Thursday, 10 November 2016

MIRI | Hari Terakhir : Ronda-Ronda Sekitar Miri...Lagi!

Catatan terdahulu :


20/10/2016 Khamis

Hari terakhir di Miri. Bangun pagi terasa sakit-sakit badan dek penangan masuk Taman Negara Niah semalam. Faktor umur yang dah nak menjelang angka 40 mungkin! Namun tetap bersyukur sebab tak mengalami bisa kaki macam masa ke Taman Negara Kuala Tahan, 3 tahun lalu. Mungkin jugak kesan Ammeltz Yoko-Yoko yang saya sapu di kaki sebelum memulakan eksplorasi dan selepasnya. 

Jika ikut perancangan, pagi hari terakhir ni sepatutnya kami akan ke Taman Negara Lambir yang terletak cuma kira-kira 31km perjalanan. Lambir terkenal dengan air terjun. Juga terletak di laluan yang sama menghala ke Niah, semalam tak singgah sebab dah petang. Disebabkan masing-masing badan masih terasa sakit dan cuaca mendung serta kadang-kala hujan renyai...memang sangat tak sesuai untuk ke taman negara. Kita ronda-ronda sekitar Miri...lagi! Ke tempat-tempat yang belum sempat pergi... 


KAK YAM CAFE, PIASAU
Hasil carian Google, kami mencuba sarapan pagi di Kak Yam Cafe. Lokasinya di belakang masjid Piasau. Guna Google Maps untuk ke masjid, lepas tu baru cari kedai makan ni. 

Pertama kali menikmati Laksa Sarawak di bumi Sarawak. Sebenarnya sebelum ni saya selalu makan, tapi buat sendiri kat rumah dengan menggunakan pes Hj. Manan tu. Nampaknya saya lebih suka yang buat sendiri, lebih pekat dan lebih banyak aksesorinya (telur dadar & carikkan daging ayam). Total sarapan kami RM17 - dua mangkuk laksa dan dua gelas teh tarik. Agak mahal bagi saya.


TAMU MUHIBBAH & TAMU KHAS

Antara tempat yang saya rasa wajib dikunjungi bila ke satu-satu tempat - pasar. 'Tamu' bermaksud pasar terbuka/tempat membeli-belah. Tamu Muhibbah & Tamu Khas ni terletak di Jalan Padang, Miri. 

Ada 3 bangunan di sini, yang ni Tamu Kedayan. Mungkin baru buat, sebab tak tulis pun pada papan tanda masuk tadi.


Dalam ni kebanyakkan orang menjual hasil kampung. Bangunan ni memanjang, tempat jualan berada di kanan dan kiri laluan. Mudah kita nak tengok. Sangat tersusun dan sangatlah bersih. Kagum tau!


Bangunan seterusnya - Tamu Khas. Jualan dalam ni nampak lebih meriah. Semuanya barangan kering sahaja.


Kami beli beras tanah tinggi Bario di sini. Ada macam-macam jenis. Kami beli beras putih 1kg dan beras perang/merah 1kg, total RM26. Nak mencuba punya pasal, kita pejam mata jelah dengan harganya ya.


Saya seronok cuci mata kat Tamu Khas ni, macam-macam barangan hasil tangan ada. Ada satu tu..macam span panjang (dalam gambar ni kat bahagian atas, kiri gambar). Rupa-rupanya dihasilkan dari petola yang dikeringkan, jadi macam span. Kegunaannya untuk gosok badan semasa mandi atau untuk basuh pinggan.


Bangunan ke-3 dan yang paling panjang/besar kat sini. Tak nampak nama, tapi tentulah ini Tamu Muhibbah. Dalam tamu ni lebih kepada barangan basah, ada jugak jual pokok dan makanan.

Selepas tu, kami balik ke bilik penginapan di Blueberry Inn, Permyjaya untuk solat/mandi/check-out dan sempat mendobi (dobi percuma je). Balik rumah nanti senanglah, tak perlu uruskan pakaian kotor yang banyak. 


