(Catatan terdahulu : Trip Keretapi Tenom | Dari Kinarut ke Beaufort)
Ahad | 07.04.2019
Ahad | 07.04.2019
Pagi Di Beaufort
Seawal pukul 6.30 pagi, kami keluar dari hotel untuk mencari sarapan. Perlu makan dulu sebab nanti akan melalui perjalanan dengan masa yang panjang. Malangnya beberapa kedai makan yang ada disekitar, masih belum beroperasi. Kami akhirnya masuk ke sebuah kedai bakeri Muslim - Ikhtiar Bakery yang terletak berhadapan dengan Hotel River Park. Beli roti untuk sarapan dan juga sebotol air mineral 1.5 liter sebagai bekalan. Menurut orang di kedai bakeri tersebut, kedai makan di situ beroperasi pukul 8 pagi nanti. Memang tak sempatlah!
Balik bilik, makan roti, bersiap-siap dan kemudian check-out. Pukul 7.30 pagi kami berjalan kaki ke Stesen Keretapi Beaufort. Dah agak terlewat sebenarnya, tapi masih sempat snap gambar sana sini. Sebab tadi malam sampai sini dah gelap, tak nampak rupa sebenar pekan Beaufort.
Melalui Jambatan Beaufort.
Pemandangan sungai Padas dan bukit-bukau yang mendamaikan. Kalau korang nak penginapan yang selesa dan menghadap sungai, bolehlah menginap di Hotel River Park tu.
Lepas dari jambatan, terdapat replika 3 biji buah limau di roundabout pekan ini. Merupakan identiti Beaufort.
Masa lalu sini malam tadi memang dah tertarik kat bangunan usang ni. Apa yang menarik? Ermm...sebab rupa bangunan macam zaman dulu dulu pulak, siap ada kedai dengan signboard lama bertulis 'Keriting Rambut Salmah'. Sesuai sangat untuk shooting setting tahun 60 an kot.
Stesen Keretapi Beaufort
Sampai jua ke stesen...
Cuak sekejap...sebab tengok dalam stesen dah lengang. Keretapi dah ada kat luar tu. Mujur tak terlambat, cuma kurang cepat. Fuh!
Jadual perkhidmatan keretapi Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) atau boleh rujuk Facebook ‘Jabatan Keretapi Negeri Sabah’ untuk info terkini perkhidmatan keretapi Sabah. Setiap hari ada dua trip sahaja untuk ke Tenom - pagi dan petang. Trip pagi sama je tiap hari, trip petang je beza sikit ikut hari. Kalau terlepas trip pukul 7.50 pagi, menunggulah kau trip petang ya. Huhu.. Tips : Naik trip pagi untuk mengelakkan bahang mentari petang dan kesesakan.
Beaufort - Tenom
Harga tiket : RM2.75
------------------------------------------------------------------------
Bermulanya Sebuah Perjalanan Unik
Orang semua dah masuk keretapi. Sebab tu la lengang dalam stesen. Kat sini kita ada pilihan samada nak naik gerabak baru (ada air cond), atau gerabak lama. Gerabak lama yang saya naik ni lah, dan gerabak baru yang kat depan tu. Berbeza rupa. Sebenarnya, saya pun tak tau ada dua jenis gerabak. Bila dah masuk, berborak dengan penumpang lain barulah tau. Tapi...saya memang nak naik yang lama pun. Hehe..
Inilah rupa ruang dalam gerabak penumpang yang kami naiki. Tak penuh, mungkin sebab pagi Ahad. Kedudukan kerusinya saling berhadapan. Ada kipas, tapi nampaknya tak berfungsi. Tips : Sila dapatkan tempat duduk sebelah kanan kalau nak tengok pemandangan sungai Padas. Tapi kami tak dapat pun..haha!
Kami duduk di kerusi penghujung gerabak ini, dekat dengan sambungan gerabak baru. Kat sambungan begini ada pintu yang terbuka, taklah panas. Disebabkan tak dapat duduk kerusi kanan gerabak, tapi dapat duduk kat pintu begini...dapatlah jugak nampak pemandangan sebelah kanan.
Sempat snap gambar Sek. Keb. Biah Batu 65, Beaufort. Info yang saya dapat, laluan utama untuk ke sekolah ini hanya keretapi dan bot. Memang tak nampak jalan raya pun.
Selain berhenti di stesen kecil (Saliwangan-Halogilat-Rayoh-Pangi), keretapi juga akan berhenti di perhentian begini. Macam bus stop, tapi ni untuk keretapi. Dan kadang-kadang ada yang menunggu di tepi tanpa perhentian begini. Penumpang sentiasa turun naik. Paling best saya nampak, keretapi berhenti dan seseorang turun dari keretapi terus menuju masuk ke rumahnya. Kiranya keretapi ni jadi macam bas jika di tempat kita. Orang sentiasa turun naik.
