Monday, 7 November 2016

MIRI | Hari Ketiga : Meneroka Taman Negara NIAH

Catatan terdahulu : 


19/10/2016 Rabu
Hari yang ditunggu-tunggu, juga tujuan UTAMA saya berada di Miri - TAMAN NEGARA NIAH. Sengaja saya aturkan aktiviti yang bakal mencabar tahap kecergasan fizikal saya ini pada hari ketiga. Kalau esok pagi sakit badan pun tak kisah, sebab esoknya dah nak balik Semenanjung. 

Alhamdulillah cuaca sangat sesuai untuk aktiviti hari ini. Cerah namun tidak panas terik. Selepas menikmati sarapan Nasi Lemak Tanpa Santan (akan saya cerita dalam catatan lain), kami memulakan perjalanan ke Taman Negara Niah, Batu Niah.  

Perjalanan dari Miri ke Taman Negara Niah adalah kira-kira 96km, kami mengambil masa sekitar 2jam pemanduan dengan kereta Axia. Selain pemandangan hijau begini, kami juga melewati penempatan estet dan rumah-rumah panjang moden. 

[info] Taman Negara Niah terletak 3km dari pekan Batu Niah. Gua Niah diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada tahun 1958. Pada tahun 1974, kawasan hutan dan bukit batu kapur dengan keluasan kira-kira 3,100 hektar disekitarnya diwartakan sebagai Taman Negara Niah. Merupakan taman negara yang ke-3 tertua di Sarawak. 

Gua Niah terkenal sebagai tapak arkeologi dan penempatan awal manusia prasejarah di Asia Tenggara. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia

Eksplorasi ke Taman Negara Niah, Sarawak
Excited! Kami tiba di Taman Negara Niah pada jam 11pagi. Sebelum masuk kita pergi beli tiket dulu ya. Kaunternya terletak di sebuah bangunan baru. Harga tiket RM10/dewasa Warganegara. Jika warga asing RM20/dewasa. Nampaknya kami kumpulan kedua masuk untuk hari ini. Kumpulan pertama - dua orang warga asing. 

Kami diberi peta laluan Gua Niah serta penerangan ringkas mengenai laluan yang bakal kami tempuhi. Menurut staf tersebut, tempoh perjalanan pergi dan balik sekitar 3jam 1/2 sehingga 4jam. Bagi yang tak bawa lampu suluh, boleh sewa di sini. Lampu suluh penting sebab kita akan melalui suatu kawasan dalam gua yang gelap gelita. 

Eksplorasi ke Taman Negara Niah, Sarawak
Perjalanan dimulakan dengan menyeberangi Sungai Niah. Bayaran RM1/sehala. Jika selepas pukul 5.30petang, bayaran dikenakan RM1.50/sehala. Nampak tenang je sungai ni kan, tapi rasa seram jugak bila terpandang papan tanda amaran mengenai kewujudan buaya di sini.

Sebelum meneruskan perjalanan, bolehlah singgah di Muzium Arkeologi Niah ni. Percuma je. Cuma kena bukak kasut dan dilarang ambil gambar.

Eksplorasi ke Taman Negara Niah, Sarawak
Maka bermulalah perjalanan kami untuk meneroka Taman Negara Niah, khususnya Gua Niah. Kalau tengok kilometer tu semua memang tak jauh. Painting Cave iaitu gua paling akhir cuma 4.1km. Pergi dan balik jadilah 8.2km! Semoga Allah beri izin untuk saya meneroka.

Laluan pejalan kaki dah disediakan, kita cuma perlu ikut je. Insya Allah tak sesat. Ni antara laluan yang disediakan - laluan konkrit. Walaupun tak hujan malam tadi, laluan ni LICIN dek lumut. Memang kena jalan hati-hati terutamanya bila ada laluan sedikit mendaki atau menurun, saya sendiri dah beberapa kali nak tergelincir. 

Eksplorasi ke Taman Negara Niah, Sarawak
SubhanAllah...rasa tenang jiwa saya menyaksikan keindahan hutan. Juntaian akar kayu, pokok kayu yang berbelit, rama-rama cantik yang berterbangan...semuanya membuat saya tersenyum gembira! Sedari dulu memang saya suka berada dalam hutan...happy lain macam! Dalam pada tu, masih kena melangkah dengan hati-hati. Laluan kayu ni juga LICIN! Nak pijak kena pilih yang kurang lumut. 

Makhluk yang paling kerap saya jumpa. Saiz besar dari biasa. Kadang-kadang hampir terpijak, kadang-kadang hampir terpegang! Sebab tu saya dah tak berani nak pegang bahagian tepi laluan kayu ni...banyak bangsa dia merayap.

Eksplorasi ke Taman Negara Niah, Sarawak
Setelah 40minit berjalan dengan agak mudah (padahal mencungap jugak!) sebab takde mendaki, mula dari sini kita akan banyak kena mendaki anak-anak tangga begini. Terutamanya semasa berada dalam gua nanti. Jom naik...kita ke gua yang pertama!

