Tuesday 2 August 2016

Cerita TANDAS...Kenangan Masa Lalu

Tandas Lama

Inilah tandas lama yang masih berdiri teguh di rumah Nyai (nenek) suami saya. Terletak di bahagian belakang rumah, dengan kedudukan terasing sedikit jauh (dah masuk kawasan kebun sawit). Tiada bekalan elektrik, tiada bekalan paip air. Sebelum nak gunakan tandas ni, kenalah angkut air barang sebaldi dua ya. 

Sebenarnya, saya tiada kenangan peribadi dengan tandas ni. Biarpun dah menjadi cucu menantu sekian lama, dan tentunya pernah tidur di rumah Nyai. Saya main ngelat, bila ada keperluan maka saya akan ke stesen Petronas berhampiran. Hehee...

Tapi itu dulu, sejak beberapa tahun lepas rumah Nyai dah dibuat yang baru. Lengkap tandas di dalam rumah. Tandas lama ni pulak masih dikekalkan, untuk kegunaan di masa sesak bila ramai anak cucu cicit balik.

Korek Lubang
Sebelum wujudnya tandas seperti di atas, cara yang mungkin terawal digunakan adalah mengorek lubang pada tanah sebelum menunaikan hajat. Yang ni saya pernah alami, masa zaman kanak-kanak sewaktu berkunjung ke rumah nenek di kampung. Masa tu sekitar awal tahun 80-an. Jangan kata tandas, nak mandi pun masih perlu ke 'parit' (seakan aliran sebatang sungai di hadapan rumah). 

Setiap kali berhajat, kenalah menuju ke semak-semak di belakang rumah nenek. Korek dulu, dan timbus setelah selesai hajat. Paling saya ingat, kalau terkena waktu malam. Malam di kampung nenek saya masa tu gelap dan sepi. Masih tiada bekalan elektrik. Memang serammm...

Dinding Plastik Guni 
Selepas tu, ada sedikit kemajuan. Dah disiapkan tempat khas, lengkap berdindingkan plastik guni warna putih tu. 'Dinding' yang cuma boleh melindungi kita sewaktu cangkung je tau! Kali ni dah tak perlu menggali tanah, dah ada mangkuk tandas yang sekadarnya. Tempayan disediakan untuk sumber air.

Begitulah cebisan kenangan masa lalu, hasil imbasan memori bersama adik dan kakak-kakak saya. Maaf kalau catatan hari ini mengganggu selera korang. Sengaja saya abadikan di blog untuk kenangan sendiri dan rujukan generasi yang tak pernah merasa tandas tanpa bekalan elektrik/air atau tandas tanpa dinding! 


...terasa sukarnya sewaktu melalui detik itu, 
namun terasa manisnya untuk dikenang selepas ia berlalu...


13 comments:

  1. Hihi... memang kelakar kakak pun ingat dulu rumah embah kakak jgn kata kat sini kat S'pore pun ada dulu macam ini (sebab atok kakak kan org S'pore). Tapi masa tu arwah atok kakak guna hose panjaaaaaggg dari rumah sampai tandas yg jauh ni. Kelakar kalau ingat. Tapi kami dulu macam tak kisah pun..

    ReplyDelete
  2. nostalgia yg xlupa diingatan kan ujie

    ReplyDelete
  3. ye ye..angah pernah guna tandas klasik ni ketika pertama kali ke rumah mertua tahun 2003 yang silam...ish malu kalo orang nampak kita ngangkut ayor..hik hik..

    ReplyDelete
  4. Tandas kayu luar rumah...korek lubang dan angkut air sebelum buang air besar...kedua duanya alhamdulillah PC rasa..ada pengalaman itu..hihihihi...

    ReplyDelete
  5. Pernah jugak merasa tandas ni....masa zaman kecik dulu. Kalau mlm nak membuang mmg siksa sungguh. Terpaksa suruh abah temankan hihi... mmg kena hangkut air pakai baldi le jawabnya. Alahai siksanya hidup zaman tu. Budak budak sekarang mmg sangat beruntunglah...

    ReplyDelete
  6. Zaman kecil bunda pun pernah merasa tandas begini, yang duduk kat akar2 pokok tebing sungai pun pernah... itu masa kat rumah opah kedua2 belah....sekitar tahun lewat 60an. Sekarang semua dah modern.

    ReplyDelete
  7. Siqah tak pernah ada pengalaman tandas kat luar.. Hee 😁

    ReplyDelete
  8. ky pun merasa melalui kenangan itu. masa tu tak pulak rasa malu atau apa. sekarang ni waktu berkunjung rumah org..nk kata tumpang tandas pun rasa malu..

    ReplyDelete
  9. sukar dan susah pada masa tu..bila masa berlalu dan semua tu jd kenangan.. bila teringat je sorg2 pun boleh tersenyum tergelak bagai .. sempat lg guna tndas kat luar cmni ..tu pun rumah moyang .. rumah skrg xde dah kot kan...

    ReplyDelete
  10. kalau sakit perut waktu malas..mampos hahaha mmg berteman lah..seram

    ReplyDelete
  11. kenangan ni ita memang lalui semua...jenuh kalau sakit perut tengah malam...

    ReplyDelete
  12. kenangan zaman kecik dulu, guna tandas macam ni lah dekat kampung

    ReplyDelete
  13. ira sempat merasa guna tandas yg akak ceritakan..
    memula dekat rumah opah ira, tandasnya hanya lubang dan dinding dgn guni..
    lepas tu opah ada bajet sket, buat tandas mcm dlm gambar.. tapi takde lampu dan air.
    kalau nk berhajat, kene bawak air.. kalau malam2.. mmg berteman la.. paling takut bila kene tggu kat luar, sbb gelap.. asik2 tanya, dah ke belum.. hehe..
    skg ni dah ada tandas dlm rumah.. alhamdulillah..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****