8.30 pagi - tiba-tiba...keretapi berhenti di satu stesen dan semua orang turun. Kosong. Yang kelakarnya, kebetulan orang orang yang naik satu ruangan dengan kami tadi bukan penduduk tempatan (walaupun ada orang Sabah, tapi pertama kali naik). Maka terpinga-pingalah kami. 'Eh, kena turun ke?' Dah kosong gini tak kan nak tunggu, turunlah jugak kan. Haha!
Mendengar penjelasan oleh staf JKNS. Ini adalah stesen kecil Halogilat, stesen pertukaran keretapi bagi penumpang yang nak ke Tenom. Yang tadi kami naik tu akan berpatah balik ke Beaufort. Dan kami akan naik gerabak lain yang lebih pendek. Hanya ada dua gerabak - untuk penumpang dan barang. (Selepas itu baru saya tahu bahawa hanya gerabak bersesuaian boleh digunakan untuk laluan Halogilat-Tenom, disebabkan faktor bentuk muka buminya.)
Sementara menunggu tu kalau terasa haus dan lapar, bolehlah membeli dari penjual ni.
Ramai jugak yang menunggu. Masa nilah para pelancong ambil kesempatan bergambar sana sini dengan gerabak yang ada, termasuklah saya! Pelancong asing - orang putih dan cina (Taiwan) pun agak ramai, mereka nak melakukan aktiviti Water Rafting. Masa ni terasa penantian itu satu penyeksaan sebab dah panas dek panahan mentari pagi.
Setelah menunggu kira-kira 30 minit, gerabak keretapi kami pun tiba. Klasik sangat rupa dia kan! Terasa macam bukan di Malaysia pun ada, sebab tak percaya masih ada gerabak begini. Tapi inilah yang ada di hadapan mata saya.
Kepala keretapi ini kemudiannya buat u-turn dan bercantum dengan badan gerabak untuk menghala ke Tenom. Tips : Untuk laluan Halogilat-Tenom, wajib dapatkan tempat di sebelah kanan untuk menikmati keindahan sungai Padas dan pemandangan bukit bukau. Di laluan ini pemandangannya lebih menarik!
Inilah gerabak penumpang - terbahagi dua ruangan. Saya cuma mampu mengintai melalui pintu penghubung antara gerabak penumpang dan gerabak barang.
Kami berada di gerabak kedua, iaitu gerabak barang. Ada tiga ruangan di gerabak barang - dua ruangan ada 4 buah kerusi dan satu ruangan lagi lapang sepenuhnya. Kami berada di ruangan dengan 4 buah kerusi.
Kami tak dapat pun duduk di kerusi tersebut, jadinya saya duduk je di lantai gerabak dan suami memilih untuk berdiri. Saya tak berani nak berdiri sebab keretapi bergoyang agak kuat, tak stabil. Yang penting...kami dapat sebelah kanan untuk lihat pemandangan sungai Padas.
Masa ni juga akan ada pemeriksa tiket yang datang untuk check tiket kita untuk kali ke-dua, sila bersedia. Saya tak bersedia, habis korek sana sini cari tiket. Aduhai! haha..
Masa untuk menikmati keindahan alam semulajadi. Inilah antara pemandangan yang dapat dilihat sepanjang perjalanan. Hijau alam...aliran sungai Padas...semuanya indah di mata saya!
Melayan mata dengan indah alam yang terbentang, sambil melayan gerakan keretapi yang bergoyang agak kuat.
Berada pada kedudukan yang betul-betul tepi sungai! Seronok ke seram? hehe..
Kira-kira pukul 9.30 pagi - keretapi sekali lagi berhenti agak lama di Stesen Keretapi Rayoh.
Tak tau la mana pelancong asing tu pergi. Kosong. Yang tinggal ni merayau la sekitar gerabak yang tak panjang mana pun. Sambil saya merayau, mata tetap mengawasi beg kami. Suami jelah merayau sorang kat kawasan stesen.
Inilah rupa gerabak penumpang.
Dan ini pula gerabak barang yang saya naiki. Tiada tingkap, cuma ada pintu. Pintu untuk ruangan yang lapang sepenuhnya ni lebih luas. Sesuai la nak masukkan barang besar - kayak, basikal.
Pintu di ruangan kami, lebih kecil. Anjing...kat sini memang banyak anjing. Masa kat Stesen Halogilat tadi pun banyak, sibuk mengekor orang. Tapi tak garang dan tak berbunyi pun. Sopan je.
Keretapi kembali bergerak kira-kira pukul 9.45 pagi. Pelancong asing tadi dah kembali ke gerabak. Dan saya kembali menikmati perjalanan yang berbaki sekitar 1 jam je lagi.
