan berjalan ke sana jugak.
Cantik-cantik betul taman2 tu..SA nyer mata tertancap pada buah yg aneh tu..nasib beracun kan...
ReplyDeletekalau tak beracun, mesti tak dapat tengok buah pelik tu..dah habis bersih org ambik makan. hehee
Deletemenariknya berjalan2 di taman pertanian sabah tu, pokok teratai tu dah macam dulang je besarnya.
ReplyDeleteamik satu..boleh buat dulang makan ye..hihi
Delete