Eksplorasi ke Taman Negara Niah, Sarawak
Gua pertama - TRADER CAVE. Tiada tinggalan arkeologi di sini. Struktur kayu ni merupakan tinggalan pondok tidak beratap daripada kayu Belian yang digunakan oleh para pemungut sarang burung pada musim menjolok sarang. Digunakan kali terakhir pada akhir 1970-an.

Kesan luluhawa pada dinding dan siling gua yang menarik!

Perjalanan diteruskan memasuki perut gua yang seterusnya, di sinilah tempat yang paling mencabar bagi saya. Tapi ia juga laluan paling menarik! Semakin hampir dengan pintu masuk gua, bau najis kelawar/burung menusuk hidung. Saya sapu minyak angin FreshCare kat hidung.

Eksplorasi ke Taman Negara Niah, Sarawak
Kami memasuki GREAT CAVE (West Mouth of Great Cave). Mula-mula sekali, kita akan nampak TAPAK ARKEOLOGI ni. Iaitu tapak penemuan tengkorak manusia prasejarah yang dianggarkan berusia 40,000 tahun! Kawasan tapak ni tak boleh masuk. 

Great Cave, Taman Negara Niah, Sarawak
Inilah GREAT CAVE. Pemandangan yang memukau. Luas, cantik macam satu lukisan! SubhanAllah...masa ni saya macam terharu ala-ala sebak, dengan izin Allah saya mampu menjejakkan kaki ke sini. Semoga saya mampu jugak panjat tangga yang banyak tu.

Great Cave, Taman Negara Niah, Sarawak
Ini bukan tinggalan arkeologi, tapi rumah milik pihak pengurusan yang kutip sarang burung layang-layang. Kat sini banyak burung layang-layang, meriah dengan bunyi burung yang sibuk terbang keluar masuk gua ni. Cantik stalaktit kat atas rumah ni!

Pemandangan yang menyakitkan mata...vandalisme! 

Great Cave, Taman Negara Niah, Sarawak
Di Great Cave ni banyak kayu-kayu begini tergantung. Jadi satu pemandangan yang menarik pulak. Kayu-kayu ni sebenarnya milik pihak yang mengutip sarang burung. Siling gua yang ada bentuk lubang, biasanya banyak burung duduk. Masa kami datang ni tak nampak sarang burung, tapi nampak kesan/bekas sarang yang dah diambil.

Great Cave, Taman Negara Niah, Sarawak
Penat meniti laluan dan anak-anak tangga, bolehlah berehat kat bangku yang disediakan ni. Siap beratap, untuk elak dari kena najis burung yang bertebaran kat atas. Selepas dari sini, laluan semakin gelap, bantuan lampu suluh diperlukan. Masih kena jalan hati-hati, sebab najis burung banyak dan laluan jadi licin.

Gua Niah, Sarawak
Tiba di ruangan yang dikenali sebagai PADANG. Kat sini ada lubang, ada la cahaya matahari. Teranglah sikit laluan kami. Kalau kena masanya dan ada rezeki, kita akan dapat menyaksikan jaluran cahaya matahari yang cantik kat sini. Selepas ni, kami melalui kawasan gua yang gelap gelita. Ia dikenali sebagai Moon Cave atau Gan Kira.

Gua Niah, Sarawak
Selepas melewati Moon Cave @ Gan Kira yang gelap gelita, tibalah kami di mulut gua ni. Dalam Moon Cave memang takde gambar sebab sangat gelap. Ruang dalam gua tadi agak luas. Selepas dari sini, kita akan menuju ke gua terakhir - Painting Cave. Akan melalui laluan kayu dan anak-anak tangga lagi...penat, tapi tetap bersemangat!

Gua Niah, Sarawak
Alhamdulillah...setelah hampir 2jam penjelajahan melalui hutan dan gua-gua lain, akhirnya kami tiba di gua terakhir - PAINTING CAVE. Kat sini barulah kami bertemu dengan pengunjung lain, iaitu kumpulan pertama yang masuk sebelum kami - dua orang perempuan muda warga asing.

Gua Niah, Sarawak
PAINTING CAVE mendapat nama disebabkan di sinilah terdapat lukisan purba dan juga keranda berbentuk perahu di lantai gua. Sayangnya, mata saya sukar nak menangkap objek yang terlukis pada dinding gua ni. Nampak samar-samar. Nak ambil gambar lagilah tak jelas.

Setengah jam kemudian...setelah berehat sambil minum air mineral dan makan coklat Cadbury, kami pun memulakan perjalanan balik. Kena lalu semula semua laluan pergi tadi ya. Memang rasa letih dek terbayang anak-anak tangga dan gua gelap yang perlu dilalui semula. Takde pilihan...