Troli kayu - masa ni keretapi tengah bergerak perlahan sebab nak berhenti di satu perhentian, dapatlah saya snap gambar troli ni. Sedang elok bersandar pulak kat papan notis oleh JKNS...hehee. Troli ni saya nampak ada di perhentian dan depan rumah-rumah penduduk.
Apa kegunaannya? Disebabkan trip keretapi ke Tenom cuma 2 kali, selain waktu tersebut penduduk yang tinggal di sepanjang landasan menghadapi kesukaran untuk bergerak. Jadinya, troli ini digunakan untuk urusan yang mendesak. Ia juga digunakan bila keretapi tidak dapat beroperasi. Cara guna - letak atas landasan dan gunakan kayu panjang untuk tolak supaya troli bergerak. Boleh search di internet untuk video dan gambar berkaitan.
Penumpang silih berganti. Antara barangan yang dibawa.
Penumpang cilik yang nak turun, kena melompat sebab bukan berhenti di stesen (tiada platform).
Alhamdulillah...selamat tiba di Stesen Keretapi Tenom pukul 10.40 pagi. Keseluruhan perjalanan ini mengambil masa kira-kira 2 jam 45 minit.
-----------------------------------------------------
Tercapai jua hasrat saya nak merasai pengalaman menaiki keretapi lama ini. Banyak pemandangan baru dan pengalaman baru yang saya dapat. Ia meningkatkan lagi rasa syukur atas kehidupan yang saya jalani dan moga saya lebih memahami hidup orang lain. Saya anggap ini sebuah perjalanan unik, kerana tiada seumpamanya di negara kita. Juga perjalanan yang indah kerana saya asyik menatap hijau alam dan aliran sungai Padas yang kadangkala tenang kadangkala deras.
Mungkin juga ada yang berpendapat ini adalah lambang kemunduran. Tapi saya percaya pihak berkaitan lebih tahu situasi sebenar dan sentiasa cuba melakukan yang terbaik.
Nak 'merasai' pengalaman menaiki keretapi lama ke Tenom? Jemput layan video amatur ni. ^_^
Catatan seterusnya - Tenom | Hotel Tenom, Taman Pertanian Sabah & Pasar Malam Tenom
Bertahun-tahun merancang untuk naik keretapi ini, belum lagi kesampaian huhuhuuu..... Nak juga merasai pengalaman sebegini.
ReplyDeleteAmie kena cepat...sebab khabarnya akan tukar gerabak baru tahun ni.
DeleteSeronoknya jalan-jalan dengan keretapi
ReplyDeleteLamanya tak ke sini.
ReplyDeleteSaya mengimbau kembali kenangan yang sangat manis di sini.
ReplyDeletewah...apakah??
Deletekenangan lama yang sukar diganti dan bukan lambang kemunduran.
ReplyDeleteada orang tempatan beranggapan begitu..yelah, mereka yang kerap guna lebih tahu. Saya cuma naik sekali, rasa seronok dapat pengalaman baru.
Deletehaisy dtg baca entry disini
ReplyDeleteterima kasih :)
DeleteBestnya....kali pertama dan terakhir naik keretapi masa darjah 5...dari kolipis ke kelantan
ReplyDeletewah...lama tu. Sekarang pun dah takde keretapi ke sana kan..
Deletekalau ada semula, saya nak mencuba jugak.
Semoga keretapi itu terus kekal buat tatapan generasi akan datang.
ReplyDeleteHarap kekal untuk pelancongan, sebab ada peminat tersendiri.
DeleteTapi yang baru kalau ada pun bagus untuk kemudahan harian penduduk tempatan.
mekasih kak sbb share kt sini, ni pertama kli kot dana tahu psl perjalanan keretapi dia belah sabah sana... sgt menarik, terutama bila cuma ada keretapi sebagai pengangkutan utama...
ReplyDeletedana tak pernah naik keretapi di mana2 kecuali lrt, jd sgt jakun
pemandangan sekitar sungai tu mmg cantik betul
terima kasih jugak kat Dana sebab sudi baca. :)
Deletewahhh!!! best lah cam ni. rasa macam zaman dolu2.. pernah naik keretapi tapi tak lah begini keadaannya.. naik class 3 tahun 1986.
ReplyDeletehaha..tulah, rasa macam masa berundur ke belakang tau!
Deletejauh berjalan ..luas pandangan..byk pengalaman..:)
ReplyDeletebegitulah... :)
DeleteNak simpan cuti la..boleh travel macam ni ngan anak dara
ReplyDeletemesti jadi momen yang best, travel mcm ni dgn anak. moga tercapai hasrat SA. :)
Deletesy naik kereta api dari papar ke beaufort saja .. itupun guna kereta api baru.. Nice sharing kak.. walaupun sy asal Sabah rasa terharu pula baca.. Skrg sy menetap di Johor ikut suami.. rasa rindu dgn negeri sendiri...
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca 😊
DeleteAkak suka pergi Sabah, kaya dengan keindahan alam semulajadi.