Monday 1 June 2015

Hari Pertama : KLIA2 - Kuching - Betong

[kisah bulan Mei lalu...]

Sebenarnya, tiada langsung dalam perancangan kami untuk ke Sarawak dalam waktu terdekat ini. Tapi demi memenuhi hajat mak saya yang teringin sangat nak ke tempat adik bongsu di Betong, Sarawak, maka perancangan singkat terus dibuat. Tiket Air Asia dibeli kurang tiga minggu sebelum tarikh berlepas. Kos pergi-balik tiga orang untuk tiket asas dengan tambahan caj pilihan tempat duduk, kira-kira RM600 lebih. Bila dah dekat tarikh berlepas, barulah kami buat penambahan belian makanan dan bagasi.


21 Mei 2015 / KHAMIS

Disebabkan penerbangan kami pada jam 8.30pagi, maka seawal sebelum subuh kami dah keluar rumah. Bila bawak mak ni, tak boleh dalam keadaan tergesa-gesa. Jadinya lebih selamat kami keluar awal walaupun dah buat check-in secara online. Kereta kami parking di stesen ERL Salak Tinggi (untuk 4 hari tersebut kami di caj RM2). Lepas tu naik ERL ke KLIA2.

HILANG KAD PENGENALAN!
Semuanya berjalan lancar, sehinggalah kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak kira-kira jam 10.15pagi. Masing-masing keluarkan Kad Pengenalan (I/C) untuk kegunaan di Imigresen (untuk dapatkan pas lawatan kemasukan ke Sarawak). Dan...masa tu la baru sedar yang I/C saya takde! Puas geledah beg yang di bawa, tak jumpa jugak. Akhirnya saya tunjuk lesen memandu je kat kaunter Imigresen. Memang boleh lepas, tapi pegawai tu arahkan saya buat laporan polis untuk menggantikan I/C yang hilang. Dan untuk langkah keselamatan, pas lawatan saya dan mak bagi suami pegang. Sebab ia cuma sehelai kertas nipis kecik, mudah tercicir. I/C yang keras tu pun aku tercicir!

Suami dan mak saya tunggu dalam kereta sewa, dan saya sorang-sorang pergi Balai Polis yang terletak di tingkat dua (masih dalam airport). Mujur dua pegawai polis wanita yang melayan saya tu sangat mesra, hilang rasa gementar. Tiada bayaran dikenakan. Fuh..pertama kali ke Sarawak dan hilang I/C pulak!


KERETA SEWA
Kami dah siap-siap tempah awal, sebuah kereta Myvi (Auto). Saya buat carian di internet, hubungi beberapa pengendali kereta sewa dan akhirnya memilih booking dengan Hanna ( 012-895 2003 ). Untuk sewa dari hari Khamis pagi sehingga hari Sabtu jam 2petang, caj dikenakan RM240. Puas hati sangat sebab dapat kereta yang bersih luar dalam dan berkeadaan baik. Minyak pun masih banyak, ada 3 bar. Pertama kali sewa kereta yang rasa puas hati. Bila nak pulang pun suami basuh dulu kat rumah adik, sebab segan orang bagi memang bersih. Minyak pun kami pulangkan ada 4 bar. Terlebih, tapi tak kisah sebab puas hati. Memang recommended! 


PERJALANAN KE BETONG

Google Maps bagitau - 239km dengan masa 3jam 28minit
Pegawai polis bagitau, dalam 4 jam. Yang terjadi kepada kami? Nanti saya cerita..

Perjalanan ke Betong pun bermula. Ikut je signboard, mula-mula ni kita cari arah ke Serian.

...bersambung...

30 comments:

  1. biasanya kalau ambik kereta sewa, mesti minyak dalam tank tu ngam2 sampai stesen minyak kat depan tu je (kalau ada). bermakna memang best la dapat kereta yang cantik, siap ada minyak 3 bar lagi.