RESTORAN SAJIAN WARISAN, PERMYJAYA

Lepas check-out, kami makan tengahari (dah pukul 2 petang pun..) di restoran yang terletak tidak jauh dari Blueberry Inn. Hiasan dalaman Restoran Sajian Warisan ni menarik dan kemas je. Dah beberapa kali kami makan di sini sebab layanan yang baik dan makanan yang sedap.


PASAR RIA SABERKAS

Pasar Ria Saberkas ni terletak di Jalan Saberkas Utama. Dibuka pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu bermula jam 3 petang. Info ni saya dapat daripada tuan punya kereta sewa kami. Mujur Khamis buka, sempatlah kami ke sini.


Masa ni baru baru jam 3 lebih sikit, pasar baru bermula. Orang belum ramai, mudah dapat parking. Pasar ni ada tapak kekal (lantai simen dan berbumbungkan kanopi).


Keadaan di Pasar Ria Saberkas. Saya ambil sudut yang tak ramai orang sebab segan nak ambil gambar..hehee. Sebenarnya agak meriah juga dengan pelbagai jualan makanan. Kami cuma beli kek lapis Sarawak dan pau. 


Masa masih berbaki, kami meronda sampai ke sini. Tak taulah apa nama tempatnya. Pukul 4 lebih barulah kami menuju ke airport. Masih dalam hujan renyai...

-TAMAT-

*****************************************************

Kos perbelanjaan untuk kami berdua ke Miri (4H 3M) :
Tiket MAS pergi/balik (KLIA-Miri) - RM275.60
Caj parking kereta di stesen ERL Salak Tinggi - RM8
Tiket ERL pergi/balik (SalakTinggi-KLIA) - RM19.60
Sewa kereta Axia (A) - RM420
Penginapan Blueberry Inn. Permyjaya - RM249.33
Tol di Brunei - RM18.30
Petrol - RM75.80* 
Tiket T.N.Niah - RM20
Tambang bot T.N.Niah - RM4
TOTAL : RM1,090.63 **

*petrol ada lebih banyak (3 bar kot), sebab tak jadi ke T.N.Lambir yang terletak di Jalan Miri-Bintulu.
** amaun ni TIDAK termasuk kos makanan.


Nota hati : Kalau ada rezeki, saya berhajat nak ke Miri lagi. Sebab hajat nak ke T.N.Mulu belum tercapai. Untuk ke sana, saya perlukan bajet yang lebih besar dan lebih stamina.  


12 comments:

  1. tgk makanan sedap... lum makan lg ni...

    ReplyDelete
  2. Nmpk tersusun dan bersih pasar diaorg ye..
    Kalau kat sini bersih mcm tu kan bagus..
    Caj parking kereta kat erl tu 4h3m ye kak?
    Semoga ada rezeki bajet dan stamina yg lebih utk ke miri lagi.. 💪💪

    ReplyDelete
  3. Apa yg menarik mata kakak memandang pasar dan tempat mereka berjualan nampak bersih
    Taklah jalan kena berjengkit-jengkit.

    ReplyDelete
  4. pasar mereka memang nampak bersihlah..

    ReplyDelete
  5. Miri menggamit kenangan... ingin ke sana lagi...

    ReplyDelete
  6. akak ni nama je dekat dengan miri tapi jarang jugak turun ke miri
    kalau dulu2 memang selalu jugak
    tapi smenjak dua menjak jadi malas dah
    banyak shopping di brunei je
    macam nak kena jalan lagi ni nampak nya hehee

    ReplyDelete
  7. Puas ke pasar ye Ujie kat Miri hihi.... Dah sampai tempat orang takkanlah nak balik dgn tangan kosong kan....

    Mau tak sakit badan, bersemangat ukur jalan kat hutan simpan.

    ReplyDelete
  8. belum pernah ke miri, teringin juga nak ke sana

    ReplyDelete
  9. seronok nyer kak jalan2...lain kali nak gi jangan lupa ajak kite plok..hehehheh

    ReplyDelete
  10. Wow kak mahal jgk kos ke miri tu..JM pun x sampai sini lg

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****