Dalam perjalanan turun, di Trader Cave barulah kami bertemu dengan sekumpulan pengunjung tempatan. Perjalanan balik lebih cepat sebab dah tak tengok sekeliling sangat. Kaki pun dah letih, kepala fokus nak cepat-cepat sampai. Kami selamat tiba di titik awal di mana kami bermula pagi tadi, sekitar jam 3.30 petang. Catatan masa : 4jam. Alhamdulillah!

----------------------------------------------------------------------

Tips jika nak ke sini :
1. Sebaiknya mulakan penjelajahan di sebelah pagi, sebab perjalanan pergi/balik akan memakan masa sekurang-kurangnya 3jam 1/2 (bergantung kepada stamina / kerap ambil gambar / suka memerhati alam - akan ambil masa lebih lama).
2. Bawa lampu suluh yang cukup terang (sesuai untuk masuk ruang luas yang gelap).
3. Bawa kain tuala kecil (untuk lap peluh dan tutup hidung jika tak tahan bau najis burung/kelawar).
4. Bawa air mineral botol besar dan coklat untuk tenaga.
5. Tiada tandas disepanjang laluan, tandas cuma ada di jeti sebelum menyeberangi sungai. Selesaikan apa-apa di sini dahulu ya.  
6. Bawa beg - untuk isi sisa minuman/makanan kita. Geram bila ternampak sisa minuman bersepah. 

...fuh, catatan terpanjang rasanya ni! Maaf ya, saya catatkan secara lengkap untuk rujukan peribadi dan mereka yang memerlukan. 


Catatan seterusnya :
MIRI | Hari Terakhir : Ronda-Ronda Sekitar Miri...Lagi!

22 comments:

  1. Cantik pemandangan dlm gua tu..
    Ira tau psl gua niah ni melalui buku cerita..hehe.. da lama baca citer tu, xigt da ceritanya mcm mana.
    Tp ada la kisah pahlawan penggal kepala lps tu dia gantungnye kepala tu.. hehe..
    Tq kak share detail psl gua ni.. setidak2nya, dpt jgk ira tau psl taman negara niah ni.. nk pegi tak tau la bila..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak..pahlawan penggal kepala? mujur tak baca buku cerita tu sebelum pegi Niah ni..mau seraaam akak! Hahahaa...

      Delete
  2. mengimbau kenangan betul..pernah ke sini tiga tahun dulu. memang geram bab sampah tu kan. Penat, tapi bila sampai ke painting cave tu rasa puas sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sal...segala kepenatan rasa berbaloi bila sampai gua terakhir tu. ^__^

      Delete
  3. Dah tak fit for this activity dah.
    seronok kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dah agak terlewat umur ni kak, semangat je lebih ni. hehee

      Delete
  4. Adventure jugalah Ujie
    Tapi macam tak ada org pulak dari gambar yg Ujie paparkan
    Atau memang Ujie tunggu org tak ada baru captured.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang takde org kak, kami group kedua yg masuk hutan hari tu. Jumpa grup pertama bila dah sampai kat gua terakhir, 2org minah saleh tgh lepak situ. Mula-mula ada rasa takut sbb tak nampak pengunjung lain, tapi best jugak sbb lebih aman nak amik gambar dan memerhati sekeliling. :)

      Delete
  5. masa belajar geografi dulu tahu pasal niah ni. saya ni suka subjek geografi tapi kalau part2 hutan, gua ni memang tak berani. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sep! saya pun suka geografi. :)
      saya ni mmg suka hutan/gua, dari muda sampai tua gini tetap suka. hihii

      Delete
  6. Menarik! Besar rupanya Gua Niah ni. Banyak bahagian. Hmm tapi nak bawa anak2 kecil sure tak sesuai kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya, anak kecil tak sesuai sebab bahaya laluan kayu licin dan ada gua yg gelap gelita. Mungkin Syahida boleh try bawa anak ke Gua Tempurung, Perak. Situ saya rasa ok je utk anak kecik 4thn ke atas. :)

      Delete
  7. bestnye dpt pergi taman negara miri...seronok pulak gambar masa kat gua tu..ciktom memang suka pergi ke tempat nature camni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la cik tom pegi dgn suami, honeymoon tema adventure pulak ya..hehee

      Delete
  8. seronoknya dapat meneroka alam semulajadi macam ni saya pun suka, rasa tenang je bila bersama alam semulajadi ni kan, jika diizinkan mahu juga say ake sini

    ReplyDelete
  9. Ujie minat pergi tempat tempat gini ye.....Ujie ni mesti pencinta alam sekitarkan....
    Cuak jugak tu , manalah tau bujang senang tetiba muncul haih!

    ReplyDelete
  10. cantik snguh tgk alam ciptaan Allah ni... tenang jer...

    ReplyDelete
  11. subhanaallah...indah nyer tak terkata..memang adventure betol lah ye...
    rasa nak terbang gi lalu ..

    ReplyDelete
  12. Bagus completed kak ujie..kalau nk kesana leh refer sini..JM pun suka aktiviti begini

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****