    *rasanya dapat bayangkan travel dari kuching ke betong tu. kalau tak silap, nak ke betong tu pun boleh guna laluan air (feri) kan? kalau tak silap... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best..1st time puas ati bila sewa keta. :)

      laluan air, tak pasti pulak. kami ikut jln darat.

      Delete
  2. Cuak juga bila ic hilang. Kdg2 kita x perasan kan, kat mana kita letak. Mujur mudah urusannya.

    Best tu dpt kete yg ok. Nk jln2 pn seronok. Klu kete x ok, nk ronda2 pn hilang mood. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mudah urusannya, cuma lps ni kena denda la akak..nak buat ic baru.

      Delete
  3. saya org swk tak sampai lagi betong. tabiklah boleh drive kesana walaupun first time dtg swk

    ReplyDelete
  4. Saya pernah terrrhilang slip kemasukan di airport kuching. Dah nak take off pulak tu. Bukan main panik lagi masa tu. Jenuh kehulu kehilir. Rupa2nya ada terselit dlm wallet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg panik sgt2 tu, tapi kalau takde gak..kena buat report polis lah. amik masa..pun panik!

      Delete
  5. uwaaa..mesti panik time hilang IC TU kan dear..huhuhu.

    JEMPUT BACA ENTRY INI

    http://wwwmarina-arina.blogspot.com/2015/05/whats-app-blogger-team.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. panik..tapi buat muka biasa je, takmo mak risau.

      Delete
  6. paling debor kalau hilang barang2 penting....
    best lah kak leh gi sarawak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tengok tempat org mmg sentiasa best sbb dpt belajar perkara baru.

      Delete
  7. Masya-Allah hilang I/C tu yg memang gementar. Kalau luar negara tak payah bawa I/C tak ada masalah sebab rely on passport aje..

    Apa pun mak mestilah puas hati dapat melihat suasana sebenar anak yg dirinduinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak Zakie, mak mmg puas ati..dan tak nak pegi lagi kot. Sbb sakit punggung naik keta lama sgt kat jln biasa. hehee

      Delete
  8. kalau saya hilang i/c mest menggelabah dah dibuatnya,ditempat orang pulak tu, tapi alhamdulillah segala urusan ujie dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuak jugak la kan..sbb nak guna utk dapatkan pas lawatan tu. Mujur takde masalah..lepas. Lega satu hal..

      Delete
  9. Bagus nya tuan punya kereta sewa tu..selalunya kalau sewa mesti dia bagi sikit je..ni sampai 3 bar..

    ReplyDelete
  10. Nasib baiklah juga kehilangan IC tu berlaku dalam wilayah Malaysia. Bayangkan jika berlaku di luar negara, silap-silap kena bermalam sekejap di dalam lokap (dituduh sebagai pendatang tanpa izin!) dan cuma akan dibebaskan lepas campur tangan kedutaan kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat luar negara, hilang ic takpe kot..jgn hilang passport.. :D

      Delete
  11. perkara paling ditakuti..hilang ic..

    next story plz...apa terjadi yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn takut yan..bayo je denda 100 buat baru..hehehee

      Delete
  12. memang rasa takut kalau hilang ic

    ReplyDelete
  13. macamana boleh kehilangan IC tu?seram pula melalui detik-detik macam tu..
    tapi seronok baca pengalaman seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau la Mar, masa nak masuk flight check ic & boarding pass..masih ada. Lps2 tu yg takde. Sampai skrg dok fikir mana cicir.

      Delete
  14. assalamualaikum,
    wau...macam best je pengalaman ni. tak sabo tunggu

    ReplyDelete
  15. Dah namanya pun anak bongsu.....rindu tu....Masih kuat lagi emak Ujie yer....syukur.
    Ohhh semuanya dah ditempah dr Semenanjunglah yeh Ujie. Mcm gi Langkawi ek

    ReplyDelete
  16. Wah ini mmg redah travel ye.. sib baik google maps dan signboard mrmbantu...

    ReplyDelete
  17. Bestnya gi sarawak
    Aku ni merangkak2 baru nak bw..
    Kalau passport hilang lagi mahal dendanya kan..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****