Tahun ni rajin pulak saya buat 'Misi 2019'.
Antara yang tersenarai dalam Misi 2019 saya - Trip Keretapi Ke Tenom, Sabah.
Tak menjangka misi yang ini akan terlaksana seawal bulan April.
Semuanya disebabkan saya terbaca berita, bahawa gerabak keretapi lama ke Tenom bakal bertukar baru (paling awal sekitar pertengahan tahun ini). Maka berceritalah pada suami...rasa kecewa saya sebab macam tak sempat nak melaksanakan misi yang satu ni 😞.
Tak sangka...suami kata 'jomm..'!
Maka segala persiapan terus dibuat. Kami cari tarikh, suami urus tiket kapal terbang.
Selebihnya menjadi urusan saya - cari info, buat itinerari dan lain-lain. Berpinar mata baca blog/facebook nak lengkapkan itinerari tau! 😂
Alhamdulillah! Misi terlaksana pada hari Ahad, 7 April 2019 lalu 😍
Pengalaman baru dan unik bagi saya! Cerita lanjut pada catatan akan datang.
Pengalaman baru dan unik bagi saya! Cerita lanjut pada catatan akan datang.
Dan sebenarnya, ini hasrat saya yang tertangguh pada kunjungan pertama ke Sabah pada tahun 2011. (Tertangguh disebabkan masa tu saya mengalami keracunan makanan - dua hari berehat dalam bilik hotel! 😭)
---------------------------------------------------------------
Trip kali ini sepenuhnya menaiki kenderaan awam.
Saya peruntukkan 4 hari 3 malam untuk trip ini. Lebih selesa dan bersedia untuk sebarang perubahan jadual keretapi dan bas. Juga atas faktor nak berkunjung ke rumah ipar di Kinarut dan nak berjalan-jalan di Tenom dan Keningau.
Catatan seterusnya - Trip Keretapi Ke Tenom | Dari Kinarut Ke Beaufort
Alhamdulillah..seronok tu, saya tunggu cerita seterusnya
ReplyDelete^_^
DeleteSerononnyaaaa....SA suka travel..tp mmemandangkan kerja .so agak terbatas aktiviti travel tu
ReplyDeletesemoga ada kesempatan utk SA, insya Allah. :)
Delete